ULAMA HAJI SALLEH MUSA GELARKAN NIK AZIZ SEBAGAI GURU TOLOL YANG SERBA MENTOLOLKAN !!!
Bagi yang tidak tahu, Haji Salleh bin Musa adalah pengasas pondok tersebut serta Penasihat PAS Kawasan Sik.
Seperti biasa, setiap kali dia mengadakan pengajian
agama mingguan, kehadiran adalah seramai lebih kurang 600 orang yang
terdiri daripada penyokong-penyokong PAS dari Daerah Sik dan
kawasan-kawasan sekitar.
Pengajian pada 5 April dan hampirnya dengan
tarikh pengundian membuatkan Haji Salleh mengeluarkan pelbagai fatwa
mengelirukan dan sangat bersandar kepada PAS. Haji Salleh cuba
menggambarkan yang PAS adalah sebuah kubu Islam yang teguh dan sedang
mempertahankan Islam walaupun ‘terpaksa’ menggadaikan elemen-elemen
utama Islam seperti KALIMAH ALLAH.
Menurut Haji Salleh, orang Islam
yang menolak hukum hudud adalah orang yang telah tercedera imannya.
Penasihat PAS Kawasan Sik itu jelas merujuk kepada orang UMNO yang
dituduhnya menentang dan menolak hukum hudud.
Namun sesuatu yang
tidak disentuhnya ialah bagaimana PAS menerusi Mursyidul Am dan Presiden
serta Dewan Ulama terpaksa MENOLAK HUDUD sebagai satu sistem apabila
DAP menerusi Karpal Singh dan Lim Kit Siang menyatakan tentangan secara
terbuka terhadap hukum berkenaan. Walaupun PAS secara perlahan
menyatakan, hudud masih dalam agenda mereka, tetapi kenyataan yang
dibuat oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang ketika menerajui Terengganu
bahawa Hudud hanyalah 0.001% daripada keseluruhan syariah Islam,
menjelaskan bagaimana PAS terpaksa akur dengan kehendak DAP yang
menentang serta menolak hudud secara terang dan nyata.
Benarkah UMNO
menolak hudud sepertimana yang dituduh oleh manusia seperti Haji
Salleh? Atas dasar apa, tuduhan tersebut dibuat? Tidak melaksanakan atau
melarang perlaksanaan bagi undang-undang syariah Terengganu dan
Kelantan yang telah dideraf oleh PAS tetapi tidak digazetkan oleh DUN
masing-masing, tidak bermakna UMNO menolak hudud. PAS sendiri sewaktu
menguasai DUN Kelantan dan Terengganu, tidak berani menggazetkan hukum
syariah yang mereka gubal bagi membolehkan perlaksanaannya. Sebaliknya
hanya berani melalak dan menyalak!
Dalam ceramahnya juga, Haji
Salleh berpesan kepada ahli-ahli PAS agar tidak bergaduh sesama sendiri
kerana pergaduhan akan menyebabkan PAS kalah dalam PRU kali ini.
Nasihatnya kepada ahli-ahli PAS yang datang mendengar ceramahnya ialah
agar menyokong sesiapa sahaja yang menjadi calon PAS.
Fatwanya
ialah, menentang UMNO akan menjadikan Islam naik. Maksudnya, Islam akan
lebih dijunjung dan martabat agama akan lebih ditinggikan apabila UMNO
ditentang dan dikalahkan.
Jujurkah kenyataan Haji Salleh yang
mempunyai pengajiannya sendiri? Adakah kekalahan UMNO dan Barisan
Nasional di Kelantan, Terengganu dan Kedah, berjaya menaikkan dan
memartabatkan Islam sebagaimana yang didakwa oleh Haji Salleh? Atau
sebenarnya Islam dipandang sebagai sebuah agama enteng yang boleh
dipermain-mainkan dengan mudah semata-mata untuk memastikan PAS menang?
Seperti yang PAS sedang lakukan sekarang?
Namun nasihatnya yang paling menarik pada 5 April ialah, baik kenduri
atau solat orang meninggal dari kalangan orang UMNO, maka orang PAS
jangan tidak dipanggil dan menyertai majlis berkenaan kerana orang UMNO
tidak mahu beriman dan mengikut PAS. Sekaligus mengingatkan kita semula
kepada permainan tradisi PAS iaitu memulaukan dan meminggirkan sesiapa
sahaja yang tidak menyokong PAS dengan menjadikan Islam dan fardu
kifayah sebagai modalnya.
Anehnya, dalam banyak dasar UMNO dan
Barisan Nasional yang memberikan kebaikan kepada rakyat, Haji Salleh
tidak pula menggalakkan ahli-ahli dan penyokong PAS memulaukannya
sepertimana pemberian BRIM dan sebagainya. Bahkan Haji Salleh
mengeluarkan pula fatwa yang menyatakan, wang serta bantuan yang
diberikan oleh Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional adalah hak rakyat.
Walhal, sebagai seorang guru yang mempunyai pengajiannya sendiri, Haji
Salleh terlupa tentang hak orang Islam di kalangan orang Islam, hak
jiran ke atas jiran, hak manusia ke atas manusia yang lain dan
sebagainya.
Dan dalam Islam, apa yang diajarkan oleh Haji Salleh
kepada para pengikut dan pemercayanya sebenarnya amat bertentangan
dengan ajaran suci agama itu!
Anehnya, Haji Salleh mempunyai
pemikiran yang saling bercanggah. Bermula dengan menentang segala sistem
dan ajaran Islam, dia kemudiannya menyeru ahli-ahli PAS agar memulakan
kempen dan mengadakan majlis solat hajat di setiap markas. Kononnya
dengan cara itu, musuh-musuh (baca: UMNO dan Barisan Nasional) akan
berasa gerun kerana melihat orang-orang PAS bersatu.
Barangkali
kerana sudah terlalu lama terkurung di dalam tempurung sendiri, Haji
Salleh tidak menyedari bahawa orang-orang PAS sedang menjadi badut di
kalangan rakyat Malaysia. Setiap apa yang dilakukan oleh orang PAS
termasuklah pemimpinnya, menjadi bahan jenaka dan lawak menggeletek tali
perut kepada rakyat Malaysia.
Semuanya kerana PAS dan para pemimpinnya seperti Haji Salleh, bercakap tidak serupa bikin.
Haji Salleh mengajar dan memberitahu para pemercayanya bahawa Nabi
s.a.w pernah berkata, musuh sentiasa ada untuk menghalang menaikkan
agama Islam. Memang benar, Nabi s.a.w pernah mengingatkan umat Islam
tentang hal itu. Bahkan al Quran dan Firman Allah Taala juga
mengingatkan umat Islam tentang helah musuh-musuh Islam agar
meninggalkan ajaran Islam.
Dan apa yang diajarkan oleh Nabi s.a.w
serta diperingatkan oleh Allah Taala, benar-benar bertepatan dengan diri
Haji Salleh sendiri.
Haji Salleh cuba menjadikan PAS sebagai sebuah
agama kultus. Kononnya, kalau ingin mencari kekayaan dan kemewahan, PAS
bukanlah tempatnya. PAS adalah sebuah pergerakan suci yang berjuang
dengan penuh ikhlas.
Namun Haji Salleh tidak pula menceritakan
bagaimana para pemimpin PAS sedang bertelagah sesama sendiri kerana
harta dan kemewahan. Haji Salleh tidak menceritakan tentang bagaimana
pemimpin-pemimpin PAS Kedah sedang berperang sesama sendiri dan sakit
hati kerana kemewahan dan kekayaan yang sudah lama mereka impikan. Haji
Salleh
tidak menerangkan tentang duit-duit tabung derma yang para
pemimpin PAS gunakan untuk menghidupkan perut dan nafsu mereka hasil
daripada kebodohan dan kejumudan para pengikut PAS.
Shaiful Yazan: