Saturday 8 June 2013

KANTOIIIIIII

FITNAH PAS KE ATAS MUKHRIZ MAHATHIR TERBONGKAR!!!

Baru-baru ini PAS Kedah terutamanya para bloggernya mengatakan Kuliah Agama yang sering di adakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah, Sri Mentaloon telah di haramkan oleh YAB Dato'Paduka Mukhriz Mahathir merupakan satu fitnah amat dasyat terhadap MB Kedah.

Pada awalnya Kuliah Agama di katakan akan bermula pada 01 Jun yang lalu setelah BN berjaya merampas Kedah dari tangan PAS pada PRU 13.. Namun Kuliah tersebut terpaksa di batalkan kerana dewan yang di gunakan untuk mengadakan Kuliah Agama telah di guna pakai untuk program minum teh sempena Keputeraan DYMM Yang Di-Pertuan Agong. 

Kuliah Agama yang pada awalnya di jangka di lakukan pada 01 Jun terpaksa di batalkan dan akan di jalankan pada 08 Jun (hari ini).. Maka seperti yang di jangkakan, majlis tersebut berjalan dengan lancarnya dan Kuliah Agama telah sampaikan sendiri oleh Mufti Kedah, Sahibus Samahah Dato' Syeikh Muhammad Baderudin.

Setelah pihak PAS Kedah bersama bloggernya terbukti membuat satu FITNAH terhadap MB Kedah yang kononnya Kuliah Agama di Sri Mentaloon di haramkan.. Kini mereka sekali lagi melakukan satu fitnah apabila mengatakan Kuliah Agama yang di adakan hari ini adalah atsa paksaan dan tekanan dari Mufti Kedah serta rakyat Kedah.

Namun berita tersebut di nafikan sendiri oleh Dato Mufti Kedah dan mengatakan Kuliah Agama yang di adakan hari ini di Sri Mentaloon adalah atas permintaan MB sendiri yang mahukan program yang berbentuk ilmu dapat di teruskan. klik Link: http://www.youtube.com/watch?v=G7R7jQbSz3M


Tu la. Jangan suka suki nak fitnah orang. Buat benda baik pun dikatakan tak baik. Rasanya eloklah korang bertaubat. Tak baik fitnah-fitnah ni. Berdosa tau.....

Sumber : Facebook Saya sayang Tun Dr Mahathir Mohammad.

No comments:

Post a Comment