SATU LAGI RUSUHAN BESAR-BESARAN SEBELUM PRU 13 - MAT SABU
Pakatan
Pembangkang atau PR nampaknya sedang berusaha untuk terus menggugat
keutuhan Kerajaan BN apabila sedang merancang untuk melakukan satu lagi
perhimpunan yang katanya akan dibuat secara besar-besaran yang dikenali
sebagai Grand Final PR.
Menurut kata Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu, para
peserta yang akan menyertai perhimpunan itu diwajibkan memakai empat
warna baju sama ada kuning, merah, hijau dan oren yang setiap satunya
mewakili tuntutan berbeza.
Warna
kuning mewakili Bersih 3.0 yang berkaitan dengan tuntutan pilihanraya,
merah pula mewakili tuntutan royalti minyak Kelantan oleh NGO Royalti,
warna hijau mewakili NGO alam sekitar yang anti Lynas dan Rapid
Pengerang, manakala warna oren merupakan gerakan anti FELDA dan anti
FGVH.
Melihat
pada kesungguhan PR untuk terus mempropagandakan isu-isu di atas, jelas
sekali ia menuntut jentera BN untuk sentiasa siap siaga bagi menepis
polemik dan propaganda tersebut.
Satu-satunya
perkara yang sering menyeronokkan PR bila mereka memainkan sesuatu isu
ialah kelambatan jentera penerangan dan pemimpin BN sendiri turun ke
padang menjawab tohmahan pembangkang.
Seperti
ramai kalangan kita sudah maklum, hidup mati PR banyak bergantung pada
isu yang sengaja diputarbelitkan, sama seperti mereka memutar belit isu
Lynas kononnya bakal menghasilkan sisa radioaktif sedangkan pakar
nuklear dari kalangan pemimpin PAS sendiri mengakui Lynas bukannya loji
nuklear.
Walhal, jika benar Lynas yang menghasilkan bahan nadir bumi untuk kegunaan banyak barangan elektronik itu betul-betul berbahaya.
Bukankah
lebih elok untuk para pemimpin PR menasihatkan penyokong mereka
mencampakkan saja semua alatan gadget eletronik seperti Iphone, Ipad
atau Galaxy Tab yang mereka miliki.
Begitu
jua dalam isu Rapid Pengerang, jika benar dakwaan pembangkang konon
pembangunan projek tersebut bakal membahayak nyawa rakyat dan alam
sekitar.
Menapa pula PR tidak membantah ura-ura kerajaan PAS Kelantan untuk membangunkan kompleks petrokimia di Pantai Senok, Kelantan?
sebuah
kompleks yang mengandungi kemudahan simpanan gas dan minyak atau
dikenali juga sebaga loji petrokimia akan dibina di tanah seluas 2,000
hektar yang turut membabitkan pengambilan tanah penduduk setempat di
Pantai Senok, Bachok.
Demikian
halnya dalam isu SPR, jika benar badan tersebut bias atau tidak bebas,
bukankah lebih baik semua 4 kerajaan negeri PR sekarang ini melucutkan
segera penguasaan mereka di negeri terbabit?
Namun
mereka tidak berbuat demikian, kerajaan adil dan saksama mengikut
tafsiran mereka hanya bila sesuatu keputusan pilihanraya itu memihak
pada puak sendiri sahaja.
Jelas
sekali, polemik dan propaganda PR dalam isu Lynas, Rapid Pengerang
mahupun SPR, bukanlah atas niat baik untuk kepentingan rakyat sebaliknya
mereka mempolitikkannya semata-mata untuk kepentingan hawa nafsu
sendiri semata-mata.
Bersabit
isu royalti Kelantan pula, dalam riuh rendah PAS mempolitikkan isu yang
bukan isu ini, semua pun sudah maklum bahawa Kerajaan PAS Kelantan atas
nasihat Husam Musa telah membawanya ke pengetahuan mahkamah.
Sepatutnya
jika PAS serius dan berbuat ikhlas mahu mencari penyelesaian isu
tersebut, mereka sewajarnya menyerahkan saja kepada mahkamah untuk
membuat keputusan. namun ia tidak berlaku sedemikian.
Jelas
nampak wujudnya gerakan politik untuk menyemarakkan semangat kenegerian
demi mengaut keuntungan kepartian, kerana PAS tahu secara
perundangannya tuntutan royalti itu tidak mampu direalisasikan selagi
pelantar minyak atau gas wujud jauh dari lingkungan 3 batu nautika.
Tapi
pemimpin PAS lupa, jika jalan perundingan diambil, Perdana Menteri
masih boleh menggunakan budi bicara dan kuasanya untuk mengarahkan
Petronas memberi wang ehsan. Namun PAS menolaknya kerana tidak mahu
penyokong mereka termakan budi dan jasa dengan Kerajaan Pusat.
Bersabit isu FGVH dan Felda, PAS dan PKR cukup ke depan memanipulasi sentimen para peneroka.
Namun bila FGVH diapungkan terbukti tiada tanah peneroka yang tergadai, tiada rumah peneroka yang dijual sebaliknya para peneroka mendapat keuntungan durian runtuh malah kebajikan mereka tetap terbela.
Berbeza sekali dengan isu para peserta Ladang Rakyat anjuran Kerajaan PAS Kelantan yang hingga kini nasibnya terumbang ambing, tiada rumah diperolehi sebaliknya tanah yang diusahakan kini menjadi milik syarikat dari luar Kelantan.
Seandainya benar penyenaraian FGVH di BSKL merugikan dan tidak berdaya maju, kenapa pula berebut-rebut anak syarikat kerajaan negeri PR membeli sahamnya?

Apa
perlunya untuk pemimpin PAS Kelantan dan Kedah terbabit memiliki saham
dan mengambil untung dari urus niaga saham FGV? Bukankah itu hipokrit
namanya.
Empat isu diatas, walaupun dari segi kepercayaan umum, orang ramai sudah semakin muak dengan teknik propaganda PR yang kerap kali memutar belitkan isu mengikut selera politik mereka, namun BN tetap tidak boleh memandai mudah.
Penjelasan dan majlis penerangan baik secara bersemuka atau berkelompok tetap perlu diperhebatkan, propaganda sedemikian perlu diperangi, lebih ramai yang memahami hujung pangkal sesuatu isu lebih baik untuk BN.
Senario penolakkan ramai terhadap PR perlu dimanfaatkan segera. Jika pihak BN bijak memanfaatkan peluang yang sedang terbentang ketika ini ...
Grand Final PR akhirnya akan menjadi panggilan pulau untuk PR sekaligus menjadi paku-paku terakhir untuk pemimpin PR bersemadi dalam keranda politik tanahair.

No comments:
Post a Comment