PANAS... PANAS.....
TERKINI - SHAHNON KELUAR PAS KERANA TAK SANGGUP JADI KELDAI DAP ?!!
Perjuangan politik Pas
kini tidak lagi menepati kehendak Islam apabila parti itu bekerjasama
dengan DAP, kata Sasterawan Negara Prof. Emeritus Datuk Dr. Shahnon
Ahmad.
Beliau berkata, apa yang
dilakukan oleh Pas sekarang ialah hanya menuruti kehendak politik DAP
dan pendekatan seumpama itu bercanggah dengan kehendak Islam kerana Pas
sepatutnya memimpin dalam memperjuang Islam.
Shahnon yang juga
anggota Pas seumur hidup berkata adalah sangat menyedihkan kerana
kerjasama Pas dengan DAP itu bukan seperti yang diharapkan dan ia
bercanggah dengan pendekatan yang diambil Rasulullah SAW ketika
memerintah dan bekerjasama dengan golongan bukan beragama Islam.
"Sepatutnya DAP tertakluk kepada peraturan Islam kalau mereka hendak bekerjasama dengan Pas," katanya.
Beliau yang juga bekas
anggota Parlimen Sik berkata, dasar Pas sekarang tersasar daripada
perjuangan asalnya apabila terpaksa menuruti kehendak DAP.
DAP sebelum ini telah menyatakan tidak akan menyokong pertubuhan negara Islam di negara ini seperti yang dimahukan pas.
Shahnon yang pernah
bertugas sebagai Pengarah Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM)
berkata, pendekatan Rasulullah SAW bekerjasama dengan kaum Yahudi,
Kristian dan munafik bukanlah seperti kerjasama Pas dan DAP sekarang
kerana ketika itu Islam yang memerintah dan memimpin kaum-kaum
berkenaan.
No comments:
Post a Comment