Wednesday 22 May 2013

SERVE YOU RIGHT, BONGOK!!!!!

Adam Adli didakwa pagi ini

Ni dia kepala ajaran susat untuk orang muda
Ni pulak mahasiswa bodoh nak mampus
KUALA LUMPUR - Aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim didakwa di bawah Seksyen 4 (1) C Akta Hasutan dan Seksyen 124 B  Kanun Keseksaan di Mahkamah Seksyen, Jalan Duta pada jam 9.30 pagi ini.

Penyokong-penyokongnya berkumpul di lobi mahkamah menantikan pemuda ini seawal jam 8.30 pagi tadi.

Kira-kira 50 penyokong Adam Adli kelihatan berlegar-legar di lobi mahkamah untuk memberikan sokongan moral kepada bekas mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu.

Hadir sama pada perbicaraan itu ialah Setiausaha Agung PSM, Arul; Ahli Parlimen PJU, Tony Pua; Pengerusi Bersih, S.Ambiga; Ahli Parlimen Padang Serai, N.Surendran; Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Md Akin; Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Ketika ini mahkamah sedang bersidang, dan hanya ahli keluarga serta rakan terdekat Adam Adli sahaja dibenarkan masuk mendengar bacaan pertuduhan itu.

Penyokong dan petugas media kini memenuhi ruangan di luar kamar sementara menunggu perbicaraan selesai.


AKAN MENYUSUL

No comments:

Post a Comment