Wednesday, 27 February 2013

Sultan Sulu enggan berundur


MANILA 26 Feb. - Sultan Sulu, Jamalul Kiram III menegaskan bahawa dia dan pengikutnya seramai 180 orang tidak akan berganjak dari kawasan perairan di Lahad Datu, Sabah di Malaysia.

Kiram membuat kenyataan tersebut beberapa jam selepas Presiden Filipina, Benigno Aquino III memberi amaran supaya kumpulannya berundur dari Sabah, hari ini.

Kiram berkata, Sabah merupakan milik keluarganya dan mereka tidak perlu akur dengan amaran Aquino, termasuk arahan kerajaan Malaysia yang mendesak supaya mereka meninggalkan kawasan yang dicerobohi.
"Malaysia membayar 'yuran' sebanyak RM5,300 setiap tahun kepada Kesultanan Sulu, sekali gus 

menunjukkan bahawa tanah yang dituntut di perkampungan Tanduao di Lahad Datu adalah sah milik mereka.
"Adik saya, Raja Muda Agbimuddin Kiram dan pengikutnya sudah pergi ke Sabah untuk menyelesaikan masalah tersebut secara aman," katanya.

Kiram turut menyatakan bahawa keadaan akan menjadi mudah dan tenang sekiranya perjanjian antara kedua-dua pihak dicapai dalam masa terdekat.

"Kami sedar kesan dan akibat yang akan diterima sekiranya kami melanggar undang-undang Filipina, maka kerjasama antara semua pihak amat diperlukan," ujarnya. 

Dalam pada itu, Agbimuddin memberi jaminan bahawa beliau dan pengikutnya tidak akan mencetuskan keganasan di perkampungan tersebut.

"Tanduao merupakan kawasan kami, jadi mengapa kami perlu melakukan keganasan di sini?

"Seluruh perkampungan ini sudah dikepung pihak berkuasa Malaysia, jika mereka bertindak dahulu, maka kami akan mempertahankan diri," jelasnya. - AGENSI

Perjuang Islam, sandiwara politik Guan Eng


KUALA LUMPUR 26 Feb. - Kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kononnya parti itu memperjuangkan Islam dianggap sesuatu yang melucukan dan hanya sandiwara demi meraih undi orang Melayu.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, beliau tidak faham kenapa Guan Eng sanggup membuat kenyataan itu sedangkan tindak-tanduk DAP sebelum ini jelas 'melukakan' perasaan umat Islam termasuk berhubung isu kalimah Allah.

"Mustahil DAP perjuangkan Islam. Semua itu pembohongan demi memancing undi orang Melayu. Saya juga tidak faham bagaimana pemimpin-pemimpin Pas boleh mendiamkan diri dan membiarkan Guan Eng bercakap sesuka hati tentang Islam.

"Saya rasa sungguh lucu dan marah dengan kenyataan 'bodoh' Guan Eng, nampaknya sekarang orang bukan Islam pun boleh perjuangkan Islam di negara ini. Hebat sungguh," katanya secara sinis ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. 

Beliau mengulas ucapan Guan Eng semalam dalam konvensyen pakatan pembangkang yang menegaskan DAP juga berperanan dalam menegakkan Islam di negara ini.

Menurut Tunku Aziz, adalah mustahil bagi DAP memperjuangkan Islam atau kebajikan orang Melayu kerana parti tersebut seringkali menjaga kepentingan satu kaum sahaja.

"Tidak mungkin parti cauvinis seperti DAP boleh memperjuangkan Islam atau menjaga kebajikan orang Melayu. Jangan terus biarkan diri dibohongi demi kesinambungan sesetengah parti politik," tegasnya. 

Tunku Aziz turut memberi amaran kepada DAP supaya tidak berterusan 'mempergunakan' orang Melayu atau agama Islam sebagai modal politik dalam perjuangan parti itu.

Menurutnya, DAP akan terus menggunakan Islam sebagai pertaruhan bagi mendapat sokongan orang Melayu demi kelangsungan politik parti itu.

Jelasnya, jika benar Guan Eng dan DAP menghormati agama Islam, pemimpin itu tidak akan mendesak kerajaan membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu.

"Janganlah memperbodohkan orang Melayu dengan menggunakan Islam sebagai pertaruhan politik DAP. Saya harap orang Melayu juga tidak terjebak dengan tindakan DAP mempermainkan isu agama Islam.

"Bukan saya tidak tahu, Islam dan orang Melayu memang 'permainan DAP'. Selama ini pun DAP tidak pernah memperjuang dan menyokong Islam. Apa yang Guan Eng dan DAP laungkan sekarang sama seperti cakap tidak serupa bikin," katanya.

Berikutan itu, Tunku Aziz sekali lagi meminta umat Islam berhati-hati dalam menghadapi taktik dan permainan kotor politik DAP terutama membabitkan isu orang Melayu dan Islam.

Tambah beliau, orang Melayu perlu melihat nasib yang menimpa kaum sendiri di Pulau Pinang sebelum mempercayai kata-kata Guan Eng.

"Dulu sebelum dapat Pulau Pinang memanglah DAP janji hendak membela orang Melayu, tetapi pembelaan mereka hanya dengan pemberian wang RM100. Selepas itu tengoklah apa jadi dengan orang Melayu di sana," katanya.

YE KE FITNAH? AKU TAK PERCAYA....

Fitnah samakan BR1M bantuan Firaun

KOTA BHARU 26 Feb. - Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada rakyat oleh kerajaan tidak sepatutnya dijadikan modal politik apatah lagi mengaitkannya dengan zaman Firaun.

Ahli Jawatankuasa Ikatan Cendekiawan Ilmuwan Kelantan (ICIK), Drs. Mohd. Zawawi Awang berkata, bantuan tersebut dilaksanakan berlandaskan dasar transformasi negara yang melibatkan rakyat secara menyeluruh.

Beliau berkata, kerajaan lakukan segala-galanya untuk rakyat mengikut kemampuan berdasarkan amanah dan tanggungjawab yang diberikan kepadanya.
 
"Dari sudut ilmiah tidak nampak justifikasi boleh dikaitkan pemberian BR1M oleh Kerajaan Pusat dengan BR1M Firaun yang dikatakan menggunakan kekayaan untuk menyesatkan rakyat malah satu fitnah besar melemparkan tuduhan tanpa asas.

"Apa yang jelas kepada kita hari ini ialah bantuan tersebut diagih sama rata tanpa mengira fahaman politik dan diterima baik oleh segenap lapisan masyarakat terutamanya bagi orang miskin dan masyarakat yang berpendapatan rendah," katanya ketika menyampaikan ceramah isu semasa di kampung Mentuan dekat sini malam tadi.

Ceramah anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) mukim Mentuan itu turut menyaksikan penceramah daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Ustaz Muda Membela Agama dan Tanah Air (Ummati), Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff al-Hafiz.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika berucap dalam Konvensyen Pakatan Rakyat di Pusat Konvensyen Shah Alam semalam mengkritik bantuan BR1M kononnya turut diberikan Firaun kepada rakyat pada zaman dahulu.

"BR1M bukan perkara baru, Firaun pernah bagi bantuan, kekayaan itu digunakan untuk menyesatkan rakyat, bukan membina rakyat," kata Abdul Hadi.

Sebelum ini Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan mengeluarkan kenyataan menyamakan usaha Kerajaan Persekutuan memberikan bantuan kepada mereka yang layak menerusi BR1M, seperti 'memberikan hampas kelapa dan padi serta jerami kepada ayam dan lembu'.

Mohd. Zawawi berkata, Pas tidak sepatutnya menjadikan bantuan BR1M sebagai modal politik untuk menyerang lawan kerana tidak melibatkan keistimewaan satu pihak.

Sementara itu, Mohd. Syamsul berkata, kedudukan Pas kini semakin terdesak berikutan kegagalannya memacu perubahan rakyat sehingga memaksa mereka mencanangkan persepsi negatif terhadap segala hasrat murni Kerajaan Pusat kepada rakyat.

"Ini merupakan satu racun fitnah yang diadunkan pembangkang setelah menyedari mereka sudah tidak mempunyai modal untuk berhadapan lawan pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

"Oleh itu kita mesti berwaspada dengan dakyah parti yang menjadikan agama sebagai topeng semata-mata kerana ingin mengejar kuasa," katanya.
 
Sumber : Utusan

AGENDA CAUVINIS CINA DALAM MANIFESTO PAKATAN RAKYAT


Apa kecoh-kecoh ni Pakatan?

Dalam diam-diam, Pakatan cuba menyelitkan agenda cauvinis Cina dalam manifesto pilihanrayanya. Agenda yang aku maksudkan tak lain tak bukan ialah:

  • Mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (Gabungan Sekolah Menengah Cina) atau UEC bagi tujuan kemasukan ke institusi pengajian tinggi dan menerima pakai kelayakan bagi permohonan kerja.


Walaupun dalam keadaan Kerajaan BN sedang terdesak menawan hati masyarakat Cina, tak pernah sekali pun Kerajaan BN tunduk kepada desakan Dong Zong, NGO cauvinis Cina di bawah DAP, untuk mengiktiraf kelayakan UEC bagi kemasukan ke universiti atau permohonan kerja terutamanya di perkhidmatan awam.


Mengapa?

Kerana agenda utama Kerajaan ialah perpaduan. Bagaimana kita nak terapkan perpaduan di kalangan masyarakat majmuk Malaysia? Dengan menggalakkan rakyat Malaysia dari semua bangsa untuk bercampur-gaul sesama mereka supaya persefahaman dan persahabatan dapat dipupuk sejak dari kecil.
Dan cara utama menerapkan perpaduan sudah tentunya menerusi sistem persekolahan. Bila anak-anak dari pelbagai kaum bersekolah bersama, maka sudah tentunya ikatan antara mereka akan lebih erat.

Kalau sekarang, selepas SRJK(C), ramai orang Cina yang masuk sekolah menengah kebangsaan kerana UEC tidak diiktiraf jadi sukar nak masuk universiti atau cari kerja, tapi kalau UEC dah diiktiraf, sudah tentunya masyarakat Cina akan lebih cenderung masuk Sekolah Menengah Cina.

Kalau Kerajaan BN tunduk kepada tuntutan Dong Zong supaya UEC diiktiraf, maka orang Cina di Malaysia dari kecil sehinggalah dewasa akan bergaul dengan orang Cina sahaja dan hanya fasih dalam Bahasa Cina sahaja. Bagaimana nak pupuk perpaduan kalau dari kecil sampai dewasa tak pernah bergaul dengan orang Melayu, India dan bangsa-bangsa lain? Cakap Bahasa Melayu pun tak tahu?
Bayangkanlah, masa kecil masuk tadika Cina. Masa sekolah rendah masuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Masa sekolah  menengah pun masuk Sekolah Menengah Cina yang menawarkan kelulusan UEC, tak payah ambil SPM.

Jangan lupa, Dong Zong ini adalah NGO rasis di bawah DAPyang menentang pertambahan tempoh pembelajaran Bahasa Melayu di SRJK(C)! Kerajaan nak tambahkan jumlah masa pelajar di sekolah Cina belajar subjek Bahasa Melayu kerana didapati tahap penguasaan Bahasa Melayu kebanyakan pelajar sekolah Cina terlalu lemah sehingga menyebabkan mereka gagal memahami guru-guru di sekolah menengah kebangsaan. Tapi usaha murni ini ditentang Dong Zong! Tak perlu nak fasih Bahasa Melayu, kata mereka! Yang penting untuk mereka Bahasa Cina didaulatkan dan kebudayaan Cina diutamakan. Perpaduan tak penting. Suasana muhibbah antara kaum tak penting. Yang penting hanya kepentingan Cina.

Inilah agenda rasis yang dibawa oleh Dong Zong dan DAP dan secara senyap ianya didaulatkan oleh Pakatan di dalam Manifesto mereka.

Ke mana halatuju negara kalau agenda rasis seperti ini diutamakan? Adakah menang di PRU lebih penting untuk Pakatan dari perpaduan kaum? Mana pergi suara orang Melayu dalam Pakatan? Mengapa PAS dan PKR menyokong agenda rasis DAP ini? Adakah DAP sebenarnya taiko dalam Pakatan?

Kalau negara yang berpecah dengan setiap kaum semakin terasing yang kita mahu, undilah Pakatan.

Kalau kita mahukan masa depan yang gemilang dengan perpaduan kaum sebagai teras kemajuan negara, undilah BN.

Tepuk dada, tanyalah selera.

Apa kecoh-kecoh ni Pakatan?
 
Sumber : apa kecoh-kecoh

Kerajaan DAP terdesak, "halau" 38 keluarga MPPP

PULAU PINANG 27 Feb. - Sebanyak 38 keluarga kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) "dihalau" keluar dari kuarters mereka di Jalan SP Chelliah, Sungai Pinang di sini bagi memberi laluan kepada projek pembinaan rumah mampu milik.

Kesemua kakitangan terbabit telah menerima surat arahan agar mereka berpindah ke Taman Sri Pinang selewat-lewatnya 15 Mac ini.

Bagaimanapun, kebanyakan mereka berat hati untuk berpindah berikutan keadaan rumah yang bakal mereka diami dikatakan ‘tidak selamat’.

Bekas Timbalan Presiden Kesatuan Buruh MPPP, Mohd. Rofi Osman berkata, kerajaan DAP Pulau Pinang seolah-olah terdesak untuk meraih sokongan pengundi sehingga sanggup mengambil keputusan sedemikian.

"Walaupun mereka tinggal di kuarters, proses pemindahan yang dilakukan seakan-akan ada agenda tersirat kerana tempoh diberikan terlalu singkat, lagi pun kediaman baru itu mempunyai pelbagai masalah.

"Bukan mereka tidak mahu tinggal di sana (Taman Sri Pinang) tetapi keadaannya teruk seperti lantai jubin pecah, paip tersumbat dan masalah penyelenggaraan lain," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Yang hadir sama Presiden Pertubuhan Kebajikan Insan Mulia (PKIM), Aminah Abdullah.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng baru-baru ini melancarkan pendaftaran minat untuk 1,840 rumah mampu milik di dua kawasan iaitu Jalan SP Chelliah dan Bandar Cassia, Batu Kawan.

Mohd. Rofi yang juga bekas Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bukit Bendera berkata, MPPP sepatutnya menjaga kebajikan kakitangannya daripada menjadi kuda tunggangan pihak lain yang bermotifkan politik.

"Ini bukan perkara remeh kerana ia bukan melibatkan kakitangan MPPP sahaja malah keselamatan keluarga mereka juga akan terancam," ujarnya. - UTUSAN

Tuesday, 26 February 2013

PUNYALAH DESPRATE.....

Semalan, Minah didatangi satu flyers dari seseorang yang tak dikenali. Flyers ni dari Fuckatan Rakyat. Ni flyersnya...


tu muka depan.. muka belakang pulak macam ni...


Yang bestnya, sampai budak sekolah pun dapat benda ni.. Dah desprate sangat ke sampai budak sekolah pun korang nak tarik?  Then, boleh percaya ke ni? Dulu pun korang kata macam ni jugak. semuanya mahal...
 

BETAPA BAIKNYA PEMIMPIN UMNO DAN BARISAN NASIONAL


Beberapa hari yang lepas,   Majlis Penyampaian BR1M RM250 untuk Orang Bujang telah diadakan. Kira-kira 1200 orang yang hadir ke majlis yang berlangsung semalam. Majlis tersebut turut diselitkan dengan ceramah pendek yang disampaikan oleh Saudara Hanafiah Man. Minah tertarik dengan ceramah pendek yang disampaikan oleh Saudara Hanafiah Man. Beliau berkata, pemberian BR1M ni tak mengira kaum, agama dan fahaman politik. Sudah tentu pemberian BR1M ini melambangkan bahawa semua rakyat tidak kira penyokong BN ke, Penyokong PAS ke, Penyokong DAP ke, Penyokong PKR ke, semua layak menikmati pemberian BR1M oleh kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan YAB Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak. Baucer BR1M disampaikan oleh YB Dato' Haji Samsudin bin Haji Abu Hassan selaku Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Ayer Kuning merangkap Ketua UMNO Bahagian Tapah dan Pengerusi Barisan Nasional Bahagian Tapah.

Tapi Minah sedih bila Pok Nik samakan penerima BR1M dengan haiwan. Ya Allah... Minah terkejut bila dengar statement macam ni.. Sepatutnya orang yang dikatakan bertaraf wali macam Pok Nik ni boleh bezakan buruk baik seseatu perkara. Dan Minah nak tegaskan kat sini, bahawa Orang PAS la yang ramai menerima BR1M. Nampak sangat la Pok Nik ni dah nyanyuk. Dah banyak sangat Pok Nik keluarkan fatwa yang menyesatkan.. Jom kita dengar video ni....


Bila Minah tengok balik video ni, Minah rasa sudah tentu penerima BR1M akan rasa terhina dengan statement yang dikeluarkan Pok Nik. Bawak-bawak la bertaubat Pok Nik ooiii....

Sekali beberapa hari lepas tu, udah dia kata dia pun layak terima BR1M.. Tak percaya? Jom kita layan....


Lepas tu, udah Hadi Awang pulak keluar statement yang mengatakan Pemberian BR1M ni  sama macam habuan Firaun.. Jom kita layan video nih...



However, macam Minah kata tadi, Pemimpin Barisan Nasional tak pernah meminggirkan rakyat. Malah mereka sentiasa memikirkan keperluan rakyat. Tak macam Pemimpin Pakatan Rakyat. Sembang kasi orang bimbang, tapi habuk pun tak de.

So, Minah harap kepada penerima BR1M, jangan ambil peduli dengan kata-kata Pok Nik dan Hadi Awang. Dua Orang Tua tu dah sah-sah la ada niat untuk memburukkan pemimpin Barisan Nasional. Sebab tu la dia buat macam tu. Dah tercabar la katakan. Depa kan desprate nak kuasa. So, depa akan buat apa saja la utk capai cita2 depa yg x kesampaian tu....