Jemaah Haji, Penerima BR1M Tunggu Masa Hukum #hamPAS
Pertengahan tahun ini kita pernah
dikejutkan dengan satu kenyataan melampau dan biadap dari Ketua
Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man yang mengeluarkan arahan
meminta ahli PAS menangguhkan ibadah haji sebagai persiapan menghadapi
PRU 13.
Kenyataan Tuan Ibrahim itu bertarikh 5
Jun 2012 dan turut boleh dibaca dalam akhbar SelangorKini milik kerajaan
PKR Selangor terbitan 8 – 15 Jun 2012 yang disebarkan di merata masjid
dan surau di seluruh negeri.
Menurut Tuan Ibrahim, penangguhan ibadah
haji itu dianggapnya sebagai wajar kerana PAS memerlukan jentera parti
yang kuat dan utuh bagi melicinkan gerak kerja pilihan raya nanti yang
diramalkan akan sengaja dilangsungkan semasa musim haji.
Berikutan itu, berbakul-bakullah maki
hamun dan kejian dilemparkan terhadap Kerajaan Barisan Nasional dan
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak oleh penyokong PAS
termasuklah dari segelintir bakal jemaah haji pro PAS.
Mereka berandaian kenyataan pemimpin PAS
itu benar dan ramalannya sahih melangkau masa depan walau hakikatnya ia
cuma bersifat propaganda murahan untuk menyemai kebencian umum terhadap
pemimpin dan Kerajaan Barisan Nasional yang memerintah.
Kini, empat bulan sudah berlalu. Polemik
pilihanraya di musim haji sudah tidak kedengaran. Tuan Ibrahim pun
sudah semacam kura-kura di tepian parit menyorok muka bersembunyi dari
sindiran rakyat.
Tika ini sebahagian besar jemaah haji
sudahpun berada di Kota Suci Mekah tekun menjalankan ibadah sementara
menanti tibanya lambaian haji yang selama ini dinanti-nantikan.
Lebihkurang 28,000 orang jemaah haji
Malaysia dijangkakan pulang ke tanah air bermula 31 Oktober 2012 nanti,
ini bermakna sekalipun jika parlimen dibubarkan dalam mana-mana tarikh
dalam bulan Oktober, mereka tetap berpeluang untuk terlibat dalam proses
pengundian.
Jelas sekali propaganda PAS kononnya jemaah haji akan dinafikan hak mengundi dalam PRU 13 tidak menjadi kenyataan.
Walaupun demikian, apakah mungkin para
jemaah haji hanya sekadar melupakan saja polemik dan kontroversi yang
sengaja dicetuskan oleh pemimpin PAS?
Tentu sekali tidak kerana diawal polemik
pilihanraya musim haji ditimbulkan oleh PAS, tidak sedikit jemaah haji
dari kalngan ahli dan penyokong PAS terpana sendirian, was-was dan
keliru apabila terpaksa memilih antara dua tuntutan – satu tuntutan
agama yang termaktub dalam Rukun Islam dan satu lagu tuntutan keduniaan
demi kepentingan politik kepartian.
Mereka keliru kerana dipaksa
mendahulukan hal ehwal duniawi sedangkan peluang menunaikan ibadah haji
dan menjadi tetamu Allah s.w.t tatkala sudah cukup syarat kemampuannya
jauh lebih penting berbanding soal kepartian PAS.
Bagi segelintir yang tergolong dalam
kategori totok dan balaci karat hijau tentu sahaja mereka tidak kisah
mengabaikan ibadah haji demi parti, namun mujurlah sebahagian besar
jemaah haji berjaya melepaskan diri dari hasutan duniawi dan terus tekad
hatinya mendahulukan seruan Illahi.
Sekarang Allah s.w.t telah menetapkan
takdir dengan membuka hijab pembohongan propaganda PAS untuk ditatapi
dan diadili oleh umat Islam negara ini.
Pastinya kepulangan para jemaah haji
kelak akan mengimbau kembali ingatan mereka dengan kejahatan propaganda
PAS itu apatah lagi bila masing-masing mendapat tahu pemimpin PAS yang
sama itu juga baru sahaja menghina bakal penerima Bantuan Rakyat
1Malaysia (BR1M) yang disama tarafkan dengan penagih candu dan anak ayam
yang kebuluran.
Tuan Ibrahim dan lain-lain pemimpin PAS
mungkin boleh berdolak dalik dengan seribu satu alasan dan takwilan,
namun hakikatnya baik para jemaah haji mahupun para penerima BR1M serta
sebahagian rakyat Malaysia beragama Islam yang lain sudah tidak sabar
menunggu masa untuk menghukum PAS dalam PRU 13 nanti.
Dek bahana terlanjur kata terlebih
propaganda, kelak badan yang binasa. Dek kerana huduh tutur kata serta
buruk pembawaan sikap akibatnya PAS perlu menerima kesan pembalasan
hukuman yang setara.
* kalau dah sampai seru haji, x perlu la nak bertangguh. lain la kalau x sihat ke atau masalah tertentu. ni nampak sangat desprate nak kuasa. apa punya BINGAI la orang PAS nih...
No comments:
Post a Comment