Thursday, 30 May 2013
Wednesday, 29 May 2013
KALAU DAH DESPRATE, BENDA TAK BETUL PUN DIA KATA BETUL...
Kami tidak akan buat kerja gila'
IPOH 27 Mei - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
Bota, Datuk Nasaruddin Hashim membidas tindakan pihak tertentu yang
menyebarkan khabar angin kononnya beliau dan beberapa wakil rakyat
Barisan Nasional (BN) akan melompat parti bagi membolehkan pembangkang
berkuasa di Perak.
Sambil menyifatkan dakwaan itu sebagai 'provokasi jahat', Nasaruddin
menasihatkan musuh-musuh politik BN terutamanya di Perak supaya berhenti
berangan-angan kerana perkara itu tidak akan berlaku.
"Mungkin mereka hendak jolok saya dengan cerita-cerita begini, mereka
ingat saya ini apa? Jangan perlekeh kesetiaan saya kepada parti.
Hentikanlah berangan kerana lompat parti tidak akan berlaku," katanya
kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas cakap-cakap kononnya sekurang-kurangnya dua
wakil rakyat BN Perak akan melompat parti sekali gus membolehkan
pembangkang membentuk kerajaan.
Dalam pilihan raya umum lalu, BN menang dengan majoriti mudah di
Perak apabila memperoleh sebanyak 31 daripada 59 kerusi Dewan Undangan
Negeri (DUN) yang dipertandingkan.
Nasaruddin pernah menggemparkan politik tanah air pada Januari 2009
apabila meninggalkan UMNO untuk menyertai PKR sebelum sekali lagi
membuat keputusan memeranjatkan apabila mengumumkan kembali semula ke
pangkuan UMNO dua minggu kemudian.
Dalam pilihan raya 2008, pembangkang yang menang sebanyak 31 kerusi
di negeri ini hanya dapat mengekalkan kuasa selama 11 bulan apabila
empat wakil rakyatnya iaitu masing-masing dua daripada DAP dan PKR
bertindak keluar parti menjadi ADUN Bebas sehingga membolehkan BN
menubuhkan semula kerajaan.
Menurut Nasaruddin, ada pihak yang sengaja menjaja cerita sedemikian
untuk menggambarkan keadaan seolah-olah kerajaan BN Perak kini tidak
stabil.
"Cerita 2009 tidak sama, dahulu BN tidak tubuh kerajaan, sekarang
kita ada kerajaan, saya tidak akan tergamak merosakkannya dengan
berpaling tadah. Itu kerja gila.
"Saya selalu tegaskan, saya keluar parti dulu kerana saya lihat
ketika itu kelemahan UMNO dari aspek pentadbiran dan kepimpinan, tetapi
UMNO berani berubah sehingga kita menang kali ini," tegasnya.
Ditanya sama ada beliau ada didekati pihak tertentu yang memujuknya
supaya melompat parti, Nasaruddin berkata: "Tidak ada dan kalau ada pun,
saya akan tolak dan minta mereka balik dan belajar mendalami ilmu
politik dalam-dalam terlebih dahulu".
Beliau menambah: "Kalau saya tahu ada pihak yang datang nak pujuk
(ADUN) yang lain supaya lompat parti, saya orang pertama yang akan
halang".
Sementara itu, ADUN Slim, Datuk Khushairi Abd. Talib yang turut dikaitkan dengan dakwaan akan melompat parti menyifatkan tuduhan tersebut sebagai mengarut.
"Saya tidak tahu macam mana cerita ini boleh timbul, tetapi mengarut,
sangat mengarut. Kami tidak buat kerja gila begitu," katanya.
Beliau turut mengingatkan semua pihak terutamanya pembangkang supaya
tidak memperkecilkan tahap kesetiaan ADUN BN dengan melemparkan
dakwaan-dakwaan seumpama itu.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130528/po_05/Kami-tidak-akan-buat-kerja-gila#ixzz2UjTw3u4L
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tuesday, 28 May 2013
JAWAB ABANG NON. JANGAN TAK JAWAB....
Dewan
Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meminta penjelasan daripada Datuk Seri Anwar
Ibrahim berhubung wujudnya perjanjian sulit antara beliau dengan
Perdana Menteri baru-baru ini.
Ia dilaporkan dalam media
berhubung pertemuan dan perjanjian sulit tersebut yang berlangsung pada
April 2013 dengan Yusof Kalla menjadi perantaranya.
Apakah
benar pertemuan telah berlangsung dan apakah isi kandungan perjanjian
itu? Mengapa pemimpin Pakatan Rakyat yang lain tidak dimaklumkan
mengenai pertemuan tersebut?
Apakah ia hanya suatu propaganda murahan yang dicipta oleh kem UMNO-BN
bagi menimbulkan suatu prejudis rakyat terhadap kejujuran Datuk Seri
Anwar Ibrahim serta dengan maksud untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat?
DPPM mengingatkan keutuhan Pakatan Rakyat pada ketika ini berada di
tahap tertinggi. PAS menolak sebarang kerjasama dengan BN termasuk
tindakan tegas terhadap mana-mana individu atau pemimpin yang mengadakan
perjanjian sulit dengan UMNO-BN.
Bahkan, sekiranya ada
cadangan pertemuan tersebut PAS akan berbincang dengan pemimpin Pakatan
Rakyat terlebih dahulu serta akan menjadi perbincangan umum. DAP pula
tidak perlu dipersoalkan kesetiaan mereka.
Monday, 27 May 2013
KENAPA KAU BERDIAM WAHAI RAFIDAH???????
Kenapa Rafidah berdiam diri?
KUALA LUMPUR 27 Mei - Pergerakan Wanita UMNO hari
ini melahirkan rasa hairan dengan sikap Pengerusi Lembaga Pengarah
AirAsia X, Tan Sri Rafidah Aziz yang masih berdiam diri berhubung
kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, Azran
Osman-Rani baru-baru ini.
Penolong Setiausaha Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Rosni Sohar
berkata, Rafidah selaku pengerusi syarikat berkenaan tidak harus
bertindak demikian memandangkan sikap Azran itu umpama tidak menghormati
kepimpinannya sebagai bekas pemimpin Wanita UMNO yang membela
kepentingan wanita Melayu di negara ini.
"Azran sepatutnya sedar akan kedudukan beliau sendiri sebagai anak
Melayu yang mendapat manfaat besar di syarikat penerbangan tersebut.
"Tindakan tegas daripada Rafidah juga didesak bagi membuktikan
semangat kebangsaan yang ada dalam syarikat yang mewakili nama baik
Malaysia di serata dunia masih terus kekal," katanya dalam satu
kenyataan di sini hari ini.
Azran menerusi akaun Facebook dan Twitternya baru-baru ini bertindak mencerca Utusan Malaysia sebagai sebuah akhbar rasis hanya kerana menyiarkan artikel berbentuk pertanyaan bertajuk Apa lagi Cina mahu? pada 7 Mei lalu.
Kenyataan biadab itu mendapat bantahan daripada pelbagai pihak
termasuk Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
yang menuntut penjelasan Rafidah berhubung kenyataan Azran berkenaan.
Mengulas lanjut, Rosni berkata, Rafidah tidak seharusnya lantang
mengkritik dan mengadu-domba pada landasan Wanita UMNO semata-mata.
Tetapi, kata beliau, apabila perkara yang membabitkan kepentingan
Melayu, Rafidah mengambil keputusan untuk berdiam diri atau mungkin
bekas Ketua Pergerakan Wanita UMNO itu sendiri setuju dengan kenyataan
Azran tersebut.
"Apakah begini sikap seorang ahli Majlis Tertinggi UMNO?" soalnya.
Persoalannya, tambah beliau, apakah Azran membuat kenyataan tersebut
setelah mempertimbangkan atau membaca akhbar-akhbar Cina yang mana lebih
rasis daripada Utusan Malaysia sendiri?
"Saya bagi pihak Wanita UMNO mendesak Azran untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua orang Melayu," tegasnya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130528/dn_06/Kenapa-Rafidah-berdiam-diri#ixzz2UZ1K2WnH
© Utusan Melayu (M) Bhd
BERTAUBATLAH WAHAI ANWAR. JAWATAN PRIME MINISTER BUKAN BOLEH BAWAK SAMPAI KE KUBUR PUN....
Daim: Anwar tetap mahu jadi PM hingga saat kematian
KUALA LUMPUR 27 Mei - Bekas Menteri Kewangan, Tun
Daim Zainuddin menyelar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk
Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin yang tetap mahu menjadi Perdana
Menteri sehingga ke saat kematiannya.
Selain Anwar, katanya, para pemimpin pembangkang seperti Presiden
Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang tidak
mempunyai nilai moral tinggi untuk bersara setelah kalah dan ini berbeza
dengan pemimpin politik Barat yang menerima kekalahan secara terbuka
dan meletak jawatan seperti bekas Perdana Menteri Britain, Gordon Brown.
"Biar saya ingatkan anda, Anwar telah mengatakan dia akan bersara
jika gagal menawan Putrajaya (memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13
(PRU-13). Anwar tidak mengotakan janji.
"Dia (Anwar) tidak akan bersara sehinggalah pada saat kematiannya.
Dia tetap mahu jadi perdana menteri," katanya dalam satu wawancara
dengan akhbar China Press yang dipetik daripada blog http://kadirjasin.blogspot.com/ hari ini.
Daim turut mengkritik tindakan pembangkang khususnya DAP dan PKR yang
sehingga kini tidak dapat menerima kekalahan dan menganjurkan siri
perhimpunan haram di seluruh negara bagi membantah keputusan PRU-13 yang
tidak memihak kepada mereka.
Katanya, tindakan itu sengaja dilakukan pembangkang khususnya Anwar
dan Kit Siang secara tidak bertanggungjawab agar mereka ditahan polis
kerana perhimpunan sebegitu dikhuatiri menimbulkan insiden tidak
diingini antara kaum, khususnya Melayu dan Cina.
"Bagaimanapun Anwar dan Kit Siang tidak peduli (kerana) jika terjadi
lagi insiden antara kaum, mereka akan menyalahkan Barisan Nasional (BN).
Jika anda sanggup mengorbankan keamanan dan kestabilan untuk keuntungan
anda, kepimpinan jenis apakah ini?" soalnya.
Beliau menambah, para pengundi Cina yang hampir keseluruhan memilih
pakatan pembangkang dalam PRU-13 sebenarnya telah termakan dakyah serta
perkauman DAP kononnya masyarakat tersebut adalah mangsa yang
dipinggirkan di negara ini.
Katanya, DAP juga menyebarkan sentimen bahawa PRU-13 lalu merupakan
peluang bagi masyarakat Cina untuk 'mengajar' MCA dan Gerakan yang
selama ini berada di bawah telunjuk UMNO dengan memberikan mesej bahawa
mereka tidak mahu lagi dibuli UMNO dan Melayu.
"Cybertrooper mereka (pembangkang) bekerja 24 jam sehari
dengan menghantar maklumat salah, putar belit, khabar angin dan
sebagainya. Di mana (orang) Bangladesh? Di manakah kejadian terputus
bekalan elektrik? Berapa ramai yang hilang dakwat di jari mereka
mengundi sebanyak dua kali?
"Tun Dr. Mahathir Mohamad melarikan diri dengan menaiki jet peribadi?
Penipuan demi penipuan sehingga masyarakat Cina percaya kepada (slogan)
'Ubah' dan 'Ini kalilah'," katanya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130528/po_01/Daim-Anwar-tetap-mahu-jadi-PM-hingga-saat-kematian#ixzz2UYdd931q
© Utusan Melayu (M) Bhd
TAKKAN NI JE KOT???????
anak Cina makan kobis
kopek kopek berlapis lapis
dakwa itu ini musing M'sia tk habis habis
last last..kes dakwat kekal jer report kat polis ...hik3
setelah bergelen-gelen bebudak pr blackout minum kencing aljuburi di setiap himpunan blackout.
setelah penat2 rafizi siasat pasal blackout masa pengiraan undi.. (memang bodoh betul la jambu gemok nih)
setelah penat bebudak pr sebarkan di media sosial gambar beg kertas undi jatuh dari helikopter
setelah penat bebudak dapig mainkan isu bangla...
akhirnya, anwar buat report hari ni pasal dakwat kekal jekk....hahahahahahahahaha
HARI TU DIA KATA NAK LUDAH ORANG UMNO, LA NI APA DAH JADI????
Dulu
dia kata jika ada orang UMNO datang nak ajak bersatu ... dia akan ludah
muka orang tu. Kini dia pulak yang ajak UMNO sertai Perosak Rakyat
pulak ..... tak sampai sebulan Allah dah terbalikkan ...... le ni kalau
dia datang nak ajak UMNO masuk perosak rakyat bukan setaka ludah .......
aku sapu mukanya dengan taik ......
Cakap tak serupa bikin ...... kalau dah nyanyuk tu jangan banyak cakap la ...... Baik Pok Nik dok diam-diam sudah... Banyakkan amal ibadat. Bukannya keluar fatwa sesat.....
Cakap tak serupa bikin ...... kalau dah nyanyuk tu jangan banyak cakap la ...... Baik Pok Nik dok diam-diam sudah... Banyakkan amal ibadat. Bukannya keluar fatwa sesat.....
Subscribe to:
Posts (Atom)




