OO... Nak hina TLDM ye????
Patut la Pakatan beriya-iya bangkitkan isu Scorpene
Tindakan pembangkang yang berterusan mempolitikkan pembelian dua kapal
selam Scorpene termasuk menabur fitnah kononnya, aset tersebut tidak
boleh menyelam menghina kewibawaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)
secara langsung.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, kerajaan dan
seluruh warga TLDM mengetahui kapal selam itu bukan sahaja boleh
menyelam tetapi merupakan antara kapal selam konvensional terbaik di
dunia dari aspek kemampuannya.
Berucap di hadapan kira-kira 8,000 anggota dan pegawai TLDM dalam Majlis
Mesra Warga TLDM Bersama Perdana Menteri di sini, Najib berkata, isu
tersebut tidak wajar terus dipolitikkan kerana sudah banyak penjelasan
dilakukan sebelum ini.
"Ini bukan sesuatu yang terlalu sulit, tetapi boleh saya sebut seperti
yang kita semua tahu kapal itu boleh menembak peluru berpandu sewaktu
berada di bawah permukaan laut dan kita telah pun cuba perkara ini.
Peluru berpandu yang ditembak memang boleh kena sasarannya.
"Kita tidak buat keputusan membeli dengan sewenang-wenangnya tetapi
malangnya ia dijadikan bahan politik yang secara tidak langsung menghina
kewibawaan TLDM. Ini kerana TLDM sendiri bersetuju pembelian kapal itu
kena pada tempatnya," katanya.
Yang turut hadir, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir;
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Panglima Tentera
Laut, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dan Panglima Armada TLDM, Datuk Abd.
Hadi A. Rashid.
Najib berkata, selain penjelasan demi penjelasan berhubung isu itu
kerajaan juga menjemput pemimpin pembangkang termasuk Setiausaha Agung
DAP, Lim Guan Eng merasai sendiri pengalaman menyelam dengan kapal selam
Scorpene.
"Apabila Guan Eng tengok kapal selam itu boleh timbul, cerita kapal
selam tidak boleh menyelam sudah tidak jadi modal. Selepas itu, dia kata
pula terlalu mahal tetapi sebenarnya syarikat yang jual itu milik
kerajaan Perancis.
"Mereka punya harga standard. Mana-mana negara itulah harganya. Mereka
tidak boleh kenakan harga lebih daripada itu. Tapi masih banyak dakwaan
yang cuba dijadikan bahan politik kerana maklum sahaja apabila sudah
dekat musimnya (pilihan raya)," katanya.
Najib berkata, pembelian kapal selam itu bukan dibuat dalam tempoh
singkat tetapi dengan penuh teliti selepas 30 tahun diminta TLDM.
Dalam pada itu, Najib berkata, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merupakan
institusi yang amat penting dan perlu terus diperkuatkan dari semua
dimensi.
Menurut beliau, jasa ATM kepada negara terlalu besar dan terbaharu
menerusi peranan yang dimainkan sehingga termeterainya perjanjian damai
antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).
"Kesannya amat besar. Konflik selama 40 tahun berakhir. Kawasan tersebut
boleh dimajukan, Bangsamoro dapat mengembalikan maruah mereka dan
mereka juga dapat menempa masa depan yang jauh lebih baik," katanya.
* Dah terang2 la tugas TLDM ni nak pertahankan negara. Beli Scorpene tu nak elak penceroboh masuk sesukahati ke negara kita. Apa punya bodoh la depa ni. Yg sedia ada pun dah sah2 la nak retire. kena la beli baru. BODOH BAHLUL.....
No comments:
Post a Comment