APA YANG KO MEREPEK NIH????
Ahli Majlis Tertinggi UMNO menyokong Pakatan Rakyat?
Datuk Saifuddin Abdullah menafikan beliau menyokong jutawan spekulator
mata wang, George Soros ataupun Suara Rakyat Malaysia (Suaram)
sebagaimana didakwa segelintir beberapa pihak, sebaliknya hanya memberi
pendapat dari perspektif politik baru.
"Saya bukan sokong Soros atau Suaram. Saya tak membela Soros atau
Suaram. Saya cuma menyatakan pendapat dari perspektif politik baru iaitu
politik yang berasaskan ilmu dan kebijaksanaan.
"Politik kita terlalu adversarial, sehingga menimbulkan permusuhan
sesama sendiri," kata Ahli Majlis Tertinggi Umno ini kepada media
semalam..
Beberapa pihak dari Umno dan pro-Umno mengecam pendirian beliau secara
terbuka dan juga menerusi Twitter dan laman sosial siber ekoran
kenyataan pertengahan minggu lalu.
Antaranya, Mursyidul Am Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim,
Muhammad Zahid Md. Arip berkata, Saifuddin tidak wajar mengamalkan
politik 'makan keliling' dengan mengeluarkan kenyataan seolah-olah
mempertahankan Suaram, yang didakwa menerima dana daripada Soros -
penyangak mata wang berbangsa Yahudi.
Muhammad mendakwa Saifuddin kini mencari jalan selamat dengan bersikap
liberal demi kepentingan politik peribadi.
Beliau juga membangkitkan persoalan kemungkinan kenyataan itu
menunjukkan Saifuddin yang diberi peluang berada dalam Kabinet tidak
yakin Umno dan Barisan Nasional (BN) akan kekal berkuasa pada Pilihan
Raya Umum Ke-13 (PRU13).
''Kenyataan Saifuddin yang mengelirukan itu boleh diibaratkan seperti
api dalam sekam yang sebenarnya mengundang bahaya kepada perjuangan Umno
dan BN sekarang.
Malah katanya, beliau percaya Saifuddin kini membeli 'insurans nyawa'
daripada pembangkang dengan menonjolkan beliau sebagai pemimpin liberal.
Saifuddin sebelum ini dipetik berkata, serangan dijalankan BN ke atas
Soros, berpotensi "memakan diri sendiri" kelak.
Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui ada
bertemu dengan Soros dua tahun atas permintaan jutawan itu.
Muhammad Zahid menegaskan, sebagai seorang pemimpin Umno, Saifuddin
perlu mempertahankan sebarang usaha memfitnah Najib yang juga Presiden
Umno dan Pengerusi BN.
Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, "kita perlu tingkatkan diskusi
politik ke tahap yang lebih tinggi."
Katanya, dari segi strategi kempen BN pula, PRU13 banyak bergantung pada
golongan pertengahan, yang terdiri daripada pengundi muda, profesional
dan kelas menengah.
"Menurut kajian-kajian, mereka 30 peratus daripada pengundi; menilai
dari segi artikulasi idea dan dasar; tak minat serangan-serangan politik
yang keterlaluan.
"Mereka faham politik ada bidasan dan serangan, tapi mereka tak suka
bila ia keterlaluan seperti serangan peribadi dan menghukum di khalayak
sebelum didapati bersalah secara perundangan," katanya.
No comments:
Post a Comment