Thursday 11 October 2012

MEMANG DAH TERBUKTI!!!!

AKHIRNYA! INI APEK LANGSI a.k.a TONY PUA (YANG HINA TUN DR MAHATHIR) MENGAKU IMEJ DAP TERCALAR! 


 Media perdana melaporkan kenyataan Ketua Publisiti DAP yang telah menghina negarawan Tun Dr Mahahtir Mohamad iaitu Tony Pua yang mengaku kenyataan Nasharudin Mat Isa kelmarin telah mencalar imej parti DAP.

Sebelum ini, Nasharuddin telah mengeluarkan kenyataan mengenai majlis kesyukuran DAP Sarawak berdoa untuk menjadikan Malaysia negara Kristian.

Tony Pua menafikan kenyataan pemimpin PAS itu tetapi kita tentu bersependapat bahawa penafian dengan mulut sahaja tidak akan dapat menyakinkan rakyat. Lebih-lebih lagi apabila kita mendapat tahu pemimpin tertinggi DAP mempunyai sikap yang tidak boleh dipercayai seperti yang didedahkan oleh Tunku Aziz sebelum ini.

Malah, Tony Pua juga dikatakan berbohong apabila mendakwa mereka tidak kenal penyangak matawang Yahudi, George Soros padahal banyak bukti kaitan tersebut. BACA SINI

Maka, jika pemimpin tertinggi DAP tidak boleh dipercayai, bercakap bohong dan hanya menafikan dengan mulut sahaja, apakah jaminan kita sama ada mereka bercakap benar? Sudah tentu sangat meragukan.

Dan oleh kerana impaknya terlalu besar, kita sudah tentu menanti parti DAP mengambil inisiatif untuk menyaman pemimpin PAS itu.

Selain mendakwa berlaku pergolakan dalaman di dalam Pas sendiri, Nasharudin turut menyentuh hubungan sesama parti yang memperlihatkan seolah-olah Pas sentiasa tunduk terhadap PKR dan DAP.

Dan benarlah kenyataan MiM sebelum ini iaitu pembangkang akan menggunakan ayat skema mereka untuk menutup malu iaitu kenyataan Nasharudin adalah 'pandangan peribadi' beliau. Pathetic!

 

No comments:

Post a Comment