OMG....
HOT!! Pemuda Pas kata Abby tak layak dijadikan contoh??
Pihak Pemuda PAS mengecam dan kecewa dengan perangai serta ahlak
segelintir artis atau aktres yang kononnya menjadi idola kepada
masyarakat umum di negara ini.
Hakikatnya memang terdapat ramai lagi golongan artis dinegara ini tidak
layak dijadikan contoh kerana cara hidup mereka banyak dipengaruhi
budaya asing dan bertentangan dengan syariat Islam.
Pemuda Pas menyifatkan seolah-olah sudah menjadi budaya dan kemestian
bagi segelintir golongan selebriti atau artis Melayu dan Islam di negara
ini berpakaian menjolok mata dengan mendedahkan aurat di khalayak
ramai.
Ini dibuktikan apabila baru-baru ini timbul kontroversi berkaitan dua
orang artis iaitu pelakon wanita tanah air, Nabila Huda dan Erin Malik
yang berpakaian tidak senonoh dengan mendedahkan sebahagian besar
tubuhnya.
Walaupun Nabila Huda telah memohon maaf secara terbuka kepada semua
peminat, tidak bererti beliau boleh meneruskan budaya berpakaian
sedemikian rupa.
Beliau sendiri mengatakan tidak akan serik berpakaian yang mendedahkan tubuhnya sekiranya ia perlu buat demikian.
Selain Nabila, seorang lagi pelakon wanita muda yang baru berusia 18
tahun, Erin Malik juga terpalit dengan kontroversi terbaharu apabila
beliau didakwa dan mengaku telah memuat naik gambar seksinya yang
berpakaian kurang sopan ke dalam laman Twitter peribadinya.
Berikutan pendedahan gambar beliau yang hanya memakai gaun malam nipis,
beliau telah menerima banyak komen negatif daripada hampir 60,000
pengikutnya di Twitter.
Pemuda PAS Bagan Datoh turut melahirkan rasa kesal kepada pihak kerajaan
apabila tidak mengawal budaya hiburan yang melampau sehinggakan anak
muda serta masyarakat lalai dan alpa, sehinggakan melanggar hukum -hakam
syariat Islam dan mengabaikan sensitiviti umat Islam di negara ini.
Selain individu artis itu sendiri, Pemuda Pas menyifatkan golongan ini
telah banyak mendapat sokongan padu daripada pihak kerajaan dan atasan.
Malahan mereka turut dilayan istimewa dalam semua sudut terutamanya
kewangan dan kerjasama yang baik.
No comments:
Post a Comment