Wednesday, 20 March 2013

Kereta perisai berantai Adnan mula 'bekerja'

SALAH sebuah kereta perisai berantai ACV Adnan kelihatan memasuki
kawasan operasi bagi memburu pengganas Kiram dalam Ops Daulat di 
Lahad Datu, semalam. 
LAHAD DATU 19 Mac - Kereta perisai berantai Adnan yang tiba semalam, mula memasuki kawasan operasi di Kampung Tanjung Batu hari ini, bagi membantu usaha mengesan saki baki kumpulan pengganas Kiram di kawasan berkenaan.

Panglima 1 Divisyen Infantri, Datuk Mohd. Zaki Mokhtar berkata, dengan bantuan kereta perisai berkenaan, pihaknya percaya operasi membersih dan menggeladah Kampung Tanjung Batu akan dapat diselesaikan hari ini.

"Penggunaan kereta perisai berkenaan amat signifikan kerana ia bukan sahaja mempunyai daya perlindungan dan persenjataan yang baik tetapi mampu bergerak di kawasan yang sukar.

"Kalau sebelum ini, operasi banyak terbatas kepada jalan dan kawasan tertentu tetapi dengan kereta perisai berantai ini kita mampu meredah kawasan luar daripada jalan-jalan biasa," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Monday, 18 March 2013

CONGRATULATION SIS. IM PROUD OF YOU...

Emaliana makes Orang Asli community proud with 4As in STPM

TAPAH: For Emaliana a/p Bah Ali, the journey to school every morning was an ordeal and she was frequently late but the hardwork was worth it to fill her hunger for knowledge.

Today, Emaliana made history as the first Orang Asli in Perak to obtain excellent results in the 2012 Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

The student of Sekolah Menengah Kebangsaan Buyong Adil here scored a Cumulative Grade Point Average of 3.75 when she obtained A for Business Studies and A- for three other subjects namely General Paper, Geography as well as Economics.

"My school was about 23 kilometres from my house and I travel by car with my sister who is a teacher at Sekolah Kebangsaan Satu (in Tapah) to get to school but whenever she goes for a course, I have to take the bus.

"The bus service only starts operations at 6.45am, and I would be late for school but luckily my teacher understood my predicament," she said when met at her house in Kampung Batu 14 1/2, Jalan Pahang here today.

She said she studied like other students and depended heavily on the lessons in school.
"For me, my recipe for success was to focus on school lessons, willing to ask questions, share knowledge, respect for teachers and friends, praying hard and appreciating my parents's sacrifice," she said.

Emaliana, the sixth of seven siblings, hopes to become a teacher to serve the Orang Asli community. -- Bernama


Read more: Emaliana makes Orang Asli community proud with 4As in STPM - Latest - New Straits Times http://www.nst.com.my/latest/emaliana-makes-orang-asli-community-proud-with-4as-in-stpm-1.237338#ixzz2Nx2nRL7J

INI TRUE COLOR ANWAR RUPANYA.....


CAYA LA....


Hahaha.... BAGUS... Akhirnya korang dah sedar kan? So, tunggu apa lagi, say good bye to Parti Ajaran Sesat la......

GOOD JOB SIR....

Kawalan sempadan Sarawak, Sabah diperketat elak pengganas menyusup

MIRI 18 Mac - Polis Sarawak meningkatkan aspek keselamatan di sempadan berhampiran Sabah di Lawas, Limbang bagi mengelak ancaman serta memastikan pengganas Sulu yang menceroboh Sabah tidak menyusup masuk ke negeri ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, antara kawasan yang diperketat kawalan keselamatan ialah di Pusat Kastam dan Kuarantin (CIQ) Merapok di daerah Lawas, Limbang serta di Sindumin Sabah yang terletak berhampiran sempadan Merapok.

"Setakat ini, tiada tanda ancaman akan berlaku di Sarawak namun kita sedang mengawal dengan ketat keselamatan," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Miri hari ini.

Acryl berada di sini bagi menyambut kepulangan, Lans Koperal Effendey Rosli daripada pasukan Platun Tiger Kompeni, Batalion 12, Pasukan Gerak Am (PGA), Miri yang tercedera di betis kiri semasa pertempuran dengan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah pada 9 Mac lalu.

Mengenai kecederaan dialami Effendey, beliau berkata, ini merupakan antara cabaran terpaksa dihadapi anggota keselamatan yang mempertaruhkan nyawa demi negara dan mahu masyarakat sentiasa memberi sokongan kepada mereka.

Sementara itu Effendey, 25, ketika ditemui media berkata, kecederaan dialaminya tidak sesekali melunturkan semangat untuk bertugas demi keselamatan negara.

"Saya tidak sabar kembali bertugas selepas kecederaan sembuh sepenuhnya," katanya sejurus selepas tiba di sini.

Beliau berkata, sewaktu kejadian pada 8 malam berlarutan sehingga subuh, pengganas berbalas tembakan dengan anggota keselamatan yang bertugas dalam keadaan gelap dan ini menyebabkan lokasi musuh sukar dikesan.

"Apabila tertembak walaupun amat sakit, saya masih bersemangat untuk berjuang dan masih memegang senjata," katanya.

Selain Effendey, 25, seorang rakannya, Mohd. Zairiman Ibrahim, 25, turut tercedera di paha dan betis kanan dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Sandakan Sabah. - BERNAMA

SULTAN SULU PALSU PUNYA HAL, NELAYAN TERJEJAS...

Pendapatan nelayan di Lahad Datu terjejas akibat pencerobohan

LAHAD DATU 18 Mac - "Semasa insiden tembak-menembak di Kampung Tanduo (1 Mac), nelayan di sini (pekan) semua takut dan tidak turun ke laut selama 10 hari," kata seorang anggota lembaga Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Lahad Datu.

Mohammad Emmu, 54, berkata, kejadian pencerobohan pengganas Sulu itu turut menyebabkan pendapatan nelayan khususnya, nelayan laut dalam, terjejas sedikit kerana tidak dibenar memasuki perairan Tungku yang merupakan kawasan Operasi Daulat.

Beliau yang tidak menafikan mempunyai perasaan khuatir terhadap keselamatan masyarakat nelayan sejak pencerobohan pengganas Sulu itu, bersyukur kerana pasukan keselamatan dapat mengawal keadaan.

"Selepas 10 hari (pertempuran di Kampung Tanduo), nelayan mula ke laut untuk menangkap ikan walaupun di sekitar kuala ini sahaja," kata bekas nelayan itu.

Pengerusi PNK Lahad Datu, Jaafar Alam pula berkata, golongan nelayan di Lahad Datu kini selesa menjalankan aktiviti mereka di bawah pengawasan polis Marin.

Kedudukan Pangkalan Polis Marin Wilayah 4, di pintu kuala Lahad Datu, kira-kira lima kilometer dari pekan itu membolehkan polis marin memantau sebarang ancaman dari lautan terbuka.

Jaafar yang dihubungi Bernama berkata, insiden pencerobohan pengganas Sulu sejak lebih sebulan lepas itu mengimbau tragedi rompakan sekumpulan lanun pada 1985 yang memasuki pekan Lahad Datu.

Namun beliau yakin insiden pencerobohan pengganas dari selatan Filipina di gugusan Tanjung Labian, kira-kira 130km dari sini, tidak akan merebak ke pekan kerana pasukan keselamatan bekerja keras mengawal keadaan.

Jaafar berkata, terdapat kira-kira 25 kapal nelayan berdaftar di bawah PNK Lahad Datu dan berlabuh di jeti Ko-Nelayan.

Nelayan dari daerah terdekat seperti Semporna dan Kunak turut berlabuh di jeti itu. - BERNAMA

*SO AMACAM TIRAM, KO BOLEH BAYAR KE? KO PUNYA PASAL, NELAYAN TAK BOLEH CARI MAKAN...

Nampaknya Parti BERJASA nak bertanding di Tapah.....

Minah berjalan-jalan kat Pekan Tapah. Jalan punya jalan, Minah ternampak bendera ni. Memula kat KFC. lepas tu kat Jambatan yang berhampiran dengan Masjid Tapah. Whoa. nampaknya ada parti lain yang berminat nak bertanding di Tapah.Minah difahamkan parti ni adalah serpihan parti PAS dimana parti ini akan bertanding dengan calon BN yang bukan beragama Islam dan kerusi Parlimen Tapah menjadi salah satu target mereka.Yang jadi tanda tanya, siapa la yg akan jadi calon bagi Parti JASA? Dan calon tersebut akan bertanding di kerusi mana?