Sunday, 17 February 2013

ALHAMDULILLAH.. KWSP umum dividen 6.15%

KUALA LUMPUR 17 Feb. - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 6.15 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2012.

Pengerusinya, Tan Sri Samsudin Osman dalam satu kenyataan di sini berkata, kadar tersebut adalah 15 mata asas lebih tinggi berbanding kadar 6 peratus yang dibayar pada tahun 2011.

"Ia juga mencatatkan rekod baharu berjumlah RM27.45 bilion yang diagihkan kepada anggota KWSP, meningkat 12.20 peratus daripada RM24.47 bilion yang dibayar pada tahun sebelumnya.

"Pada 2012 juga KWSP mencatatkan pendapatan pelaburan kasar tertinggi sebanyak RM31.02 bilion meningkat 13.91 peratus berbanding 2011," katanya.

Menurut beliau, pembayaran dividen tertinggi ini diperoleh setelah ditolak perbelanjaan pelaburan operasi, caj berkanun serta peruntukan rugi terjejas bersih ke atas aset kewangan.

Katanya, walaupun persekitaran pelaburan semakin kompleks, KWSP mengekalkan momentum kenaikan yang stabil untuk merekodkan keputusan paling kukuh sejak awal milenium, disokong keberkesanan strategi pelaburan jangka panjang serta pendekatan berdisiplin dan berhemah.

Selain itu, beliau berkata, selaras dengan Alokasi Aset Strategik (AAA) yang diamalkan KWSP, sebahagian besar aset pelaburan KWSP terus dilaburkan dalam instrumen berpendapatan tetap berisiko rendah dan stabil.

Pelaburan ekuiti adalah 38.77 peratus daripada jumlah aset pelaburan pada 2012, manakala baki 3.59 peratus dan 2.42 peratus masing-masing diperuntukkan untuk instrumen pasaran wang dan hartanah dan infrastruktur, tambahnya.

"Walaupun KWSP melabur dalam pelbagai pelaburan, sebahagian besarnya dilaburkan dalam instrumen berpendapatan tetap berisiko rendah, kadar pulangan pelaburan tahunan (ROI) KWSP melebihi enam peratus bagi tiga tahun berturut-turut.

"Ekuiti menjana ROI dua digit sebanyak 10.06 peratus manakala pulangan daripada instrumen berpendapatan tetap melebihi 5.50 peratus di sebalik suasana kadar faedah rendah semasa," katanya.
Katanya berikutan beberapa transaksi sekali bayaran (one-off) pasaran modal pada 2012, pendapatan daripada pinjaman dan bon menunjukkan peningkatan tertinggi berbanding 2011.

Pelaburan dalam kelas aset ini menyumbang RM9.68 bilion kepada pendapatan pelaburan kasar, naik 33.62 peratus atau RM2.44 bilion berbanding 2011.

Selaras dengan kadar faedah yang rendah, Samsudin berkata, KWSP beransur-ansur mengurangkan pendedahannya dalam aset berpendapatan tetap konvensional dan mengalihkan aset yang telah matang kepada aset yang menghasilkan pulangan lebih tinggi seperti ekuiti dan hartanah dalam had risiko yang boleh diterima.

Bersandarkan pertumbuhan stabil dalam kedua-dua pasaran ekuiti domestik dan global pada 2012, ekuiti menyumbang RM13.91 bilion pendapatan bersamaan 44.84 peratus pendapatan pelaburan kasar, katanya.
Bagi pelaburan dalam sekuriti kerajaan Malaysia dan bon sama taraf; hartanah dan infrastruktur; serta instrumen pasaran wang pula, masing-masing memperoleh RM6.26 bilion, RM595.63 juta dan RM574.91 juta.

Menurut Samsudin, aset pelaburan KWSP setakat 31 Disember 2012 berjumlah RM526.75 bilion, melepasi setengah trilion serta meningkat 12.31 peratus daripada RM469.04 bilion yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.

Peningkatan itu sebahagian besarnya disumbangkan caruman tahunan bersih pencarum dan majikan serta prestasi pelaburan yang konsisten dan menggalakkan dalam semua kelas aset, katanya.
Dengan peningkatan jumlah keahlian, KWSP memerlukan RM4.46 bilion untuk membayar setiap satu peratus kadar dividen bagi 2012, peningkatan 9.34 peratus daripada RM4.08 bilion yang dibayar untuk setiap satu peratus kadar dividen pada 2011.

Antara urus niaga utama pada 2012 ialah perluasan pelaburan hartanah KWSP dalam dan luar negara termasuk projek Battersea Power Station di London dan memuktamadkan pembelian 932 hektar tanah Institut Penyelidikan Getah di Sungai Buloh dengan haga RM2.28 bilion untuk membangunkan sebuah kawasan perbandaran baharu.

Sejajar dengan strategi diversifikasi untuk mengoptimumkan pulangan jangka panjang kepada pencarum, jumlah pendedahan KWSP di luar negara setakat 31 Disember 2012 ialah 15.7 peratus daripada jumlah aset pelaburan, menurut kenyataan itu.

Pada 2012, tambahan US$7.1 bilion pelaburan telah dibuat dalam ekuiti global, bon global dan hartanah.
Samsudin berkata, dalam menguruskan dana berjumlah lebih setengah trilion ringgit, KWSP berdepan cabaran besar untuk terus memberi pulangan kukuh di tengah-tengah persekitaran kadar faedah yang rendah, ketidaktentuan berterusan ekonomi global serta kekangan dalam pasaran modal domestik.

"Bagaimanapun, sebagai dana persaraan, KWSP akan terus berpandukan objektif pelaburan jangka panjang dan strategi pelaburan berhemah bagi memastikan kemampanan dan pulangan konsisten untuk kesejahteraan persaraan anggotanya.

Pencarum KWSP boleh mendapatkan penyata kira-kira masing-masing bagi menyemak pengkreditan dividen 2012 sama ada di kios KWSP, kaunter atau i-Akaun mulai esok.

Pencarum berumur 55 tahun dan ke atas pula boleh mengeluarkan dividen tahunan yang telah dikreditkan ke dalam akaun mereka yang menjadi antara pilihan bayaran di bawah Skim Pengeluaran Umur 55 Tahun. - BERNAMA

Saturday, 16 February 2013

BERITA HANGAT DARI PULAU!!!!



Minah terdengar desas desus mengenai calon ADUN DAP kat Penang. Berita ni dikhabarkan oleh salah seorang kenalan Minah yang selalu mengikuti perkembangan politik di Penang. Khabar yang Minah terima adalah, 3 ADUN yang kini merupakan Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan digugurkan sebagai calon. Dalam erti kata lain, 3 ADUN ni tak akan menjadi calon pilihan Lim Guan Eng.

ADUN yang dimaksudkan adalah YB Danny Lau (ADUN Lancang), YB Peh Poon Poh (ADUN Sungai Puyu) dan YB Lydia Ong (ADUN Berapit). Khabarnya, punca 3 ADUN ni digugurkan adalah kerana mereka ni tak SEKUFU dengan Lim Guan Eng. Mereka ni lebih menyebelah kepada Chan Kon Yeow yang merupakan Pengerusi DAP Pulau Pinang. Chan Kon Yeow yang juga ADUN Padang Kota  sebelum ini dikatakan akan dilantik sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, tapi yang berlaku adalah sebaliknya. Lim Guan Eng yang menaiki takhta sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang. (Sebab tu la kot depa ni tak SEKUFU)

Gitu ceritanya.No wonder la 3 ADUN yang merangkap Exco ni nak digugurkan. Rupanya LGE ni lagi dasyat main kroni. Patut la LGE ni digelar Tokong yang Angkuh. Memang iye pun. Rupanya dengan ahli DAP sendiri pun pilih bulu...

Friday, 15 February 2013

HARI INI DALAM SEJARAH : AHLI PARLIMEN PAS DILANTIK MENJADI MENTERI ......


Ucapan setinggi-tinggi tahniah buat bekas Timb Presiden PAS Ustaz Haji Nasharuddin Mat Isa yang telah diwar-warkan bakal dilantik sebagai Menteri Pertama Kementerian Hal Ehwal Agama Islam iaitu sebuah kementerian baru yang akan diperkenalkan sebaik sahaja Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dinaiktaraf kepada Kementerian dalam masa yang terdekat.

Tidak lupa ucapan tahniah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan JAKIM kerana kewujudan stu entiti ditahap kementerian yang benar-benar menjaga hal-ehwal Islam dalam negara ini dapat direalisaikan lebih-lebih dengan keadaan terkini dmana Malaysia bagaikan dilanda "wabak isu" yang melibatkan hukum hakam Islam yang sensitif.

Keputusan menaiktaraf JAKIM kepada taraf Kementerian diputuskan didalam satu mesyuarat tertutup kabinet baru-baru ini secara langsungnya juga telah merealisasikan usaha kerajaan BN selama berpuluh tahun yang bermula sejak kepimpinan Tun Abdul Razak lagi untuk mendapatkan keputusan sebulat suara menubuhkan kementerian khas untuk Agama Islam akhirnya membuahkan hasil.

Cadangan ini akan dibawa kepada Yang Dipertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam dan juga Majlis Raja-Raja untuk menyelaraskan struktur pentadbiran baru antara negeri-negeri di dalam negara.

Dengan adanya kementerian sebegini, maka hukum-hakam tentang Agama Islam boleh diselaraskan dan dikawal termasuk isu-isu yang melibatkan hal ehwal agama Islam juga boleh dikawal dan dilaksanakan dengan secara menyeluruh di peringkat kebangsaan isu-isu senstif terkini seperti Kalimah Allah, Bible di dalam bahasa Melayu, Murtad dan pelbagai lagi kini boleh dicegah daripada berulang kembali.

Jika dilihat di dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 43: Jemaah Menteri dimana; (1) Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik suatu Jemaah Menteri untuk menasihatinya dalam: penjalanan fungsinya dan tidak ada satu fasal pun yang menyebut bahawa Perdana Menteri perlu menasihatkan Yang Dipertuan Agong untuk melantik mana-mana individu daripada mana-mana parti asalkan beliau adalah seorang ahli Dewan Rakyat ataupun Dewan Negara.

Maknanya, Najib boleh mencadangkan dan menasihatkan Yang Dipertuan Agong untuk melantik individu yang bukan daripada Barisan Nasional sekalipun dan ianya tidak menjadi isu kerana Dato' Seri Jamil Khir Baharom akan terus berkhidmat sebagai Menteri akan di Jabatan Perdana Menteri seperti mana TS Nor Mohamed Yakcop yang juga memegang portfolio Menteri Di Jabatan perdana Menteri (Ekonomi) walaupun terdapat Kementerian Kewangan.

Sekiranya Ustaz Nasha tidak dicalonkan oleh PAS dalam PRU13 kelak sekalipun, Najib boleh melantiknya sebagai Senator ke Dewan Negara untuk mendapatkan khidmat beliau memegang jawatan Menteri Pertama Kementerian tersebut.

ATTENTION TO DATUK S. AMBIGA...

Kajian mendapati rakyat Malaysia yakin PRU-13 telus

KUALA LUMPUR 15 Feb. - Kajian Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendapati majoriti rakyat Malaysia memberi reaksi positif terhadap peranan suruhanjaya itu dalam menguruskan pilihan raya di negara ini.

Ia hasil kajian pandangan masyarakat terhadap SPR yang dijalankan Majlis Profesor Negara (MPN) melibatkan 3,756 responden yang dijalankan dalam tempoh lapan bulan.

Setiausaha Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa MPN, Prof. Dr. Mansor Mohd. Noor berkata:

"Kajian itu mendapati lebih 70 peratus kaum Melayu dan India mengakui SPR menguruskan pilihan raya umum dengan adil, bersih dan telus. Kaum Melayu yang mewakili 76 peratus dan India 83 peratus juga yakin Pilihan Raya Umum Ke-13 akan diuruskan dengan telus.

“Meskipun daripada hasil kajian itu kita dapati masyarakat Cina hanya sekitar 50 peratus sahaja yakin dengan SPR, tetapi itu petunjuk yang baik," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis Rundingan Meja Bulat Pandangan Masyarakat Terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya anjuran MPN di sini hari ini. - UTUSAN

 

PROTES.. JANGAN TAK PROTES

Kalimah Allah: Lagi ahli Pas, NGO anjur protes

SEKUMPULAN NGO teramsuk ahli Pas membakar akhbar Buletin Mutiara sebagai tanda bantahan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung isu penggunaan kalimah Allah dalam kalangan bukan Islam di di Masjid Syaikh Eusoff, Doby Gout, George Town, Pulau Pinang hari ini. 


GEORGE TOWN 15 Feb. - Sekumpulan anggota Pas dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Jaringan Muslim Pulau Pinang (JMPP) hari ini mengadakan perhimpunan bagi mendesak pemimpin pakatan pembangkang menarik semula keputusan membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu.

Bantahan secara aman itu berlangsung kira-kira 30 minit selepas solat Jumaat di hadapan Masjid Sheikh Eusoff di Jalan Datuk Keramat di sini.

Kumpulan berkenaan turut membakar akhbar keluaran kerajaan negeri, Buletin Mutiara sebagai simbolik menolak Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang yang bertanggungjawab memulakan isu kontroversi itu.

Pengerusi Tetap Pas kawasan Tanjong, Zaidi Abu Bakar menyelar kepimpinan tertinggi Pas yang didakwa terus bersekongkol dengan DAP dan PKR yang terang-terangan tidak menghormati keputusan Majlis Syura Ulama Pas yang memutuskan kalimah Allah adalah hak eksklusif umat Islam.

"Mengapa Datuk Nik (Abdul) Aziz (Nik Mat) (Mursyidul Am Pas) pergi melawat Karpal (Singh) (Pengerusi DAP) baru-baru ini? Untuk berdakwah? Beliau menunjukkan contoh tidak baik kepada ahli Pas kerana dia (Karpal) secara jelas menghina perjuangan Pas dengan meminta majlis syura menukar pendirian mengenai isu itu," katanya kepada pemberita.

Sementara itu, di Kedah, lebih 300 anggota Persatuan Penawar 1Malaysia dan jemaah Masjid Jamek di Sik turut mengadakan protes serupa di hadapan masjid itu selepas solat Jumaat.

Mereka turut mengoyak poster lambang roket dan membakar gambar Lim.

Pengerusi Penawar 1Malaysia Daerah Sik Ghazali Ahmad, 58, berkata, masyarakat Melayu dan Islam di negara ini perlu bersatu dalam mempertahankan Islam dan kuasa politik Melayu daripada dirampas pihak yang mahu menghancurkan masa depan bangsa Melayu. 

"Saya kesal kerana ada orang Melayu yang bergelar ulama sanggup dijadikan kuda tunggangan selama ini oleh pihak antiIslam dan Melayu," katanya kepada Bernama selepas bantahan aman selama 20 minit itu. - BERNAMA

WAHAI FUCKATAN RAKYAT... KORANG PATUT TAU BAHAWA....

BN memang komited membantu rakyat 


KUALA LUMPUR 15 Feb. - Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan, kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa berusaha sedaya upaya membantu meringankan beban kewangan yang ditanggung rakyat.

Timbalan Perdana Menteri berkata, komitmen kerajaan itu dibuktikan menerusi beberapa langkah seperti kawalan harga pada musim perayaan, subsidi gula dan minyak serta program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

"Kita memang sentiasa tolong rakyat, bukan perkara baharu. Kali ini kita mahu tolong lebih daripada biasa," katanya ketika berucap merasmikan Program Turun Padang Timbalan Perdana Menteri di Pusat Komuniti Bandar Manjalara dekat sini hari ini.

Pada majlis itu, Muhyiddin turut melancarkan penyerahan BR1M 2.0 kepada seramai 2,798 golongan bujang di sekitar kawasan Parlimen Segambut sebelum meluangkan masa meraikan sambutan Tahun Baharu Cina bersama kira-kira 5,000 hadirin.

Yang turut hadir, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon. - UTUSAN

 

ALHAMDULILLAH...


KUALA LUMPUR, 15 FEB 2013: Kemunculan Dato’ Siti Nurhaliza di majlis sidang media “Memori Indah Bersama Datuk Siti Nurhaliza” sempena Minggu Setiausaha di Hotel Royale Chulan semalam memang amat dinantikan ramai pihak. Penyanyi hebat tersebut telah tampil di sidang media sempena Minggu Setiausaha setelah berhijrah yakni bertudung litup pada tanggal kelahirannya pada 11 Januari 2013 yang lalu.

Dato’ Siti Nurhaliza, 34, menjelaskan bahawa dia kini merasa lega apabila hajatnya untuk berhijab penuh telah berjaya direalisasikan. Niat sucinya itu tercetus sesudah dia dan suami, Dato` Khalid mohd Jiwa atau Dato` K pulang daripada mengerjakan ibadah Haji beberapa tahun yang lalu.

“Dah lama Siti memasang niat untuk bertudung penuh tetapi disebabkan komitmen kerja, Siti cuba sempurnakan ia secara perlahan-lahan. Siti juga terpaksa ambil sedikit masa untuk tunaikan niat tersebut.
 
“Semua umum pun tahu yang Siti bukan sahaja perlu menyanyi malah menari dan pelbagai lagi. Jadi untuk bertukar atau berhijrah, ia memerlukan masa dan waktu yang sesuai untuk melakukannya. Alhamdulilah, pada harijadi Siti yang ke-34 bulan lepas, atas doa daripada semua, akhirnya telah sampai masanya untuk Siti berhijrah.

“Secara kebetulan, hari tersebut pula jatuh pada hari Jumaat, penghulu segala hari dan berdekatan dengan Maulidur Rasul,”ceritanya mengenai titik tolak permulaan untuk bertudung litup.

Setelah berhijrah, Dato’ Siti Nurhaliza mengakui merasakan lebih lengkap dengan imej terbaru itu. Walaupun begitu, penyanyi tersebut tetap berharap masyarakat umum akan dapat melihat dirinya sebagai seorang penyanyi yang mempunyai komitmennya tersendiri.

“Kalau cakap pasal perasaan, Siti merasakan ianya sudah lengkap dan tercapailah niat Siti selama ini untuk bertudung penuh. Siti menghargai setiap saat serta pengalaman yang dilalui ketika sebelum pakai tudung, berselendang dan kini bertudung penuh.

“Tetapi Siti tahu Siti masih ada kekurangan yang perlu diperbaiki walaupun sudah bertudung penuh. Siti masih akan menyanyi dan membuat persembahan kerana ianya berkaitan dengan komitmen kerja. Sebab itu Siti katakan, walaupun Siti sudah bertudung. namun masih ada lagi kekurangannya dan berharap Siti akan dapat memperbaikinya sedikit demi sedikit.

“Selebihnya Siti hanya mengucapkan syukur Alhamdulillah apabila hajat yang diimpikan selama ini telah tercapai,”tambahnya lagi.

Dia turut diminta mengulas tentang stail tudung yang digayakannya kini akan menjadi ikutan serta trend buat mereka yang berhijab, namun dia tidak mempunyai perancangan untuk mengeluarkan sebarang tudung dibawah jenama namanya.

“Ada yang minta Siti buat tutorial mengenai cara pemakaian tudung Siti yang sekarang ini. Tiada cara khusus sebenarnya, jika ada yang berminat boleh menghubungi pereka fesyen Siti untuk mendapatkannya.

“Siti pun belum terfikir untuk mengeluarkan sebarang koleksi tudung seperti tudung Siti Nurhaliza buat masa ini,”ulasnya mengenai trend pemakaian tudungnya yang dijangkakan bakal menjadi ikutan.