Thursday 20 June 2013

KALAU DAH BUAT SALAH, MACAM TU LA CERITANYA...


Anwar sukar menjawab 'ya' atau 'tidak'


Di Australia, tanggapan ramai mengenai Tim Mathieson, iaitu pasangan Perdana Menteri, Julia Gillard ialah beliau seorang homoseks. Hubungan yang sudah tujuh tahun terjalin antara Tim (yang digelar ‘Lelaki Pertama’) dan Julia bermula dengan perkenalan di sebuah kedai gunting rambut di Melbourne, tempat di mana Tim bekerja.

Isu ini menjadi berita dunia apabila Julia ditanya mengenainya ketika diwawancara Howard Sattler, seorang pengacara di Radio Fairfax di Sydney minggu lalu. Kita ikuti sebahagian wawancara itu, yang lebih kurangnya begini:
Howard: Tim seorang homoseks. Ini bukan saya yang cakap. Ini tanggapan ramai. Atau adakah ini satu mitos?

Julia: Mengarutlah.

Howard: Saya pasti anda sendiri pernah dengar perkara ini. Orang berkata: “Tim adalah seorang homoseks. Dia bekerja sebagai tukang gunting rambut.”

Julia: Saya tak setuju. Kita tak boleh buat tanggapan begitu terhadap semua tukang gunting rambut. Ini tentu mengarut bukan?

Howard: Jadi, anda boleh sahkan Tim bukan begitu (homoseks)?
Julia: Eh, Howard, jangan mengarutlah. Tentu tidak.

Elak beri jawapan tepat

Pemimpin Parti Buruh Australia itu jelas tidak selesa diasak dengan soalan sebegitu. Dia cuba mengelak menjawab dengan tepat. Cukup menarik apabila peristiwa sama berlaku kepada pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika diwawancara pengacara radio BFM, Noelle Lim pada April lalu, beliau memberi jawapan yang panjang kepada soalan yang hanya memerlukan jawapan ‘ya’ atau ‘tidak’.

Apabila ditanya bertubi-tubi, Anwar berhempas pulas cuba mengelak daripada memberi jawapan tepat.
Petikan ini sebahagian daripada wawancara berkenaan, yang boleh diikuti di YouTube, yang diterjemah daripada perbualan dalam Bahasa Inggeris:

Lim: Pengundi liberal boleh terima jika pemimpin yang mereka pilih adalah seorang homoseks atau biseksual. Tapi dikalangan pengundi Islam yang lebih konservatif, pemimpin seperti ini tidak boleh diterima. Apakah anda seorang homoseks atau biseksual?

Anwar: Sebenarnya begini. Mereka sudah cuba dan berusaha, malah sememangnya pernah mendakwa saya dua kali. Tapi tiada sebarang bukti untuk menyokong dakwaan ini. Saya seorang yang sudah berkahwin dan mempunyai enam orang anak. Jadi, soalan sebegini adalah langsung tidak relevan.

Lim: Jadi maksudnya ‘ya’ atau ‘tidak’?

Anwar: Tentulah apabila saya kata tidak relevan, (tidak jelas). Pada hemat saya, soalan sebegini tidak perlu pun dibangkitkan. Apakah asasnya? Asasnya ialah ini merupakan serangan bertubi-tubi propaganda UMNO. Soalan ini tidak adil.

Lim: Jadi anda bukan seorang biseksual?”

Anwar: Tengok ya. Soalan ini berbangkit kerana saya adalah mangsa kepada serangan yang hebat dan bertubi-tubi. Sama ada seseorang itu homoseks atau biseksual, ini persoalan peribadi. Jika kamu mahu mendakwa seseorang, kamu kena ada bukti yang kukuh. Dalam kes saya, ini jelas satu pembohongan. Mereka telah mencuba dan mereka gagal. Saya tidak bersedia untuk keluar dengan satu kenyataan yang mengecam atau menyebabkan syak wasangka terhadap orientasi seks orang lain. Dan ini dikecam oleh media. Saya tidak boleh mengambil satu pendirian untuk mengutuk sesuatu perkara yang saya sendiri tidak tahu. Lainlah jika ia perkara yang diketahui umum.

Lim: Jadi jawapan anda ialah ‘tidak’?

Anwar: Ya lah, sudah jelas, kan begitu.

Justeru, tanggapan rakyat terhadap orientasi seks Anwar akan kekal sampai bila-bila. Walaupun beliau pernah menafikan, namun sebahagian besar rakyat tidak yakin beliau seorang yang lurus. Ramai dalam kalangan pemimpin pembangkang sendiri mempersoalkan beliau dalam soal ini.

Anwar tidak berani bersumpah walaupun dicabar dan diberi peluang. Beliau masih gagal membuktikan jam Omega miliknya yang kelihatan dalam satu video seks masih berada dengannya. Peluang diwawancara oleh Radio BFM ini juga tidak diguna sebaiknya oleh Anwar untuk menjelaskan tuduhan ke atasnya itu.

1 comment:

  1. Assalamualaikum admin dan semua pembaca,

    Iklankan barangan yang ingin dijual atau perniagaan anda di laman web www.produkmuslim.info

    Kerjasama anda membantu Produk Muslim sangatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih

    ReplyDelete