13:45 HOURS - HARON DIN DAN SHAHNON DIPECAT DARI PAS !!! DAP BERJAYA GANTI PAS !!!
Laman Suara PR mengecam keras Datuk Dr. Shahnon Ahmad kerana menyifatkan kerjasama DAP-PAS adalah bercanggah dengan Islam.
Kata laman tersebut yang
mengaku membawa aspirasi Anwar/PR tulen, Shahnon tidak patut
mengeluarkan kenyataan begitu tanpa merujuk kepada kepimpinan atasan
lalu menyarankan agar Shahnon disingkirkan dari PAS.
Selain Shahnon, Dato’
Dr. Haron Din juga tidak ketinggalan menjadi kecaman laman tersebut
kerana menyifatkan fahaman liberal yang disokong Anwar adalah salah dan
tidak ingin PAS dikaitkan dengannya.
Kenyataan Haron Din dan
Shahnon Ahmad dilihat bertentangan dengan pendirian PR yang dipersetujui
bersama oleh ketiga-tiga parti PKR, DAP dan PAS yang membawa imej parti
berbilang kaum dan kepercayaan.
Sumber-sumber dalaman
PAS memberitahu bahawa tulisan di laman Suara PR itu telah benar-benar
mengejutkan golongan pro-Ulama di dalam PAS.
Bagaimanapun, mereka agak ‘segan’ untuk menyanggahnya secara terang-terangan, bimbang dianggap mengkhianati kesepakatan.
Dari kacamata politik
PR, apa yang ditulis oleh laman tersebut tentulah tepat dan wajar
diterima kerana jelas Shahnon dan Haron Din tidak berpijak di bumi
nyata.
Kedua-dua mereka
nampaknya masih menafikan hakikat bahawa PAS itu adalah sebahagian dari
PR di mana hala tuju PR wajib dan tidak dapat dielak dari menjadi hala
tuju PAS juga.
Oleh itu, tindakan
mereka mengkritik persoalan asas yang menjadi tali pengikat pakatan itu
dianggap sebagai satu pengkhianatan kepada PR dan juga PAS.
Lebih-lebih lagi apabila PAS telah menerima baik Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri jika PR memerintah.
Ini bermakna, PAS sedia dan redha akan ke arah mana jua Anwar ingin membawa negara ini.
Justeru tindakan Haron
Din menolak fahaman liberal Anwar serta tindakan Shahnon mengkritik
kerjasama dengan DAP adalah sama dengan menolak mentah-mentah Pakatan
Rakyat, sekali gus PAS itu sendiri.
Ini kerana, PAS adalah PR dan PR adalah PAS.
Kewujudan individu
seperti Haron Din dan Shahnon di dalam PAS pastinya menyukarkan usaha PR
untuk mempamerkan kekuatan gabungan pakatan mereka kepada rakyat.
Dan pastinya juga menyukarkan usaha PAS untuk meyakinkan DAP dan PKR mengenai kesetiaan mereka terhadap pakatan tersebut.
Apatah lagi dengan
keadaan di mana PAS masih lagi belum dapat memulihkan ketegangan antara
parti itu dengan DAP yang ditimbulkan oleh Nasharuddin Mat Isa.
Sehingga kini, kepimpinan tertinggi PAS masih berdiam diri.
Mungkin pening
memikirkan cara untuk menghadapi perkembangan terbaru ini tanpa
memperjudikan sokongan umat Melayu Islam dan tanpa menyinggung DAP dan
Anwar atau menjejaskan Pakatan Rakyat.
PAS cukup maklum bahawa
Haron Din dan Shahnon masing-masing punya pengaruh dan kekuatan sendiri
di kalangan penyokong PAS dan orang Melayu.
Mengambil tindakan tegas terhadap mereka bermakna bala kepada PAS.
Sedangkan bala yang bernama Dato’ Dr. Hasan Ali juga, PAS masih terkial-kial untuk menepis.
Memandangkan PRU hampir
tiba dan penyokong mereka juga semakin resah maka PAS perlu membuat
pilihan iaitu sama ada menerima hakikat bahawa parti itu dan PR adalah
satu, atau keluar saja dari pakatan yang mengelirukan mereka itu.
PAS tidak boleh menjulang seorang Perdana Menteri berfahaman liberal tetapi di masa yang sama ingin menegakkan Islam.
Dan PAS tidak boleh bekerjasama dengan DAP yang membawa agenda Kristian, tetapi di masa yang sama ingin menegakkan Islam.
Justeru, Haron Din dan
Shahnon dan semua penyokong PAS perlu melihat artikel di laman Suara PR
itu sebagai satu cabaran untuk memilih hanya satu jalan untuk meneruskan
perjuangan.
Sesungguhnya tiada siapa
yang boleh menyusuri dua jalan yang bertentangan, kecualilah jika diri
mereka dikerat dua dan diheret menuju kedua-dua destinasi dalam keadaan
tidak bernyawa.
No comments:
Post a Comment