Tuesday 28 May 2013

JAWAB ABANG NON. JANGAN TAK JAWAB....

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meminta penjelasan daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung wujudnya perjanjian sulit antara beliau dengan Perdana Menteri baru-baru ini.

Ia dilaporkan dalam media berhubung pertemuan dan perjanjian sulit tersebut yang berlangsung pada April 2013 dengan Yusof Kalla menjadi perantaranya.

Apakah benar pertemuan telah berlangsung dan apakah isi kandungan perjanjian itu? Mengapa pemimpin Pakatan Rakyat yang lain tidak dimaklumkan mengenai pertemuan tersebut?

Apakah ia hanya suatu propaganda murahan yang dicipta oleh kem UMNO-BN bagi menimbulkan suatu prejudis rakyat terhadap kejujuran Datuk Seri Anwar Ibrahim serta dengan maksud untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat?

DPPM mengingatkan keutuhan Pakatan Rakyat pada ketika ini berada di tahap tertinggi. PAS menolak sebarang kerjasama dengan BN termasuk tindakan tegas terhadap mana-mana individu atau pemimpin yang mengadakan perjanjian sulit dengan UMNO-BN.

Bahkan, sekiranya ada cadangan pertemuan tersebut PAS akan berbincang dengan pemimpin Pakatan Rakyat terlebih dahulu serta akan menjadi perbincangan umum. DAP pula tidak perlu dipersoalkan kesetiaan mereka.

No comments:

Post a Comment