Sunday, 24 February 2013

DAP mustahil perintah Malaysia kata Dr. Hasan Ali

KUALA LUMPUR 20 Feb. - Presiden Jati Malaysia, Datuk Dr. Hasan Ali hari ini mengeluarkan satu kenyataan akhbar bertajuk DAP Sebagai Peneraju: Hadi Awang sebagai reaksi kepada kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini bahawa mustahil DAP memerintah negara ini.

Berikut teks penuh kenyataan akhbar Hasan itu:

DAP SEBAGAI PENERAJU : HADI AWANG

DR. HASAN ALI... Presiden Jati Malaysia 
SAYA terpanggil untuk memberi sedikit ulasan apabila membaca media perdana hari ini mengenai kenyataan Presiden PAS Ust Hadi Awang yang mengatakan bahawa adalah mustahil bagi DAP untuk memerintah atau menerajui pemerintahan negara ini. 

Ini disebabkan dari segi perkiraan kerusi yang ditandingi, DAP dijangka hanya bertanding 50 kerusi parlimen daripada jumlah keseluruhan 220 kerusi.

Sememangnya dari segi angka DAP hanya sesuai bertanding kira-kira satu perempat kerusi parlimen. Namun perlu diingat bahawa DAP bersama dengan gabungan komponen parti-parti yang bukan Barisan Nasional termasuk di Sabah dan Sarawak dilihat tidak mustahiluntuk memenangi jumlah kerusi parlimen yang diperlukan untuk menubuhkan kerajaan.

Tetapi saya tidak mahu menumpukan perhatian kepada opsyen itu. Yang ingin saya tekankan di sini ialah:

a. Walaupun seperti yang disebut oleh Presiden PAS, DAP akan bertanding 50 kerusi sementara PAS dan PKR mungkin masing-masing bertanding dalam lingkungan 80 kerusi setiap satu parti. Ini sama sekali tidak bererti bahawa bilangan kerusi yang banyak akan mencerminkan kemenangan yang besar. Para pemerhati politik lebih cenderung menganggarkan bahawa antara parti yang dijangka mencatat kemengangan besar ialah DAP. Kalau DAP boleh memenangi 90% daripada kerusi yang ditandingi dan PAS serta PKR dijangka memenangi jauh di bawah paras 50%, sudah tentu DAP akan terus menjadi parti peneraju dalam gagasan Pakatan Rakyat;

b. Daripada apa yang berlaku sekarang contoh seperti di Selangor, DAP menduduki tempat kedua dari segi bilangan kerusi. PKR tempat teratas dan PAS dengan 8 kerusi sahaja duduk di tempat terbawah. Seperti yang dilaporkan, DAP dilihat menerajui Kerajaan Selangor hingga dikatakan Menteri Besar Selangor sering berada di bawah telunjuk DAP. Penyertaan PAS dalam Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak pernah dianggap sebagai rakan kongsi setara oleh DAP. 

Di Kedah pula, DAP hanya mempunyai satu kerusi sahaja. Tetapi hampir semua isu Islam yang telah diputuskan oleh Menteri Besar dan Exco tidak dapat dijalankan kerana ditentang hebat oleh wakil tunggal DAP itu. Ini dilakukan dengan bantuan moral dan campur tangan langsung oleh pimpinan DAP pusat.

c.. Di peringkat nasional pula,sehingga ini tidak ada satu pun isu-isu besar melibatkan Islam dan Melayu yang ingin dijuarai oleh PAS dapat dilaksanakan. PAS kalah bersabung dalam isu Kalimah Allah, Negara Islam, Hudud dan isu murtad. Suara PAS hampir diketepikan langsung dalam merangka dasar dan hala tuju Pakatan Rakyat seperti yang terkandung dalam Buku Jingga dalamana isu Negara Islam, Hudud dan kemartabatan bangsa Melayu tidak mendapat tempat yang sewajarnya dalam buku tersebut.

Saya berpendapat tidak ada mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat secara berasingan dapat menubuhkan kerajaan termasuk PAS dan PKR. Yang penting di sini bukan mana-mana parti boleh menubuhkan kerajaan, tetapi parti yang manakah yang mempunyai kekuatan dan kemampuan pimpinan, daya tahan dan daya juang memperjuangkan satu-satu isu, komitmen yang tinggi hingga ke peringkat sanggup menggadaikan nyawa untuk mempertahankan kesucian perjuangan, kebolehan dan kemampuan berhujah secara berfakta serta keutuhan kesepaduan dan kesatuan barisan kepimpinan untuk mendepani musuh-musuh politik dalaman dan luaran.

Apa yang dapat disaksikan sekarang sejak 5 tahun yang lalu PAS semakin dipinggirkan. Bukan sahaja dipinggirkan tetapi dengan bongkak dan sombong pimpinan DAP dan PKR memperkotak-katikkan PAS hingga ke peringkat menghina intitusi agong dalam struktur parti PAS iaitu Majlis Syura Ulama PAS dalam isu Kalimah Allah.

Lebih menyedihkan di negeri Musyidul Am sendiri peraturan kecil yang telah berjalan sejak 21 tahun yang lalu melibatkan pendandan dan penggunting rambut wanita yang tidak dibenarkan menggunting rambut lelaki Muslim terpaksa ditawakufkan. DAP menggunakan Karpal Singh menyelar kepimpinan PAS Kelantan dan menuntut supaya peraturan itu dimansuhkan. Akhirnya kerajaan PAS pimpinan Tok Guru Nik Aziz tunduk dengan tuntutan DAP itu. 

Begitu juga yang berlaku di Kedah. Wakil tunggal DAP berjaya membatalkan keputusan kerajaan negeri pimpinan Ust Azizan Razak seorang ulama yang berstatus senior dalam saf kepimpinan PAS dalam isu penutupan pusat hiburan dalam bulan Ramadhan dan juga isu papan iklan.

Kenyataan Presiden PAS yang dilaporkan hari ini mungkin boleh diterima oleh ahli dan penyokong parti yang hanya mendapat informasi daripada akhbar Harakah atau Harakah daily atau hanya mendengar ceramah-ceramah daripada pimpinan PAS dan Pakatan Rakayat sahaja. Andainya mereka dapat membuka ruang minda dengan cuba mendekatkan diri kepada sumber-sumber informasi samada melalui media elektronik, media cetak atau yang popular di akhir-akhir ini media sosial sudah tentu mereka dapat menilai kenyataan Presiden PAS itu dengan lebih objektif dan berpijak di bumi nyata. 

Hakikatnya, DAP sejak 5 tahun yang lalu telah berjaya menggunakan seluruh kesempatan dan ruang untuk menonjolkan falsafah perjuangan parti tersebut. Dalam apa keadaan pun yang jelasnya DAP adalah pihak yang dikatakan meraih kemenangan hingga berjaya menjadi tulang belakang kepada Pakatan Rakyat. Begitu juga halnya dengan PKR. Yang tewas di gelanggang hujah dan yang tewas di gelangang perjuangan khususnya untuk mempertahankan asas-asas perjuangan parti tidak lain tidak bukan ialah PAS.

YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
TTDI, KL
20 Februari 2013

Thursday, 21 February 2013

HAIYA...... LU MEMANG CELAKA LA KARPAL.....

Jui Meng kecewa tindakan Karpal


KUALA LUMPUR 20 Feb. - Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, Datuk Chua Jui Meng dikatakan sangat kecewa dengan Pengerusi DAP, Karpal Singh kerana secara terbuka menyokong Pengerusi DAP Johor, Dr. Boo Cheng Hau.

Jui Meng dilaporkan kecewa dengan tindakan Karpal menyokong Cheng Hau berhubung isu membabitkan pengagihan kerusi pakatan pembangkang di Johor untuk Pilihan Raya Umum Ke-13 antara DAP dengan PKR.


Menurut portal propembangkang Malaysiakini yang memetik akhbar China Press, kekecewaan itu bertambah kerana Karpal menggesa kepimpinan PKR Pusat memulakan siasatan terhadapnya.

Jui Meng yang keluar daripada MCA untuk menyertai PKR pada Julai 2009 turut sedih kerana Karpal mempersoalkan keahliannya dalam MCA.

"Saya telah berkata ketika saya bersama MCA bahawa sekiranya UMNO tidak berubah, MCA akan keluar Barisan Nasional (BN). Akhirnya, saya keluar MCA untuk menjaga kepercayaan politik saya dan juga untuk membantu lebih ramai orang, walaupun dilucutkan anugerah Datuk kepada saya.

"Namun, saya telah dikritik oleh Karpal seperti ini. Saya sangat kecewa, " katanya semalam.
Sementara itu, Malaysiakini turut memetik akhbar SinChew Daily yang melaporkan PAS Johor menggesa Jui Meng dan Cheng Hau supaya menghentikan perang mulut dan bersedia menjadi orang tengah untuk mendamaikan keduanya.
 
Bagaimanapun, Pesuruhjaya PAS Johor, Mahfodz Mohamed berkata, beliau tidak bersetuju dengan tindakan Cheng Hau secara terbuka mengecam Jui Meng. Mahfodz dillaporkan berkata kecaman terbuka Cheng Hau menjejaskan imej pakatan pembangkang di Johor dan memberikan gambaran bahawa mereka dalam keadaan huru-hara.
 
Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi DAP Johor, Tan Kok Wai menyatakan tindakan tidak akan diambil terhadap Cheng Hau kerana pemimpin itu hanya menyatakan perkara yang benar.
 
Semalam, Jui Meng dan Cheng Hau dilarang membuat sebarang kenyataan terbuka berhubung konflik yang melanda kedua-dua itu.
 
sumber : Utusan

Wednesday, 20 February 2013

KISAH SEBENAR PERISTIWA 13 MEI....



ok la..tentu ramai yang tahu sekarang yang DAP dan RPK sekarang sedang memutar sejarah dengan berbohong tentang apa yang sebenarnya berlaku pada 13 mei 1969 iaitu rusuhan kaum terburuk antara 2 kaum majoriti terbesar di Malaysia. paling latest aku ada terbaca yang pihak DAP mengatakan bahawa UMNO ( maksud mereka orang melayu la tu) yang memulakan rusuhan tersebut. Bukti yang mereka rujuk ialah dari buku tulisan Dr Kua Kia Soong yang bertajuk "Declasiffied Documents On The Malaysian Riots 1969".buku tersebut menyatakan bahawa :
  1. Tun Abdul Razak merancang rusuhan 13 mei tersebut untuk merampas kuasa dari Tunku Abdul Rahman.
  2. Datuk Harun Idris mengetuai pemuda Umno untuk memulakan serangan terhadap kaum cina tanpa sebarang provokasi.
  3. Rusuhan itu bukan dicetuskan oleh Pembangkang yang Rasis dan gerakan subversif komunis.
Tapi ada perkara yang secara terang-terangan tidak diceritakan. Ini la part yang aku nak ceritakan kat korang semua agar kita sama-sama tahu dan tidak tertipu dengan penipuan hebat dari para sosialis dan komunis yang sedang berusaha menjatuhkan bangsa kita secara senyap.

Sedikit sejarah tentang perselisihan kaum di Malaysia sebelum 13 Mei :
  1. Untuk melindungi Malaya dari kebangkitan komunis,Kerajaan telah menjalankan usaha untuk merekrut orang cina untuk menyertai pasukan polis. Dari tahun 1949 hingga 1951 (3 tahun),Usaha kerajaan untuk menarik penyertaan orang cina gagal. Hanya 200 belia cina yang mendaftar secara sukarela. Bila National Service atau Khidmat Negara diperkenal pada tahun 1950, ramai orang Cina dan India mencari jalan untuk meninggalkan Malaya.
Lebih dari 10,000 orang cina lari ke China untuk mengelak dari dipanggil untuk berkhidmat. Ini menambahkan perasaan tidak puas hati dikalangan orang melayu hingga Sir Henry Gurney memberi komen " Perasaan tidak puashati dari komuniti bukan cina semakin bertambah kerana orang cina seperti tidak mahu membantu. mereka hidup selesa dan hidup hanya untuk membuat wang.."

Walaubagaimanapun, masih terdapat juga warga cina yang patriotik yang tinggal dan menjalankan tanggungjawab dengan membantu berjuang mempertahankan negara dari komunis. Mereka adalah antara wira negara kita yang berani. Tidak seperti kebanyakan opportunis rasis yang cabut lari bila keadaan negara susah dan pada masa yang sama mengutuk Malaysia dari luar.

2. Rusuhan kaum di Pulau Pinang pada 2 Januari,1957 menyebabkan 4 kematian dan 48 cedera. Kejadian berlaku pada hari pengisytiharaan Georgetown kepada status Bandar oleh kerajaan British. Kejadian bermula setelah masyarakat cina yang menyambut hari tersebut tersalah anggap kepada orang melayu yang sedang sama-sama memerhati sambutan tersebut. Ketibaan pasukan polis dengan cepat telah mengelak rusuhan merebak keseluruh negeri.

3. Pada May 1959, satu lagi rusuhan tercetus diantara melayu-cina yang berlaku di Pulau Pangkor. Konfrontasi antara samseng melayu dan kongsi-gelap cina menyebabkan rumah penempatan terbakar dan 2 melayu terbunuh dan 8 cedera.Pihak cina mengalami 1 kematian dan 2 belia tercedera. Perintah berkurung seluruh pulau dikenakan untuk beberapa hari disebabkan rusuhan kaum tersebut.

4. Di Bukit Mertajam sekitar tahun 1964, seorang melayu dan seorang cina terbunuh kerana perselisihan kecil. Beberapa ramai tercedera. Ia bermula bila seorang pekerja pasar telah dipukul dengan cangkul oleh seorang remaja cina berusia 15 tahun yang menjual sayur dipasar tersebut. Dari kejadian tersebut, berlaku serangan kecil di sana-sini dan rumah-rumah dibakar ketika pekerja pasar tersebut cuba membuat laporan kepejabat daerah. Akhirnya perintah berkurung dikenakan untuk mengelakkan rusuhan berlanjutan.

Selanjutnya, sila klik http://sayamelayuislam.blogspot.com/2010/08/tragedi-13-mei-1969-kisah-sebenar.html

Adoyai...... Manifesto Lama Pun Lunyai, Ada Hati Nak Perkenal Manifesto Baru




DENGAN lemah lembut dan terkemut-kemut, Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli petang tadi mengumumkan bahawa Pakatan Rakyat akan terkehadapan berbanding dengan BN apabila membentangkan “Manifesto Rakyat” minggu depan dalam mempersiapkan parti pembangkang menghadapi pilihanraya.

Fuuhh..dahsyat wa cakap lu, Pakatan Rakyat perkenal manifesto pilihanraya ooii.

Confirm majlis memperkenalkan manifesto besok tu diadakan dengan penuh gilang gemilang di tempat yang mahal dan berstatus tinggi. Silap-silap, ada roket angkasa (sumbangan NASA), turun dari bulan membawa skrol yang terkandung di dalamnya Manifesto Rakyat ini.

Lampu jangan cakaplah, bercahaya-cahaya dengan pelbagai kaler. Semua pemimpin Pakatan Rakyat akan berada di atas pentas, megah memegang Manifesto. Anwar lebih bergaya, muka confident, yakin, bersemangat memperkenalkan manifesto, diiringi pulak kemudiannya dengan ucapan berapi-rapi yang hanya dia seorang faham.

Ya, ramai orang hanya kagum dengan gaya Anwar bercakap, bukan isi yang dicakapkan. Buktinya, kalau ikut cakap, Selangor hari ini sudah menjadi negeri super duper maju, bangunan bukan mencakar langit tapi mencakar planet, lampu neon bukan buat terang jalan tapi terang kandang kambing sahaja, maju tak maju, kaya tak kaya.

Tapi itu kalau ikut cakaplah. Masalahnya, mana ada pembangunan berlaku sekadar bercakap!!!

Percayalah, gilang gemilang pelancaran Manifesto Rakyat ini pun akan kekal setakat itu sahaja, pelancaran.

Seperti mana yang berlaku sebelum ini, Pakatan haram memang hebat tang pelancaran, tapi bila tiba perlaksanaan besok, nasib manifesto itu nanti lebih kurang sama dengan semua manifesto negeri-negeri Pulau Pinang, Kedah dan Selangor tahun 2008 dulu.

Manifesto tinggal manifesto, malah ada pulak kenyataan dari Menteri Besar Selangor si Khalid gagap yang menjadi quote of the year sehingga sekarang, “Manifesto Bukan Perjanjian”!! Lihatlah macam mana berani pemimpin Pakatan menipu rakyat terang-terang.

Saya sengaja tak sebut Kelantan sebab PAS negeri itu tidak ada dokumen yang layak dipanggil manifesto, ia lebih kepada statement yang tidak boleh nak diukur pencapaiannya. Contohnya macam meningkatkan rohaniah, insaniah dan yang seumpama dengannya, nak ukur macam mana semua tu?

Nasihat saya kepada rakyat, bersedialah untuk ditipu sekali lagi dengan pengenalan Manifesto Rakyat ini nanti.

Tahun 2008 dulu, kita tidak ada contoh untuk dibuat perbandingan, tidak ada kerajaan DAP, tidak ada kerajaan PKR, yang ada hanya kerajaan PAS, di Kelantan.

Berbanding sekarang, setelah 5 tahun, banyak yang nak dicakapkan tentang kegagalan puak-puak ini sebagai pemerintah. Janji banyak tak tunai, rakyat saman kerajaan negeri (belum pernah berlaku dalam dunia), janji kalau ada yang dilaksanakan pun tak menyeluruh, bukan semua dapat (air percuma).

Tapi jangan terperanjat, dengan semua kegagalan itupun, Anwar masih ada hati nak lancar Manifesto baru!!! Memang betul kata orang, Anwar muka buntut, dah tak kenal segan, dah tak kenal malu.

Rakyat perlu ingat, ini Manifesto (apa pun namanya) tak boleh pakai sebab yang buat janji tu (Pakatan Rakyat) hantu, tidak wujud dan berdaftar secara rasmi. Mana boleh percaya orang/pertubuhan macam ini!!

Berbanding pulak dengan UMNO/BN. Di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, janji dilaksanakan tanpa menungu manifesto, buka mulut jalan, buka mulut buat, buka mulut bina. Tak banyak kong kali kong langsung.

Monday, 18 February 2013

RUMAH MAMPU MILIK DI PENANG....



Teringat kemabali kenyataan Akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Di Komtar, George Town Pada 27 Mei 2012 yang mengatakan sekurang-kurangnya 18,000 unit Rumah Mampu Milik Dijangka Dibina Oleh Pihak Kerajaan Negeri Di bawah Fasa 1 Dan 2 Tabung Perumahan Mampu Milik RM500 Juta Di Kelima-lima Daerah Di Pulau Pinang Manakala Pemaju Swasta Dijangka Menyumbang 20,000 unit Lagi.
 
Kalau ikut perancangan, mereka akan membina atleast 18,000 unit rumah mampu milik  di bawah Fasa 1 dan 2 Tabung Perumahan Mampu Milik RM500 juta di kelima-lima daerah di Pulau Pinang manakala pemaju swasta dijangka menyumbang 20,000 unit lagi. 18,000 unit rumah mampu milik akan dibina melalui agensi pelaksana Penang Development Corporation(PDC).( Difahamkan bahawa mereka telah menukar kontraktor tempatan kepada Kontraktor dari Korea. Fuh.. Banyak betul duit depa nih)

Fasa 1 bernilai RM2.7 bilion yang merangkumi 12,000 unit di atas tanah seluas 200 ekar di Batu Kawan, Daerah Seberang Perai Selatan, telahpun dilancarkan pada 17 Februari 2012. Manakala Fasa 2 melibatkan 77 ekar tanah yang telahpun dikenalpasti di empat daerah lain di Pulau Pinang yang boleh menyumbang 6,000 unit rumah mampu milik.  Keseluruhan tanah sebanyak 277 ekar untuk perumahan mampu milik telahpun dikenalpasti di kesemua lima-lima daerah di seluruh Pulau Pinang seperti berikut:


NO Daerah Jumlah Luas (Ekar)
1 Seberang Perai Utara 28.9
2 Seberang Perai Tengah 31.71
3 Daerah Timur Laut 10.21
4 Daerah Barat-Daya 5.84
5 Seberang Perai Selatan 200(PDC)
JUMLAH  277 Ekar

Harga rumah mampu milik ini sepatutnya RM72, 500.00 tetapi telah dinaikkan sebanyak RM400 000.00.  Setahun telah berlalu, namun sehingga kini 1 unit pun tak kelihatan. Di sini telah menimbulkan beberapa persoalan dikepala ini.......

Persoalannya ialah...

Jika ia dilancarkan pada 17 Februari 2012, sepatutnya beberapa unit rumah telah siap dibina tetapi seunit rumah pun tidak kelihatan. Adakah Ketua Menteri YB Lim Guan Eng hanya pandai  berjanji kepada rakyat tetapi tidak tahu nak tepati janji?

Jika rumah yang nak dibina ini adalah berstatus rumah mampu milik, mengapa harga yang sepatutnya bernilai RM72 500.00 dinaikkan menjadi RM400 00.00? Why?? Adakah YB Lim Guan Eng ingin memberitahu alasan bahawa tanah di Pulau Pinang mahal atau mempunyai "hidden agenda" untuk menghalau Orang Melayu dari kawasan pulau?

So, fikir-fikirkanlah.......

Anwar Liwat Kesucian Huguan Siou


Masyarakat Kadazandusun nampaknya masih lagi tidak dapat memaafkan Anwar Ibrahim kerana ‘meliwat’ kesucian gelaran Huguan Siou iaitu kedudukan tertinggi bagi kaum tersebut. Bukan sahaja kerana ia tidak mengikut prosedur dan adat perlantikan tetapi yang lebih menyakitkan hati ialah ia merupakan jawatan ekslusif yang hanya boleh dipegang oleh kaum Kadazandusun Murut.

Justeru, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) telah menuntut permohonan maaf dari pihak PKR Ranau dan Anwar Ibrahim sendiri atas tindakan tidak bertanggungjawab menganugerahkan gelaran tersebut kepada Ketua Pembangkang itu. Menurut Setiausaha Agung KDCA, En. Suman Yasambun dalam kepercayaan kaum mereka, tindakan tersebut akan mengundang sumpahan ke atas pihak yang telah mencemar struktur kepimpinan, terutamanya apabila ia melibatkan Institusi Huguan Siou.

Huguan Siou merupakan ‘penjaga’ kepada budaya, norma-norma, artifaks dan tradisi Kadazandusun Murut yang diraikan setiap tahun dalam Pesta Kaamatan. Gelaran itu membawa bersamanya semangat perpaduan, keberanian dan keazaman.

Huguan Siou yang sah pada hari ini adalah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, sekali gus menjadikan perlantikan seorang lagi Huguan Siou sebagai satu penghinaan terhadap beliau, serta seluruh masyarakat Kadazandusun.

Jelaslah bahawa tindakan PKR Ranau adalah keterlaluan, selain tidak bijak. Lebih dari itu, tindakan Anwar untuk menerima penganugerahan itu juga, dilihat sebagai bukti sikapnya yang tidak sensitif dan gila kuasa.

Percubaan Anwar untuk memperbaiki keadaan dengan menafikan beliau ada menerima gelaran tersebut serta menuduhnya sebagai salah satu dari taktik kotor politik BN, nampaknya tidak berjaya. Ini kerana, seluruh rakyat Malaysia telah melihat sendiri gambar-gambar Anwar memakai hiasan kepala tradisi Kadazandusun yang dipanggil ‘sigar’ dan juga selempang yang tertulis ‘Huguan Siou Malaysia’.

Mana mungkin terdapat Huguan Siou Malaysia sedangkan ia merupakan gelaran khas bagi satu kaum sahaja? Mana mungkin Anwar menjadi Huguan Siou sedangkan beliau bukan dari kaum Kadazandusun? Dan, mana mungkin terdapat dua orang Huguan Siou?

Ketua Cabang PKR Ranau, Jonathan Yasin mungkin terbawa-bawa dengan keghairahannya untuk mengambil hati Anwar sehingga terlepas pandang akan kesucian gelaran Huguan Siou. Keinginan yang meluap-luap untuk menang pilihanraya telah menjadikan Jonathan terlupa siapa dan apakah Huguan Siou dan siapa dan apakah Anwar Ibrahim.

Namun begitu, Jonathan mungkin hanya melakukan apa yang diarahkan atau dinasihat oleh pihak atasan parti sahaja. Tidak mustahil, beliau diberikan tugas untuk menonjolkan sokongan dan penerimaan masyarakat Kadazan terhadap Anwar yang tidak berbelah bagi. Justeru, satu-satunya cara yang dapat difikirkannya ialah dengan menggambarkan Anwar sebagai pemimpin tertinggi masyarakat tersebut, iaitu sebagai Huguan Siou.

Jika Anwar mempunyai sedikit maruah atau moral, beliau pasti tahu bahawa cara terbaik untuk meredakan kemarahan kaum Kadazandusun adalah dengan meminta maaf atas ‘kejahilannya’ mengenai adat resam kaum tersebut. Tetapi, seperti yang kita sedia maklum, Anwar adalah jenis manusia yang tidak bermoral, tidak pernah mengaku salah dan tidak mungkin meminta maaf.

Penafian Anwar menyebabkan kaum Kadazandusun semakin ‘sakit hati’ terhadapnya. Anwar nampaknya langsung enggan bertanggungjawab malah tidak segan silu pula menuding jari terhadap BN walaupun bukti begitu nyata. Ini tidak menghairankan kerana beliau juga tidak pernah mengaku menjadi pelakon utama dalam video seks yang tersebar sedangkan wajah serta gerakgeri pelakon tersebut saling tak tumpah dengan dirinya. Malah disahkan pula oleh sistem pengesan wajah sebagai 99% dirinya. Jika itupun Anwar masih boleh menafikan, maka tentu saja Anwar boleh menafikan apa saja.

Inilah masalahnya jika terlalu dahagakan sanjungan dan penerimaan tetapi sukar mendapatnya. Anwar telah lama mengidam menjadi pemimpin tertinggi dalam negara. Memandangkan terlalu sukar sekali untuk memakai gelaran Perdana Menteri Malaysia, maka gelaran Huguan Siou Malaysia sahaja sudah memadai baginya, buat masa ini.

Malangnya, gelaran Huguan Siou Malaysia itu nampaknya telah menjauhkan lagi Anwar dari gelaran Perdana Menteri Malaysia.

Sunday, 17 February 2013

10 FAKTA MENGENAI DAP YANG WAJIB DIKETAHUI OLEH UMAT MELAYU ISLAM!!!

1.    DAP yang ditubuhkan pada 1966 sebenarnya adalah parti cawangan PAP (parti
pimpinan Lee Kuan Yew di Singapura) di Malaysia. Kemasukan Singapura ke dalam 
Malaysia pada 1963 telah menimbulkan konflik antara kerajaan Perikatan dengan PAP 
kerana PAP telah memainkan sentimen perkauman dan memperkenalkan 
slogan "Malaysian Malaysia" (mendesak hak sama rata untuk semua kaum).

Sentimen perkauman berterusan yang dimainkan oleh PAP telah menyebabkan Singapura disingkirkan dari Malaysia pada 1965. PAP memohon untuk terus bergiat aktif di Malaysia tetapi ditolak oleh kerajaan Malaysia. Oleh itu, PAP telah menubuhkan cawangannya di Malaysia iaitu DAP untuk meneruskan perjuangannya (DAP = PAP. Ibarat orang sama cuma tukar baju saje. PAP berjaya melahirkan proksinya. Lihat sungguh licik puak komunis-zionis ini mengatur strategi politiknya untuk memecahkan penguasaan Melayu di Malaysia).
2.     PAP pernah meletakkan calonnya menentang parti Perikatan pada Pilihanraya Umum 1964. PAP bertanding di 9 kerusi dan telah memenangi 1 kerusi melalui calonnya C.V. Devan Nair (gambar). Penyertaan PAP ini telah mendapat bantahan keras daripada Perikatan. PAP berhasrat menggantikan MCA sebagai juara suara kaum Cina.

3.    DAP  dan  Parti  Gerakan  (sebelum  menyertai  BN)  didakwa  menjadi  dalang  dalam
mencetuskan peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969. Kejayaan menawan Pulau Pinang dan
memenangi  beberapa  kerusi  di  Selangor  dan Perak pada Pilihanraya Umum 1969 telah 
mencetuskan rasa keterujaan yang hebat di kalangan penyokong mereka. 
Penyokong mereka telah melakukan perarakan kemenangan di Kuala Lumpur dan apabila melalui kawasan Melayu mereka telah mengeluarkan kata-kata menghina kaum Melayu. Perarakan balas telah dilakukan oleh penyokong UMNO untuk meraikan kemenangan Perikatan memenangi Pilihanraya Umum 1969 itu. 

Penyokong UMNO telah berkumpul di hadapan rumah MB Selangor Datuk Harun Idris di Kampung Baru. Berita rombongan penyokong UMNO dari Gombak yang sedang menuju ke rumah Datuk Harun diserang oleh pelampau Cina telah menyebabkan berlakunya tindak balas dari orang Melayu. Lalu berlakulah peristiwa berdarah paling buruk dalam sejarah negara. 



4.    DAP pernah menderhaka kepada Sultan Perak apabila mengancam untuk memulaukan majlis angkat sumpah ADUN. Ini kerana DAP tidak berpuas hati kerana wakilnya tidak dilantik sebagai MB Perak walaupun DAP memenangi kerusi terbanyak dalam PRU 2008. Jawatan MB diserahkan kepada PAS (Nizar Jamaluddin) kerana Undang Tubuh Negeri Perak menghendaki hanya orang Melayu sahaja yang boleh memegang jawatan MB.

5.    DAP sekali lagi menderhaka kepada Sultan Perak apabila Pengerusinya Karpal Singh telah mengugut akan menyaman baginda kerana tidak berpuas hati dengan baginda yang tidak memperkenankan permohonan  kerajaan Pakatan Rakyat untuk membubarkan DUN Perak. Ini kerana 3 DUN PR telah mengisytiharkan diri mereka sebagai Bebas yang menyokong BN. Ini menyebabkan kerajaan PR tumbang di Perak selepas 11 bulan memerintah. sini


6.    ADUN DAP, Teresa Kok telah mengarahkan imam di sebuah masjid di Selangor agar tidak menggunakan pembesar suara semasa melaungkan azan Subuh kerana mengganggu ketenteraman awam. Ini menyebabkan dia ditahan di bawah ISA kerana perbuatannya itu mengancam keselamatan negara. sini


 7.     Kerajaan DAP P.Pinang telah merobohkan banyak gerai orang Melayu dan dalam masa terdekat beberapa kampung tradisi Melayu  di kawasan pulau sedang menunggu nasib untuk dirobohkan. Alasan yang diberi adalah untuk tujuan "pembangunan". Sebenarnya mereka memiliki niat jahat untuk menghalau orang Melayu dari kawasan pulau.

8.    Seorang ADUN DAP telah dihalau keluar dari dewan oleh Sultan Johor, Almarhum Sultan Iskandar semasa pembukaan sidang DUN Johor pada 2008 kerana enggan mematuhi etika berpakaian (dia enggan memakai songkok - betapa rasisnya puak DAP ni). sini

9.     DAP mendesak kerajaan supaya membenarkan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng pulang ke Malaysia. Alasan yang diberikan ialah Chin Peng yang sudah tua tidak mampu lagi mengancam keselamatan negara. DAP sanggup menutup mata di atas kekejaman yang dilakukan oleh PKM semasa pemberontakan mereka dahulu.


10.DAP mengamalkan politik perkauman yang sangat bahaya. Setiap kali PRU dan pilihanraya kecil diadakan, mereka akan meniupkan api perkauman dengan modal bahawa kerajaan tidak melayan kaum Cina dengan adil dan memberi keistimewaan lebih kepada kaum bumiputera. Mereka menghasut rakyat khususnya kuam Cina untuk membenci kerajaan dan orang Melayu. Sepatutnya DAP ini DIHARAMKAN dan DIHALAU keluar dari Malaysia kerana telah memecah belahkan perpaduan kaum.