BETUL KE APA YANG AKU DENGAR NI???
Kerana Krisis DAP, Bah Tony Keluar Parti
2 Jun 2011, Bah Tony@Amani William-Hunt Abullah, seorang peguam
terkenal Orang Asli menyertai DAP. DAP Perak berjaya meyakini Bah Tony
bahawa DAP adalah landasan yang terbaik baginya untuk menyuarakan
isu-isu Orang Asli. Kemasukan Bah Tony kedalam DAP telah mendapat
liputan akhbar-akhbar arus perdana seperti The Star dan NST.
Walaubagaimanapun, Bah Tony hanya mampu bertahan selama 16 bulan
dalam DAP. Minggu lepas, Bah Tony telah menyerahkan surat perletakan
jawatan dan keluar dari DAP.
Apakah yang menyebabkan Tony keluar DAP?
Setakat ini, pelbagai spekulasi telah dibuat tetapi apa yang jelas,
keluarnya Tony dari DAP menunjukkan kelemahan dan kegagalan Pengerusi
DAP Perak, Ngeh Koo Ham. Ngeh memrintah DAP Perak secara kukubesi dan
tidak mahu mendengar pandangan orang lain. Tapi apakah itu saja alasan
Tony untuk keluar.
Beberapa hari lepas, Bah Tony bersama-sama dengan peguam Augustine
Anthony telah berjaya dalam kes mereka yang melibatkan empat orang asal
yang dituduh membunuh seekor harimau. Berita mengenainya boleh dibaca
di sini dan sini.
Kes membunuh harimau ini menjadi tumpuan bukan saja media tempatan,
malah telah menarik minat media luar negara. Secara tiba-tiba, Bah Tony
dan Augustine menjadi selebriti dikalangan Orang Asal. Satu kenduri
besar-besaran akan diadakan pada 27 Oktober ini di Bidor bagi meraikan
kejayaan ini.
Ketika kes ini mula-mula didengar dua tahun lalu, empat orang Asal
ini sudah hampir-hampir mengaku bersalah. Bukan kerana mereka membunuh
harimau tersebut…tetapi kerana mereka tidak mampu membayar peguam untuk
membela mereka. Augustine Anthony kemudiannya tampil membela
keempat-empat tertuduh secara percuma dengan dibantu oleh Bah Tony.
DAP Perak telah menggunakan kelebihan dan keistimewaan Bah Tony untuk
dijadikan sebagai Calon DAP dalam PRU akan datang. Tetapi mengapa dalam
keadaan yang genting ini…dan dikala populariti Tony sedang melonjak,
tiba-tiba Bah Tony bertindak keluar dari DAP?
Bah Tony bukan ahli politik licik macam Ngeh dan Nga. Dia hanya ada
sebuah kereta Kancil. Seorang peguam dan bekas Eksekutif bank hanya
pakai kereta Kancil..bukan macam Ngeh dan Nga yang bukan saja mendapat
ribuan ringgit dari elaun Wakil Rakyat malah mendapat elaun Pengarah
beberapa buah syarikat. Tony lebih dikenali sebagai aktivis masyarakat
berbanding ahli politik. Tony juga merupakan penggerak BERSIH 3.0 yang
diadakan di Ipoh April lalu.
Tony juga tidak memerlukan publisiti apabila keluar dari DAP macam
Tunku Aziz. Dia tak buat sidang media untuk mengumumkan kepada rakyat
apa yang dia tak puashati. Dia tak kutuk DAP bila keluar..tak macam
Hasan Ali atau Zulkifli Nordin. Dia ada prinsipnya sendiri.
Tapi sebaliknya, Ngeh pula yang kelamkabut untuk memburukkan Tony.
Macam-macam arahan dan kenyataan dibuat oleh Ngeh memburukkan Tony.
Pasai apa Ngeh teruk sangat macam tu? Mengapa Ngeh seolah-olah suka
bila Tony keluar. Dan bila Tony keluar DAP..Ngeh pulak membuat pelbagai
fitnah untuk menghancurkan kredibiliti Tony?
Macam-macam soalan yang aku tanya. Dan aku tau hanya segelintir saja yang tau apa rahsia disebalik keluarnya Tony dari DAP.
Perhatikan gambar diluar mahkamah itu dan itu boleh menjadi petunjuk
tentang mengapa Ngeh begitu panas hati dengan Tony. Ada banyak cerita
disebalik gambar tersebut dan ada banyak skandal dalam DAP Perak yang
cuba ditutup leh Ngeh.
Lepas ni….kita dengar pula Skandal Ngeh Koo Ham. Apakah Tony keluar
DAP ini ada kaitan dengan syarikat perladangan yang dimiliki oleh Ngeh
dan isterinya seperti dibawah. Woww!! DAP Perak semakin panas!!
No comments:
Post a Comment