Tuesday 30 October 2012

Kalau dah Kaki Kelentong Rakyat, X payah la Cakap Banyak...

KENYATAAN KELAKAR MINGGU INI! ANWAR TIDAK CERCA @NajibRazak , ROSMAH & UMNO!

 Siapa yang tidak ingat pembohongan Anwar Ibrahim kononnya terbentuknya kerajaan baru pada 16 September. Begitu juga pembohongan beliau tentang Kampung Buah Pala yang menyebabkan kaum India tersentak dan marah kepada beliau dan Guan Eng DAP.

Kenyataan Anwar Ibrahim menjadi semakin tidak dipercayai dek sejarah-sejarah silam dan putar belit beliau untuk terus tampak relevan dalam politik negara.

Yang terbaru ialah kenyataan Anwar semasa di Permatang, Tanjung Karang, Selangor. Beliau berceloteh, "Saya tidak datang untuk mencerca Najib (Razak), Rosmah (Mansor) dan Umno. Saya nak (Pakatan) menang dan rakyat bangkit menolak rasuah dan fitnah,”

Senangnya Anwar berkata 'tidak mencerca Najib, Rosmah dan Umno' kerana dipentas yang sama, Anwar mengulangi gaya putar belit beliau dengan menyentuh Najib Razak!

"Sebab apa dia (Najib) takut? Dia punyai televisyen, jentera dan wang kerana dia ada rasuah. Sebab itu dia tidak mampu jawab,” ujar Penasihat Ekonomi Selangor itu dipetik MediaSelangorku.

Inilah sikap seorang bekas banduan yang pernah dipenjarakan kerana menyalahgunakan kuasa!

Tetapi MiM setuju supaya rakyat bangkit menolak rasuah dan fitnah terutamanya fitnah Al-Tantuya dan Scorpene terhadap Najib Razak yang ditanam oleh kepimpinan pembangkang dan anasir yang mendapat suapan daripada yahudi keparat.

Yang pastinya, Anwar bukan sahaja berdepan dengan rakyat yang semakin muak dengan politik beliau tetapi keretakkan sesama parti di dalam Pakatan haram pembangkang.

Seperti yang kita tahu, sudah ada perebutan kerusi sesama parti politik dalam pakatan pembangkang. Malah mereka yang rapat dengan kepimpinan pakatan juga mendedahkan sikap cocky, arrogant Lim Guan Eng DAP.

Guan Eng DAP juga tidak boleh dipercayai seperti didedahkan oleh Tunku Aziz.

Sumber : Utara News 

No comments:

Post a Comment