Sunday 16 June 2013

APA CERITA NIH????


PSM Dakwa PAS Ada Dua Wajah 

AIDCNews – 16/06/13 – Setiausaha Agung PSM, S Arutchelvan mendakwa Pas mempunyai dua wajah politik apabila terdapat satu puak menerima sosialis dan puak lagi menolaknya.

“Kita juga mempunyai ramai kawan-kawan di (dalam) Pas yang juga berpendirian sosialis… Kita sebenarnya nak selesai, (dan) nak bertanya sebenarnya, apakah masalah Pas dengan (ideologi) sosialis.

“Dalam Pas mempunyai pandangan yang berbeza kerana PSM selama ini percaya kepada kebebasan agama,” katanya ketika diwawancara Malaysiakini.

Arutchelvan berkata pihaknya hairan mengapa isu ideologi sosialis itu diungkitkan “secara tiba-tiba” dalam pilihan raya umum lalu, sedangkan pihaknya sekian lama telah bekerjasama dengan Pas.

“Adakah ini sebenarnya persoalan ideologi atau persoalan kerusi? Kalau persoalan ideologi, dari dahulu (lagi) Pas tidak bekerja dengan PSM.

“Berapa tahun kita berkempen bersama dengan kawan dalam Pas dalam banyak isu, (kita) duduk semeja, tapi masa pilihan raya… Adakah ini isu ideologi? Atau hanya ada satu pihak dalam Pas, yang nak bertanding isu di Kota Damansara?” soal Arutchelvan.

Sebelum ini, PSM menuntut Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjelaskan dakwaan dalam satu video di Youtube bahawa Pas tidak boleh bekerjasama dengan parti “Marxis”.

Arutchelvan turut mengesahkan pihanya telah menerima undangan daripada Pas untuk berbincang tentang isu tersebut.

“Saya baru dapat panggilan daripada setiausaha Pas dua hari lalu, Pas bersetuju untuk mengadakan dialog dengan PSM minggu depan. (Bertujuan) untuk kita membincangkan isu-isu, apa yang (menyebabkan) Pas bermasalah sangat dengan sosialis ini,” katanya.

Katanya lagi pihaknya bersetuju bertemu Pas di ibu pejabat parti Islam itu di Jalan Raja laut, Kuala Lumpur tetapi masih belum menentukan tarikh dan masanya.

No comments:

Post a Comment