Monday, 27 May 2013

HARI TU DIA KATA NAK LUDAH ORANG UMNO, LA NI APA DAH JADI????


Dulu dia kata jika ada orang UMNO datang nak ajak bersatu ... dia akan ludah muka orang tu. Kini dia pulak yang ajak UMNO sertai Perosak Rakyat pulak ..... tak sampai sebulan Allah dah terbalikkan ...... le ni kalau dia datang nak ajak UMNO masuk perosak rakyat bukan setaka ludah ....... aku sapu mukanya dengan taik ......

Cakap tak serupa bikin ...... kalau dah nyanyuk tu jangan banyak cakap la ...... Baik Pok Nik dok diam-diam sudah... Banyakkan amal ibadat. Bukannya keluar fatwa sesat.....

INI RUPANYA DALANG PENGUNDI HANTU....

LEE KUAN YEW DALANG PENGUNDI HANTU CINA PRU13!! SATU PENDEDAHAN!! 

Singapura menerusi Population White Paper mempunyai rancangan penambahan penduduk yang begitu tersusun. Sasaran Singapura adalah untuk mencapai jumlah penduduk seramai 6.9 juta orang menjelang 2030. Pada tahun 2011 sahaja penduduk Singapura telah bertambah seramai lebih 600 ribu orang atau 12.9%. Ini menjadikan penduduk Singapura sekarang adalah 5.18 juta orang. Pertambahan penduduk pada kadar 12.9% setahun adalah suatu pertambahan yang amat besar. Purata kadar pertumbuhan penduduk dunia hanyalah sekitar 1.8% setahun sahaja sementara untuk negara kita Malaysia kadar pertumbuhannya adalah 2% setahun. 
Adalah amat mustahil sesebuah negara dapat menambah penduduk pada kadar yang amat drastik sekali sebagaimana apa yang berlaku di Singapura. Dari mana Singapura mengimpot bangsa cina untuk menambah penduduk di pulau tersebut? Ianya adalah dari Taiwan dan Tanah Besar China. Hari ini sehingga setakat Julai 2013 jumlah penduduk Singapura akan mencapai 5.46 juta orang (anggaran oleh CIA). Dengan penduduk seramai 5.46 juta orang Singapura berada ditempat ke 105 dalam senarai jumlah penduduk negara-negara di dunia. Sementara dari segi keluasan pula Singapura berada pada kedudukan 192 dunia. 
Keluasan pulau Singapura hanyalah 697 km persegi, tidak sampai separuh keluasan Negeri Melaka atau ianya sedikit lebih kecil dari keluasan Negeri Perlis yang jumlah penduduknya tidak sampai 250,000 orang. Masalah Amat Besar Singapura dalam menjayakan dasar penambahan penduduk ini tiada lagi lagi TANAH untuk menempatkan penduduk dan tiada lagi TANAH bagi membuka kawasan perindustrian dan perdagangan baru bagi menampung keperluan penduduk yang luar biasa jumlahnya ini. Begitu juga dengan masalah perbekalan bekalan asas seperti air dan tenaga elektrik yang sememangnya suatu beban berat bagi negara pulau tersebut. 
Apa yang paling menarik ialah Singapura memerlukan TANAH DAN AIR MALAYSIA. Hasrat Singapura boleh dicapai melalui kerjasama belakang tabir mereka dengan parti cina DAP secara khususnya dan PAKATAN RAKYAT amnya. Justru itu kita tidak hairan jika dalam pru yang lepas parti PAP dari Singapura bertungkus-lumus membantu PAKATAN RAKYAT.

 

Wednesday, 22 May 2013

Wahai pemimpin2 tertinggi BN dan UMNO sila ambil perhatian perkara2 di bawah..


Mesyuarat Koordinasi Online Media PKR – Post GE13

logo-pkrSemalam, mesyuarat koordinasi Online Media PKR tak jadi mesyuarat. Jadi medan gosip yang maha hebat.
Ada beberapa isu yang dibawa oleh Pengerusi Mesyuarat semalam, antaranya adalah perubahan kiblat kalangan bloggers pro-UMNO menjelang pemilihan UMNO. Menurut ceritanya, DPM Muhyiddin Yassin sudahpun bertemu dengan kalangan bloggers pro-UMNO – yang dikatakan semakin hilang sabar dengan apa yang berlaku dalam politik negara pada ketika ini.

Perjumpaan di Bangsar itu dikatakan oleh Pengerusi, adalah perjumpaan hati ke hati. Bloggers tak puas hati. Banyak benda yang mereka tak puas hati.

Jawatankuasa Strategik Penerangan yang dipengerusi oleh Nik Nazmi akan memberikan fokus kepada beberapa program lain. Sementara pertembungan pemikiran antara bloggers UMNO, hanya perlu diperhatikan dari jauh.

Antara penumpuan yang diberikan oleh team Online Media PKR:-
- Perhimpunan 505 (yang akan diteruskan. Koordinasi akan dilakukan oleh Johari Abdul, Saifuddin Nasution dan Radin Shamsulkamar). Fund akan terus disalurkan daripada HQ.
- Tribunal rakyat yang dianjurkan Bersih (Ambiga)
- Fiesta Rakyat (Che’gu Bard – hujung Mei 2013, Padang Amcorp Mall)
- Serangan berterusan kepada SPR
- Serangan berterusan kepada KDN
- Sidang akhbar Rafizi (akan dijadikan program utama online media)
- Youtube Media Rakyat diberikan peruntukan tambahan
- Serangan peribadi kepada Mukhriz (akan dipertingkat dalam masa 2minggu-1bulan)
- Serangan peribadi terhadap KJ (ongoing)
- Memburukkan Kabinet Najib (ongoing)
- Najib vs. Muhyiddin?

Mesyuarat tidak mengambil ketetapan apa pun, sekadar melaporkan apa yang akan diberikan perhatian dalam masa 3 bulan akan datang.

Pelik juga, details pertemuan DPM Muhyiddin dan bloggers UMNO boleh jadi agenda dalam mesyuarat PKR. Siapa bagi info? - Sumber blog gelagatanwar.wordpress

SERVE YOU RIGHT, BONGOK!!!!!

Adam Adli didakwa pagi ini

Ni dia kepala ajaran susat untuk orang muda
Ni pulak mahasiswa bodoh nak mampus
KUALA LUMPUR - Aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim didakwa di bawah Seksyen 4 (1) C Akta Hasutan dan Seksyen 124 B  Kanun Keseksaan di Mahkamah Seksyen, Jalan Duta pada jam 9.30 pagi ini.

Penyokong-penyokongnya berkumpul di lobi mahkamah menantikan pemuda ini seawal jam 8.30 pagi tadi.

Kira-kira 50 penyokong Adam Adli kelihatan berlegar-legar di lobi mahkamah untuk memberikan sokongan moral kepada bekas mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu.

Hadir sama pada perbicaraan itu ialah Setiausaha Agung PSM, Arul; Ahli Parlimen PJU, Tony Pua; Pengerusi Bersih, S.Ambiga; Ahli Parlimen Padang Serai, N.Surendran; Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Md Akin; Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Ketika ini mahkamah sedang bersidang, dan hanya ahli keluarga serta rakan terdekat Adam Adli sahaja dibenarkan masuk mendengar bacaan pertuduhan itu.

Penyokong dan petugas media kini memenuhi ruangan di luar kamar sementara menunggu perbicaraan selesai.


AKAN MENYUSUL

BUKTI ANWAR a.k.a ABANG NON DESPRATE NAK JADI PRIME MINISTER...

JAWAPAN MENGAPA ANWAR SIBUK MENGHENTAM SPR & 

BN





Sejak kempen pilihanraya dimulakan oleh pihak Pakatan Pembangkang sejak 2012 lagi DS Anwar Ibrahim telah mula mengangkut wang dari agen Zionis Yahudi ribuan juta dollar, bagi membiayai pilihanraya ke 13 yang bakal tiba bila-bila masa saja waktu itu, kerana kaum Yahudilah yang paling banyak wang di dunia ini.

Untuk mendapatkan wang dari Agen Zionis Yahudi ini, khususnya dari Israel, walaupun DS Anwar telah diterima menjadi ahli pertubuhan Zionis sebelum ini, namun DS Anwar kena buat kata laluan terlebih dahulu sebagai 'pra syarat'.

Iaitu DS Anwar mestilah membuat kenyataan terbuka melalui Media Antarabangsa (contohnya CNN, BBC, Reuter, UPI, New York Times, Washington Pos, The World Straits Journal d.l.l.) dengan menyeru pemimpin atau masyarakat dunia, agar melindungi Israel dari keganasan umat Palestin.

Selepas kata laluan itu dibuat oleh Anwar melalui media antarabangsa, selang beberapa hari, bantuan berbillion dollar Amerika terus diberikan kepadanya, mengikut jumlah yang beliau mahu..sebutkan saja!!

Dalam hal ini Anwar memerlukan belanja bagi menghadapi BN dalam PRU 13 yang akan diadakan bila-bila masa saja (masa itu), kerana beliau perlu menjadi Perdana Menteri Malaysia terlebih dulu, baharulah negara ini boleh menyuarakan serta membela Negara Yahudi itu secara langsung dari Kuala Lumpur ini.

Anwar kena buktikan janjinya kepada 'TUANNYA' itu bahawa Pakatan Pembangkang yang diterajuinya mestilah berupaya mengalahkan Barisan Nasional yang memerintah Malaysia ini, melalui PRU 13 yang lalu.

Dimanakah mukanya mahu dosorokkan, bagaimanakah maruah dirinya hendak diselamatkan, bagaimanakah alasan hendak dicipta...kerana beliau telah berjanji akan berkuasa kali ini, sebaik saja PRU 13 berlangsung di Malaysia.

TIba-tiba beliau gagal untuk memerintah negara ini, sedangkan wang perbelanjaan berkempen telah diambil berpikul-pikul jumlahnya.

Beliau mesti mencipta alasan, beliau mesti memberikan sebab yang mewajarkan mengapa beliau tidak boleh jadi Perdana Menteri kepada Tuannya.

Beliau wajib mencari kambing hitam untuk disalahkan, agar kewibawaan belaiu dimata pendokong Zionis Yahudi di Amerika, khususnya di Israel tidak terjejas.

Sebab itu kita lihat beliau memanggil sidang akhbar/media baru-baru ini, dan dihadapan para wartawan asing (yang mewakili pelbagai media dan agensi berita antarabangsa), beliau bertempik dengan suara yang lantang menggunakan Bahasa Inggeris, dengan mengatakan satu penipuan besar serta konspirasi jahat SPR dan BN berlaku dalam PRU 13, dengan bertujuan untuk disiarkan oleh media antarabangsa itu, dengan harapan agar 'Tuannya' tidak marah lagi janjinya yang palsu itu, malah dapat menarik simpati Tuannya pula.

Untuk mewajarkan lakonan beliau itu agar kelihatan hidup atau benar, siri bantahan dibuat disana-sini, termasuk di Singapura, dimana kedutaan Israel ada disana, dengan harapan Duta Israel disitu melaporkan kepada Tuan Besarnya, kononnya 'penipuan pilihanraya' berlaku di Malaysia pada PRU 13 yang lalu itu.

Saya menganjurkan, atau nasihatkan DS Anwar, pejamlah mata sekejip dan mengucaplah dua kalimah syahadah serta beristighfarlah..kembalilah ke pangkal jalan..janganlah diturutkan hati untuk terus menerus diperalatkan oleh Zionis Yahudi itu..mereka adalah musuh kita umat Islam ini..merekalah yang membunuh para Nabi yang datangnya dari kaum mereka sendiri..mereka adalah musuh Allah dan Rasul kita.

Bagi saya, busuk-busuk daging, dibasuh dicuci dan akhirnya dimasak dan dimakan juga..begitu jugalah anda wahai DS Anwar, kembalilah ke pangkuan bangsa Melayu yang pernah menyayangi anda dulu..berhentilah menyalahkan UMNO dan BN.

Sepatah kata orang nombor dua parti anda sendiri, Azmin Ali, bahawa "Anwar hendaklah berhenti menyalahkan orang lain kerana pada hakikatnya diri anda sendirilah yang salah..


Setiap orang buat salah..oleh itu kembalilah ke pangkal jalan DS Anwar Ibrahim, sayangilah agama anda, sayangilah bangsa anda, sayangilah negara anda..semuga kedamaian dan kebahagiaan yang dicari dapat ditemui dari tempat asal kita bermula..hati kecil mereka masih bersedia memaafkan anda, asalkan anda kembali dengan hati yang terbuka dan ikhlas..

Tuesday, 21 May 2013

BIKIN MALU SAJA...


Rakyat Malaysia 'bikin' malu di kota London


KUALA LUMPUR 21 Mei - Sekumpulan rakyat Malaysia yang menetap di London didakwa memburukkan nama negara apabila bertindak mengadakan demonstrasi jalanan membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 di beberapa kawasan di bandar raya berkenaan.

Perkara tersebut didedahkan blogger Blog MIK (http://medan-info-kita.blogspot.com) yang mendapat maklumat tentang gerakan jahat, dipercayai diketuai dua individu.

Dakwa blogger tersebut, demonstrasi itu dilakukan tengah hari kelmarin di depan pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Belgrave Square, London.

"Mereka kemudian berarak ke Parliament House dan berakhir di Trafalgar Square. Sepanjang berlangsung perhimpunan haram itu, dua individu berkenaan mengedarkan risalah menghasut serta mempersoalkan mandat rakyat yang memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional.

"Secara terang-terangan mereka menyatakan sokongan terhadap pembangkang dan mempersoalkan kesahihan jawatan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri," jelas blogger tersebut.

Blog MIK mendakwa, berdasarkan maklumat, kehadiran rakyat Malaysia dalam demonstrasi itu ialah sekitar 250 orang yang rata-ratanya berketurunan Cina.

"Apakah hukuman setimpal untuk mereka ini? Gugurkan kerakyatan mereka dan pihak Jabatan Imigresen jangan izinkan mereka kembali ke tanah air.

"Semoga Pesuruhjaya Tinggi Malaysia mengenal pasti individu terlibat, lakukan pemeriksaan. Mungkin mereka sudah pun mendapat status penduduk tetap di sana, maka wajarlah digugurkan segera kerakyatan," tegasnya.


© Utusan Melayu (M) Bhd 

LEBIH BAIK KITA KEKALKAN KEAMANAN NEGARA DARI BUAT HURU_HARA.


Spring bukan cara Pas, Islam



KUALA TERENGGANU 21 Mei - Pas akan selamanya berpegang kepada prinsip demokrasi dan tidak sekali-kali membabitkan diri untuk menjatuhkan kerajaan dengan cara kekerasan dan di luar perundangan semata-mata tidak puas hati dengan keputusan pilihan raya.

Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib berkata, sudah lama Pas memilih prinsip demokrasi sekali gus menolak kekerasan untuk mencapai kemenangan termasuk dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu yang menentukan jatuh bangun sesebuah parti.

Beliau memberitahu, segala undang-undang yang berkaitan perlu dipatuhi dan sebarang tindakan yang boleh mencetuskan keadaan tidak diingini dan huru-hara, bukan pegangan dan pendirian Pas.

"Memang sudah lama, sejak dulu lagi hingga sekarang Pas pilih demokrasi dan perkara ini kekal menjadi pegangan kita (Pas), mungkin sampai bila-bila.

"Bagi Pas, amalan demokrasi adalah yang sebaik-baiknya, bukan bertindak mengikut emosi sehingga berlaku huru-hara. Dalam Islam juga tak mahu berlaku huru-hara.

"Biarlah semuanya dalam keadaan aman damai untuk kesejahteraan rakyat. Perlu ingat, Pas tak suka buat huru-hara," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Harun diminta mengulas niat pembangkang mencetuskan huru-hara bagi menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipilih secara sah oleh rakyat pada 5 Mei lalu semakin jelas selepas melakukan beberapa siri demonstrasi selain merancang demonstrasi lain pada masa depan.

Kelmarin, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dalam Facebooknya berkata, pihaknya berpegang teguh bahawa demokrasi merupakan jalan terbaik untuk menukar kerajaan di negara ini.

Susulan itu, semalam, Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Mohd. Abduh Nik Abdul Aziz juga menolak usaha kumpulan propembangkang untuk menjatuhkan Kerajaan Persekutuan yang dipilih oleh rakyat secara sah dengan demonstrasi di jalanan.

Nik Mohd. Abduh turut menyifatkan tindakan tersebut sebagai gopoh sambil mengajak orang ramai memikirkan kemenangan melalui kesabaran, bukannya melalui ledakan di jalan raya.

Dalam pada itu, Harun selanjutnya berkata, mana-mana pihak tidak wajar mempersoalkan prinsip demokrasi yang dipegang oleh Pas sejak sekian lama dan parti itu akan sentiasa menggalakkan 'jalan damai' demi kesejahteraan rakyat.

Ditanya mengenai tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tetap meneruskan siri perhimpunan itu, Harun walau bagaimanapun berkata: "Itu saya tak tahu, itu soal dia (Anwar)".


© Utusan Melayu (M) Bhd 

*bawak-bawak la bertaubat Abang Non ooiiii... DAP dengan PAS pun dah tak layan ko dah. Ko tu pun bukannya makin muda. Makin tua kot. Udah-udah la tu.. Rakyat pun dah meluat dengan ko.....