HAHAHA... PhD rupanya.....
SEBAB ANWAR IRI HATI KEPADA PM @NajibRazak
Usaha kerajaan Malaysia khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak membantu mendapatkan wilayah autonomi bagi Bangsamoro telah
diketahui sejak beliau menjadi Menteri Pertahanan lagi.
Seorang pemimpin berpengaruh Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) di
Basilan, Billamin Turabin Hasan berkata, namun masyarakat Bangsamoro
tidak menyangka Najib tetap meneruskan pelan mendamaikan MILF dengan
kerajaan Filipina apabila menjadi Timbalan Perdana Menteri dan pemimpin
tertinggi Malaysia hari ini.
Menurutnya, disebabkan peranan Malaysia dan Najib itu, masyarakat di
wilayah autonomi Bangsamoro hari ini begitu menghormati, kagum serta
terhutang budi terhadap Malaysia dan rakyatnya.
"Secara peribadi dan mewakili lebih 5,000 masyarakat Pulau Tapiantana,
kami seakan tidak percaya apabila Najib tidak pernah melupakan nasib
masyarakat Islam di sini dengan berusaha sekian lama.
"Sebab itu juga, masyarakat Bangsamoro tidak melayan suara sumbang yang
mempertikaikan peranan Malaysia sebagai orang tengah dalam menyelesaikan
konflik selama 40 tahun itu kerana kami tahu kebenarannya," katanya
kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Bilamin Turabin memberitahu, masyarakat Bangsamoro akan menganggap Najib
sebagai wira jika rangka kerja damai itu dapat membawa kepada satu
perjanjian muktamad terhadap wilayah autonomi Bangsamoro pada 2015.
Dalam pada itu, beliau berkata, Bangsamoro juga masih menagih bantuan
daripada Malaysia untuk memberi bantuan dan tunjuk ajar dari segala
aspek selepas ini bagi membangunkan wilayah autonomi tersebut.
"Selepas berperang selama lebih 40 tahun, kepulauan Basilan, Tapiantana
dan Selainya kini berada dalam keadaan pemulihan, dan dalam hal ini kami
sangat memerlukan tunjuk ajar dan bantuan daripada Malaysia.
"Kami memerlukan satu transformasi dalam tempoh terdekat bagi membentuk
perjanjian muktamad untuk wilayah autonomi Bangsamoro agar menjadi bukti
kepada kerajaan Filipina bahawa kami mampu mentakbir wilayah itu,"
ujarnya.
** So, Anwar, Najib ada. Ko ada?
No comments:
Post a Comment