Wednesday, 10 October 2012

LU LANGSI LU MATI LA.....

Wanita Pengebom Berani Mati DAP Menceroboh PWTC Dan Hanya Dihalau Keluar Oleh Pengawal Keselamatan!



Semakin hari, semakin biadap Cina-Cina chauvinist yang bertunjangkan DAP di negara ini. Belum pernah berlaku, pencerobohan dilakukan dan sifat biadap dipertontonkan secara jelas, terang dan nyata. Namun hari ini, apabila mereka berasa sudah cukup kuat, apabila mereka melihat Melayu dan Bumiputera berpecah belah dan menjadi kuasa minoriti, mereka menunjukkan belang sebenar.

Kurang ajar dan biadap MCA, GERAKAN  mahupun PPP, belum pernah lagi ahli-ahlinya berkelakuan seperti ini di dalam mana-mana majlis UMNO, PAS, PERKASA atau yang melibatkan umat Islam dan Melayu. Namun DAP yang dibiayai dan mendapat nasihat serta latihan pengkaderan daripada Yahudi Zionis di Israel, Singapura dan Australia, berlagak seolah-olah negara ini mereka yang punya.

Barangkali melihat trend anak-anak muda Melayu yang begitu seronok menyokong DAP, membuatkan DAP bersungguh-sungguh mahu terus memecahkan yang telah retak dan menghancurkan yang telah pecah. DAP sememangnya amat sedar, sebarang penyatuan Melayu-Bumiputera di negara ini, akan menjadikan DAP sebagai sebuah parti kerdil memandangkan penguasaan DAP dan bangsanya hanyalah 25%. Walau bagaimanapun, penguasaan ekonomi hampir 100% oleh DAP dan bangsanya, menjadikan nyawa Melayu-Bumiputera hanyalah pada hayat politik semata-mata. Sebarang perpecahan kuasa politik Melayu-Bumiputera, akan menukarkan konsep majoriti memerintah, menjadi majoriti diperintah. 

Belum pun menguasai Putrajaya, DAP sudah tunjuk taring dan kuku. Bayangkan pula, bagaimana sekiranya DAP menjadi kuasa majoriti terutama dengan penguasaan 125 kerusi Parlimen. Agak-agaknya ada muka lagi tak yang diberikan kepada Melayu dan Bumiputera atau lebih tepat lagi umat Islam?

Situasi di negara ini sebenarnya cukup menghairankan bagi banyak pihak di luar Malaysia. Apakan tidak, walaupun Melayu-Bumiputera dan umat Islam adalah kuasa majoriti di negara ini, hakikatnya mereka terpaksa tunduk kepada desakan minoriti. Bukan minoriti yang terpaksa tunduk dan akur dengan kuasa majoriti sebaliknya majoriti yang terpaksa menggula-gulakan minoriti agar minoriti tidak membuat kacau. 

Seringkali persoalan tentang hak-hak Melayu-Bumiputera dan umat Islam dipertikaikan oleh golongan chauvinist seperti DAP. Konon-kononnya Melayu-Bumiputera telah mendapat terlalu banyak keistimewaan, sekaligus telah menyebabkan banyak pihak di kalangan bukan Melayu yang teraniaya. 

Benarkah seperti yang ditohmahkan selama ini? 

Dalam apa-apa projek atau kerja sekalipun, Melayu-Bumiputera akhirnya terpaksa bergantung kepada kontraktor bukan Bumiputera kerana kewangan, pembekalan dan penghantaran, dimiliki oleh mereka. Akhirnya projek yang bernilai RM1 juta, kontraktor Melayu hanya mampu memiliki RM100,000 sahaja. Sebabnya, daripada RM1 juta itu, pembayaran dan pembelian secara tunai serta pukal akan dibuat daripada barangan yang dibekalkan oleh kontraktor bukan Bumiputera. Dan walaupun kontraktor Bumiputera belum menerima bayaran kontrak berkenaan, pembayaran terpaksa dilakukan terlebih dahulu kepada pembekal bukan Bumiputera. 

Justeru, 'keistimewaan' Melayu-Bumiputera sebenarnya telah pun dikongsi, dinikmati dan dikuasai oleh bukan Melayu semenjak dari awal lagi. Dan ianya tidak sekadar berlaku dalam kerja-kerja kontrak atau projek semata-mata. Dalam apa juga situasi dan kerja lain, situasinya tetap sama. 

Apa lagi yang puak-puak chauvinist ini tidak berpuas hati dengan UMNO, Melayu, Bumiputera dan umat Islam? 

Di negara ini, Melayu-Bumiputera dan umat Islam tidak pernah mengusik kekayaan kaum selain mereka. Mereka juga tidak pernah mengambil pendekatan memboikot atau memulaukan kaum selain mereka. Sebaliknya, Melayu-Bumiputera dan umat Islam telah diajar agar menghormati kaum lain. 

Tetapi apabila wujud golongan seperti wanita chauvinist yang kurang ajar yang menceroboh masuk ke dalam PWTC untuk mengganggu Seminar Dakwah Nasional yang barangkali dalam fikirannya, ia adalah rancangan UMNO untuk menyatukan umat Islam dan kaum Melayu-Bumiputera bagi mensejajarkan semula kuasa di negara ini, ia sebenarnya tindakan provokasi yang amat-amat membahayakan. 

Cetusan 13 Mei 1969 dimulakan dengan perarakan dan cemuhan oleh kaum bukan Melayu terhadap orang Melayu setelah mereka menang besar di kerusi-kerusi perbandaran di Kuala Lumpur dan Selangor. Kemenangan yang sedikit itu, sudah cukup untuk membuatkan mereka berasa hak untuk menghalau orang Melayu keluar dari Kuala Lumpur dan bandar-bandar besar, sudah ada. 

Anehnya, DAP dan konco-konco mereka yang terdiri daripada Melayu-Bumiputera dan umat Islam itu sendiri mengatakan kononnya UMNO memupuk budaya samseng dan mafianisme, sebaliknya yang menunjukkan mereka adalah samseng dan pengamal mafianisme adalah DAP dan konco-konconya seperti yang terpapar dalam insiden di PWTC.

Kurang ajar kan? Sampai tempat kita pun depa nak kacau.. Sedangkan kita sendiri pun x pernah nak serang atau kacau tempat depa....

No comments:

Post a Comment