PKR ada bas, DAP ada treler, PAS nak lancar apa pulak lepas ini....
Pembangkang di Malaysia rasanya
pembangkang paling bertuah di rantau Asean ini, walaupun mereka sering
tuduh kerajaan zalim dan sekat itu ini aktiviti mereka, tak ada negara
yang pembangkang bebas berkempen dan hentam kerajaan setiap hari macam
di negara kita ini.
Selain ceramah politik setiap malam di
seluruh negara, pembangkang Malaysia ada akhbar dan portal berita
sendiri dan paling menarik adalah boleh berkempen ikut suka depa
bila-bila masa.
Jika sebelum ini, PKR lancar bas mewah berharga
jutaan ringit untuk digunakan dalam jelajah politik mereka, kini
sekutunya DAP pula lancar treler bagi tujuan yang sama.
Riuh sakan lepas ini, cuma tunggu apa pulak yang PAS nak lancarkan lepas PKR ada bas dan DAP ada treler.
Apa
yang pelik, pembangkang yang konon perjuangkan rakyat, tidak pulak
lancar program-program rakyat segah macam mereka lancar kempen politik
mereka sendiri.
Sebab itu menurut seorang pemimpin NGO, Anuar
Basiran, pembangkang di Malaysia ini tidak membina, hanya tahu salahkan
kerajaan BN tetapi tidak ada program alternatif untuk rakyat.
"Kerjanya
berkempen siang malam, salahkan kerajaan BN semua perkara, tetapi
mereka sendiri hanya menjual janji tanpa apa-apa faedah kepada rakyat,"
ujarnya yang juga Presiden 4 Justice.
Menurutnya, walaupun
pembangkang berkuasa di beberapa negeri, tetapi tidak ada satu program
yang diingati bagi kesejahteraan rakyat kecuali menjual janji kononnya
akan dilaksanakan jika mereka memegang kuasa di Putrajaya.
"Jika
di peringkat negeri pun tidak boleh laksana, macam mana hendak buat jika
perintah negara, sekarang pun kita lihat, mereka akan bercakaran sesama
sendiri, berebut jawatan dan berlumba untuk tonjol siapa yang paling
kuat di antara mereka," katanya ketika dihubungi Agendadaily.
Treler
merah DAP dilancarkan di Seremban oleh setiausaha agungnya Lim Guan Eng
semalam. Trak tersebut dipercayai akan digunakan sebagai jadi pentas
ceramah mudah alih, sama seperti bas PKR.- Helmi Hanafi
rockyKCD - PAS ada selipar dan tongkat Tok Guru :)
Sumber :
No comments:
Post a Comment