Thursday, 13 September 2012

Putar Belit memang kerja orang PAS.. Tak de kerja lain.....


FAKTA DAN PENJELASAN: TUN DR MAHATHIR TIDAK PERNAH MENGHINA JANGGUT NABI MUHAMMAD SAW




1. Isu Tun Mahathir menghina janggut nabi pernah menggemparkan arena pesada politik tanahair berdekat lamanya. Persoalannya benarkah Tun Mahathir yang dikenali ulamak oleh sesetengah ulamak dari Timur Tengah sanggup menghina janggut Nabi SAW ?? Isu ini telah dimain oleh penganut agama PAS dengan hebatnya suatu ketika dulu.

2. Sebenarnya telah lama MH pendamkan perkara ini. MH rasa amat kewajipan kepada MH untuk memperjelaskan perkara yang sebenarnya mengenai fitnah besar PAS terhadap Tun Dr Mahatir kepada seluruh rakyat Malaysia. Secara ikhlasnya MH pernah berjumpa dengan salah seorang bekas pengiring Tun Mahathir dalam tahun 2002 didalam satu kursus  di Sik Kedah (namanya terpaksa penulis rahsiakan). yang juga bekas anggota pasukan keselamatan

3. Menurutnya, beliau ada bersama Tun Mahathir pada ketika itu. Ketika itu majlis jamuan teh selepas perasmian (setiap majlis yang dihadiri oleh PM dan mana-mana menteri sekali akan disertai dengan kudapan). Turut serta di meja Tun Mahathir pada ketika itu antaranya ialah Allahyarham Tan Sri Hamid Othman, beberapa orang menteri dan ulamak.

4. Antara intipati perbualan Tun dengan beberapa orang menteri dan ulamak ini berkisar mengenai perkara-perkara yang disunatkan pada hari Jumaat, seperti bergunting dan juga bercukur. Tun sebenarnya ingin tahu, bagaimanakah Nabi SAW merapikan janggut Baginda pada zaman itu. Tun bertanya dengan rasa ingin tahu (curious) bagaimana Nabi SAW dan para sahabat bercukur (merapikan) janggut pada zaman itu. Menurut Tun zaman itu tak dak pisau cukur apatah Gillette. Persoalan Tun jugak berkisar pada bagaimana umat pada zaman untuk bercukur sedangkan air adalah terhad. Itu sebenarnya yang ditanya oleh Tun pada ketika itu. Tun sebenarnya amat bersyukur dengan kemudahan yang  ada pada hari ini untuk bercukur.

5. Bagi yang kurang arif pasal Tun Mahathir, secara genetiknya Ayahanda kepada Tun Mahathir berasal dari keturunan India Muslim. Automatisnya mestilah berjanggut dan berbulu lebat.


Tun Mahathir suatu ketika dulu. Zaman dia berkhidmat di Hospital Alor Setar. Tengah Houseman ship lagi kot time ni. Sampai tak dan nak cukur janggut. Inilah pokok perbualan Tun pada hari tersebut.  Handsome juga Tun Mahathir dengan wajah begini......


6. Perbualan ini menjadi topic utama pada pagi itu. Dan apabila perkara ini disampaikan secara mulut ke mulut dan lebih-lebih lagi kepada penganut agama PAS, depa ni telah memfitnah kata-kata Tun sebagai Tun menghina Nabi SAW seperti berikut:


"Sapa tau janggut Nabi macam mana? Sapa biasa tengok janggut nabi, ada gambar?  Kita tak tau. Ada pulak yang kata janggut mesti sampai ke pusat. Ada yangspecial sikit macam tu! (ketawa). Apakah kita nak jadikan ini ukuran agama Islam kerana kita berjanggut maka kita Islam. Kononnya Sunnah Nabi. Kita tak tau. Kita tak tau sebenarnya macam mana janggut dia (Nabi) (menahan ketawa). Di zaman itu nak cukur pun mudah ke? Dia bukan ada Gillette. Zaman nabi ada Gillette ke, tak dak. Pisau cukur pun tak dak masa tu. Jadi masalah macam mana nak cukur masa tu. Lepas itu, dia berjalan sana sini naik unta. Bukan nak dapat air banyak...(di) padang pasir".(Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997).

Nauzubillahiminzalik......
7. Firman Allah SWT

"Sesungguhnya seseorang itu terkadang bercakap dengan satu percakapan dengan tujuan supaya orang lain menjadi tertawa dari sebab percakapannya itu. Dia tidak menyangka bahawa perkataannya itu akan menyebabkan dirinya dihumbankan ke dalam api neraka selama tujuh pulluh tahun." (Hadis riwayat At Tirmizi daripada Abu Hurairah R.A)

"..dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima tobat lagi Maha Penyayang." - Al Hujurat 49:12

"Pada hari itu(hari kiamat), akan bersaksilah ke atas kamu oleh segala lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan(didunia dahulu)."
An Nur 24:24

"Sesungguhnya orang yang mendengar (seseorang yang mengumpat orang lain) adalah bersekutu (didalam dosa) dengan orang yang berkata itu. Dan dia juga dikira salah seorang daripada dua orang yang mengumpat itu"

"Tiga perkara apabila ada pada seseorang itu maka ia adalah munafiq (munafiq amal, bukan munafiq aqidah) walaupon ia berpuasa dan sembahyang. Ialah orang yang apabila bercakap ia berbohong, apabila berjanji ia mungkiri dan apabila ia diamanahkan sesuatu ia akan khianat"

"Sesiapa yang sanggup meninggalkan pertengkaran sedangkan ia adalah dipihak yang salah, Allah akan membina untuknya sebuah rumah ditepi Syurga. Dan barang siapa yang sanggup meninggalkan bertengkar sedangkan ia berada di pihak yang benar, Allah akan membina untuknya sebuah rumah ditempat yang tinggi didalam Syurga."

"Maka janganlah kamu menganggap dirimu bersih, sebenarnya Allah lebih mengetahui siapakah orang yang lebih bertaqwa kepadaNya." - An Najm 53:32

8. Seperti mana yang kita semua maklum, fitnah itu adalah mainan PAS, adu domba itu mainan Pakatan Rakyat. Ini semua adalah fitnah PAS yang TERBESAR terhadap Tun Dr Mahathir. Adalah menjadi kewajipan kepada kita untuk menyebarkannya kepada seluruh rakyat Malaysia... Insyaallah...


* dah jelas kan sekarang..... Tun tak pernah keluarkan statement yang tak wajar, apatah lagi dalam bentuk penghinaan...


Wednesday, 12 September 2012

Adoiyai.. Kata hebat...Sembang bagi orang bimbang.... Penakut rupanya si Khalid Gagap nih....


Khalid Ibrahim tak hadir debat



KUALA LUMPUR 12 Sept. - Debat terbuka antara Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong dengan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sepatutnya menjadi medan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor menjelaskan skandal Talam Corporation Berhad (Talam) tidak menjadi kenyataan kerana Menteri Besar itu tidak hadir.

Walaupun debat itu diadakan di Pusat Belia Antarabangsa (IYC) yang terletak di Bandar Tun Razak iaitu kawasan Parlimen yang diwakili Abdul Khalid sendiri, Menteri Besar berkenaan dilaporkan berada di Bangkok, Thailand meskipun sedia maklum mengenai debat tersebut.

Beliau juga seolah-olah memandang remeh isu penyelewengan hutang Talam berjumlah RM1 billion apabila hanya menghantar Setiausaha Politiknya Faekah Hussin; Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua; Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Zulkefly Ahmad dan Ahli Parlimen Selayang, William Leong sebagai Wakil.

Keadaan itu memaksa Tee Yong berhujah bersendirian demi tidak menghampakan kira-kira 1,000 pengunjung yang hadir mendengar penjelasan sebenar berhubung skandal tersebut serta kegagalan kerajaan PKR Selangor mendedahkan kertas putih mengenai hutang Talam sebagaimana dijanjikan.


Menurut Tee Yong, kegagalan Abdul Khalid hadir membuktikan Menteri Besar itu takut berdepan pembongkaran yang bakal dibuat MCA kerana beliau tahu segala pendedahan mengenai skandal tersebut yang dibuat secara bersiri sebelum ini adalah benar.

"Walaupun diberitahu debat ini dilakukan di kawasan beliau, tetapi Abdul Khalid tetap takut untuk tampil berdepan dengan fakta dan pembongkaran yang bakal kami buat.

"Semua ini bukti jelas Abdul Khalid hanya pandai bercakap sahaja tetapi takut berdepan dengan rakyat", katanya.

Dalam pada itu, pihak penganjur terpaksa menolak semua wakil yang dihantar oleh Abdul Khalid kerana keempat-empat pemimpin pembangkang tersebut tidak mempunyai kredibiliti untuk membuat sebarang keputusan berhubung perjalanan kerajaan negeri memandangkan tidak berada dalam kepimpinan kerajaan PKR Selangor.

Terdahulu, kekecohan berlaku di luar dewan IYC antara kedua-dua penyokong MCA dan pembangkang sehingga memaksa polis campur tangan dan menahan tiga individu berana disyaki membawa senjata berupa besi.

Dalam pada itu, Tony menuduh Tee Yong bukan berniat mendedahkan fakta, tetapi sebenarnya mahu menggunakan kesempatan pada debat tersebut ungtuk menipu rakyat.

Malah, beliau turut mendakwa Timbalan Menteri Pertanian dan Asas Tani itu tidak layak berdebat dengan Abdul Khalid.

Sementara itu, Faekah pula terus mencabar Tee Yong mengemukakan bukti mengenai penyelewangan berkenaan walaupun pelbagai fakta sudah didedahkan Ketua Biro Profesional Muda MCA itu sejak Julai lalu.

Namun ketika ditanya pemberita mengapa Abdul Khalid tidak hadir dan memilih untuk berada di Bangkok, Faekah bagaimanapun enggan mengulas.

* nampak sangat pengecut. Kata hebat sangat.....Sembang kasi orang bimbang....










Elok la PAS keluar. Tak rugi apa pun.....


PAS DIDESAK KELUAR PAKATAN PEMBANGKANG!



INSIDEN terbaru di Majlis Hari Raya anjuran Muslimah PAS baru-baru ini yang mengasingkan tetamu lelaki dengan tetamu perempuan telah mendapat Kritik Besar daripada PengAnti Islam DAP, Encik Karpal Singh.

Kata Karpal Singh mengulas kejadian tersebut, "ia menunjukkan Pas telah cuba impliment dan cuba untuk laksanakan Hudud Pas tanpa Kelulusan Pakatan Republik".

Karpal Singh mendesak supaya Pas tidak tunggu lama di dalam Pakatan Republik, dan mendesak supaya Pas segera keluar dari Pakatan Republik.

Mengulas Desakan Karpal Singh, Muslimah Pas berkata mereka akan tetap dengan pendirian mereka bahawa mengasingkan lelaki dan wanita dalam sebarang majlis.

*So, masih nak join jugak ke? Karpal si Lumpuh tu dah terang2 halau korang keluar. Tunggu apa lagi, Blah la dari Pakatan.....


Tuesday, 11 September 2012

Nenek umur 108 tahun pun nak mengundi, korang bila lagi? Malu la sikit babe.....

Nenek 108 tahun minta PM bubar Parlimen segera


Halimah memperkatakan sesuatu kepada Pengarah Strategik Umno Terengganu, Datuk Rosli Mat Hassan di rumahnya di Kampung Paya Balai Besar, Dungun.


DUNGUN – Seorang wanita berusia 108 tahun meminta Datuk Seri Najib Tun Razak supaya segera bubarkan Parlimen bagi membolehkan dia mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Halimah Muda, penduduk Rantau Abang di sini berkata, dia bimbang jika Perdana Menteri lewat mengadakan pilihan raya, dia mungkin terlepas peluang untuk mengundi.


"Nenek sudah tua. Sudah 108 tahun. Bila ALLAH nak ambil umur pun kita tak tahu. Tapi apabila dalam umur macam ini, biasanya sudah tak lama. Kerana tu, nenek harap sangat dapat mengundi, mungkin untuk kali penghabisan," katanya.

Halimah, yang dilahirkan pada 1904 mempunyai 12 anak, berpuluh-puluh cucu dan cicit itu berkata, dia tidak ingat bila dia mula mengundi.

"Yang nenek ingat, sudah lebih daripada 10 kali (undi). Pendek kata, setiap kali ada pilihan raya sejak muda dulu, nenek tak pernah ketinggalan," katanya.

Meskipun matanya kabur dan sering sakit, Halimah masih tetap bersemangat untuk keluar mengundi pada pilihan raya akan datang.

"Sejak dulu lagi, kalau tak dapat berjalan ke tempat mengundi, ada kereta datang ambil di rumah. Yang penting, nenek tahu di mana tempat nak pangkah. Kertas undi masih boleh nampak," katanya.

Halimah dikesan Umno Bahagian Dungun melalui semakan daftar pemilih dengan kerjasama Sekretariat Teknologi Maklumat Daftar Pemilih Umno Negeri.


Dia menarik perhatian kerana bakal menjadi pengundi tertua di kawasan Parlimen Dungun dan besar mungkin, yang tertua di Malaysia.

* so, kekawan yg belum daftar sebagai pemilih, bila lg nak daftar? rugi wo... nenek ni pun nak mengundi, x kan la korang x nak mengundi. malu la babe...

Panas... Panas.....

Sekarang PR Dalam Proses Nak Gadai Negara... 
X Percaya???


Bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan, Roslan Kassim memberi bukti hubungan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan penyangak matawang Yahudi, George Soros melalui pertemuan di Vancouver, Kanada dalam mesyuarat ICG (International Crisis Group) pada tahun 2007.
“Kalau tak silap, sekitar tahun 1999, ketika mereka (PKR) hendak mencari dana bagi menghadapi PRU ke-10, Wan Azizah dan Tian Chua, disertai bersama Elizabeth Wong di mana mereka bertemu dengan George Soros untuk mendapatkan bantuan dana.
“Dan saya yakin pertemuan dan hubungan dengan George Soros ini masih berterusan hingga ke hari ini, buktinya apabila Anwar keluar daripada penjara pada bulan mac 2007, Anwar sendiri menghadiri satu persidangan di Vancouver, Kanada, persidangan ICG..International Crisis Group.. yang ditaja oleh Geoge Soros.
“Anwar hadir, Anwar sendiri terlibat sama menandatangani satu memorandum meminta negara-negara Arab supaya menjalinkan hubungan diplomatik secara rasmi (dengan Israel),”katanya.
Persidangan ICG Vancouver
Menurut kenyataan media ICG 26 Mac 2007 di Vancouver mencatatkan Anwar Ibrahim merupakan salah seorang anggota ICG yang bersetuju dengan resolusi ‘two state solution’ mengiktiraf Negara Israel dan Palestin yang merdeka sebagai penyelesaian konflik Israel/Palestin di Timur Tengah.
“Mengesa dunia Islam membuka diplomatik dengan negara Israel, termasuk membuat lawatan ke negara tersebut,”begitulah resolusi ICG.
Wartawan veteran Dateline Australia, George Negus menlaporkan secara khusus tokoh-tokoh penting yang terlibat dalam mesyuarat ICG itu.
“Lembaga ICG (yang dipengerusikan Gareth Evans) dianggotai penggerak dan penggoncang dunia yang berprofil tinggi seperti jutawan dermawan George Soros; tokoh empat bintang, jeneral Wesley Clark; bekas gabenor British di Hong Kong, Chris Patten; bekas Presiden Chile, Ricardo Largos; bekas Perdana Menteri Kanada, Kim Campbell; Bekas Perdana Menteri Belanda, Win Kok. Dan bekas ‘anak emas’ politik Malaysia, yang baru keluar dari penjara, Anwar Ibrahim,” lapor wartawan Dateline.
Wartawan Australia itu turut memasukkan nama Shlomo Ben Ami, bekas Menteri Luar Israel sebagai anggota ICG.
“Apa yang perlu kita capai adalah satu penyelesaian politik di peringkat antarabangsa untuk mendapatkan pengesahan sempadan antara Israel dan dunia Arab. Adakah keamanan di seluruh Timur Tengah dijaga sepenuhnya ? Saya tidak percaya perkara itu kerana terdapat banyak masalah-masalah lain. Anda perlu berfikir dari segi kestabilan rejim, integrasi rakyat jelata, persoalan demokrasi,” kata bekas Menteri Luar Israel.
Sebagai anggota ICG pandangan bekas Menteri Luar Israel itu hampir senada dengan Anwar Ibrahim, apabila Wall Street Journal (WSJ), 26 Jan melaporkan Anwar berkata, “Saya menyokong semua usaha untuk menjaga keselamatan negara Israel”.
ICG Tajaan Soros
Menurut wikipedia ICG, badan ditubuhkan pada tahun 1995, oleh tokoh-tokoh Zionis Amerika Syarikat iaitu Mark Malloch Brown, (ketika itu) Naib Presiden Bank Dunia dan Morton Abramowitz, bekas Penolong Setiausaha Negara Amerika Syarikat.
“Malloch Brown adalah individu yang berkait rapat dengan jutawan spekulator George Soros. Bekerja untuk Pelarian Antarabangsa, dia adalah Penasihat Soros Untuk Jawatankuasa Bosnia pada 1993-1994, satu jawatankuasa yang dibentuk oleh George Soros.
“Beliau telah lama memelihara hubungan yang baik dengan Soros, dan menyewa sebuah apartmen dimiliki oleh Soros semasa bekerja di New York untuk tugasan PBB.
“Pada Mei 2007, Malloch Brown dinamakan naib pengerusi Soros Fund Management dan Open Society Institute, dua organisasi Soros yang penting,” lapor wikipedia berkenaan salah seorang latar belakang pengasas ICG.
Ketika ICG ditubuhkan oleh Mark Mallock Brown yang ketika itu bertugas di Bank Dunia, Anwar yang ketika itu adalah Menteri Kewangan Malaysia.
Zionis pertama yang merekrut Anwar di Bank Dunia adalah bos kepada Mallock Brown iaitu James Wolfensohn yang telah melantik Anwar sebagai ‘Chairman of the bank’s development committee, World Bank/IMF.
Seorang lagi pengasas ICG, Morton Abramowitz juga merupakan proksi Soros dan salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Open Society Institute.
Menurut Discover The Networks, Soros melalui yayasannya ‘Open Society Institute’ telah menaja lebih daripada 50 NGO dan badan-badan yang berkaitan dengan badan pemikir dan hak asasi manusia di antaranya; Amnesty International, Human Right Watch, Brooking Institutions, International Crisis Group, Independet Media Center dan Media Fund.
Kumpulan badan-badan dan NGO di atas menurut akhbar Roll Call, adalah satu ‘kumpulan liberal’ tajaan Soros yang dipanggil ‘Majority Action’ atau ‘kumpulan 527′, iaitu satu kumpulan pendesak politik untuk menekan tokoh-tokoh politik atau parti yang tidak disukainya.
“Sebahagian dari kekayaannya, yang dianggarkan berjumlah $7 bilion, telah disalurkan kepada kumpulan pejuang hak gay (homoseksual), pengguguran bayi, penyalahgunaan dadah secara haram dan hak untuk pelacur”, lapor laman web aim.org.
Masih tak percaya? baca surat dibawah ni....



so, korang dah baca surat ni kan? Masih x percaya lagi? ok terserah.. Jangan nanti benda ni benar2 berlaku baru you all nak percaya.. ....



Monday, 10 September 2012

Kan dah kantoi.....


TERBARU !! PISTOL BODYGUARD ANWAR MILIK SEORANG DATO' ?!! NAMA PEMILIK D DEDAHKAN !!


Makluman d terima sebentar tadi menyatakan nama pengawal peribadi Anwar bernama Harizal Bin Zahid.Harizal adalah pengawal peribadi berkerja dengan syarikat Riswan Security Enterprise yang beralamat di Wisma Mutiara Jalan Sungai Besi Kuala Lumpur.memang benar Harizal telah mengeluarkan pistol dengan alasan untuk mempertahankan Anwar dari dicederakan.

Akan tetapi patutkah tindakan beliau mengeluarkan pistol sedangkan rombongan Anwar berada didalam Bas dan pintu bas masih tertutup dan masih didalam keadaan yang boleh dianggap selamat serta tindakan Harizal itu nampak seperti tindakan membuta tuli dan tidak beretika dalam menjalankan tugasnya sebagai pegawal peribadi.Jika Anwar berada dikeadaan yang terbuka tindakanya boleh diterima akal dengan mengeluarkan pistol.

Saksi kejadian tersebut adalah seorang Polis dan Harizal telah ditahan dan selepas diambil keterangan beliau telah dilepaskan manakala pistol tersebut telah dirampas oleh polis dan masih lagi berada didalam simpanan Polis.MKP dimaklumkan bahawa pistol berkenaan di daftarkan diatas nama Dato' Sallehuddin Bin Haji Kasim...
Sehingga kini masih belum dapat dipastikan bahawa Dato Sallehuddin adalah pemilik syarikat keselamatan berkenaan.Kemungkinan jugak Dato' Sallehuddin ini adalah penyokong tegar Anwar atau sekadar menjalankan perniagaan hanya mencari makan.
Belum pun menjadi Perdana Menteri, Anwar Ibrahim sudah mempunyai "bodyguard" yang mengacukan senjata kepada Rakyat. Cuba perhatikan sewaktu Perdana Menteri DS Najib dihalang dan diserbu oleh 16 orang penyokong pembangkang termasuk 6 orang ahli AMK keadilan sewaktu di stesen KL sentral Julai tahun lepas, pengawal keselamatan DS Najib bersama-sama Unit Tindakan Khas (UTK) kelihatan "cool" dan bersahaja sahaja. 

* belum jadi Perdana Menteri, udah bodyguardnya berani acu pistol. kalau dah jadi Perdana Menteri agaknya, membunuh dikhalayak ramai pun berani kot. silap haribulan, terlanggar bahu pun on the spot je tembak....



Pergh.. Patut la beriya sokong Yahudi... Rupanya dah lama bertapak kat Penang........


KEWUJUDAN MASYARAKAT YAHUDI DI MALAYSIA


Aku seperti ingin mengetahui adakah masyarakat Yahudi tinggal di Malaysia. Hasil dari perasaan ingin tahu tersebut dan pencarian maklumat di beberapa kedai-kedai buku dan juga di Internet, aku telah mendapat maklumat yang terang lagikan bersuluh. Kebetulan pulak masa Raya Aidilfitri yg lalu, aku balik ke Penang. Then meronda satu Penang,  rupanyanya memang ada masyarakat Yahudi yang tinggal di Malaysia! Di sini, aku coretkan sedikit maklumat tentang sejarah kewujudan masyarakat Yahudi di Malaysia. Ingin aku tegaskan bahawa entri-entri itu bukan untuk menyanjung mereka tetapi sebagai info kepada kekawan semua  di luar sana untuk menegenali mereka, sikap mereka, dan siapa mereka itu) Sesunggunya Yahudi adalah kaum yang laknat! (Bagi mereka yang mengamalkan ajaran Zionisme). KALAU ADA TERSALAH INFO, SILA MAKLUM KEMBALI PADA AKU. Aku hanyalah insan yang lemah!

Orang Yahudi Malaysia adalah sebuah istilah yang dirujukkan pada orang Yahudi yang tinggal di Malaysia, atau yang berasal dari negara itu. Mereka kebanyakannya tinggal di negeri Pulau Pinang, tetapi mereka dapat dijumpa di tempat-tempat lain di negara ini, khususnya di Kuala Lumpur dan Melaka. Orang Yahudi Malaysia kebanyakannya dari Yahudi Timur (kebanyakan mereka adalah Yahudi Baghdad), dengan yang lainnya Yahudi Eropah (Yahudi Ashkenazi) dan kemungkinan Yahudi Cina, yang melarikan diri dari Kaifeng, China, sewaktu pengambil alihan Komunis pada tanah besar China dari Chin Nasionalist pada 1949.(Silap haribulan LGE dan sewaktu dengannya pun tergolong dalam kaum ni kot..)

Perhubungan pertama antara masyarakat Yahudi dan masyarakat di Malaya (yang kemudiannya dikenali sebagai Malaysia) bermula di sekitar kurun ke 9 yang bermula di Lembah Bujang dan kemudiannya pada kurun ke 18 di Bazaar Kosmopolitan di Malaka. Kemunculan Yahudi Baghdad di Penang kemungkinan besar berlaku adalah disebabkan kemajuan perniagaan dan perdangangan yang diuruskan oleh British pada sekitar kurun ke 19. Keadaan ini telah mempengaruhi saudagar-saudagar Yahudi seperti Sassoons dan Meyers dari India. Ada juga yang mengatakan terdapat penghijrahan secara beramai-ramai pada skala yang besar Yahudi dari Empayar Uthmaniah dari Provinis Baghdad ketika pemerintahan Daud Pasha dari tahun 1817-1831.

Yahudi yang pertama telah tiba dan mendiami Malaya adalah Ezekiel Aaron Menasseh. Beliau telah berhijrah dari Baghdad dan tiba di Malaya pada tahun 1895. Menurut sumber, Manasseh mengamalkan kehidupan dan budaya Yahudi selama 30 tahun sehingga selepas Perang Dunia Yang Pertama. Ketika itu, bilangan populasi masyarakat Yahudi yang berhijrah dan mendiami Malaya semakin meningkat.  Ketika Jepun menyerang Malaya, masyarakat Yahudi telah dipindahkan ke Singapura dan sebilangan telah dibunuh dan dikebumikan ketika pendudukan Jepun di Malaya dan Singapura. Selepas penjajahan Jepun, majoriti masyarakat Yahudi Malaya telah berhijrah ke Singapura, Australia, Israel dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1963 hanya terdapat sekitar 20 keluarga yang tinggal di Malaysia.

Rumah ibadat Yahudi (Synagogue) di Penang terletak di Jalan Nagore telah ditutup pada tahun 1976. Penutupan ini adalah disebabkan masyarakat Yahudi yang pada ketika itu tidak dapat melakukan ibadat Minyan, di mana terdapat seramai 10 orang lelaki berkumpul untuk beribadat secara beramai-ramai.  Kini, dianggarkan terdapat 100 orang Yahudi di Malaysia dan kebanyakkan mereka adalah pelarian dari Russia. Kebanyakkan dari mereka telah berhijrah ke negara lain disebabkan oleh semangat Anti-Semetik yang kuat dan polisi anti-israel yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia yang bermula sejak tahun 1970.

Jalan Yahudi (Jew Road) di Penang dimana terdapat majoriti masyarakat Yahudi yang mendiami kawasan tersebut telah ditukarkan nama kepada Jalan Zainal Abidin. Keadaan ini telah menyebabkan entiti Yahudi yang ada hilang. Kini legasi yang tinggal dari masyarkat Yahudi di Malaysia hanya Tanah Perkuburan Yahudi dan Rumah Ibadat Synagoggue yang tidak digunakan lagi.

Keturunan masyarakat Yahudi Malaysia yang tinggal kini menetap di Singapura, Australia, Kanada, New Zealand, United Kingdom dan Amerika Syarikat (terutamanya di New York) dan bilangan populasi mereka sehingga kini tidak diketahui. Majoriti masyarakat Yahudi Malaysia berkomunikasi di dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan juga ada juga yang boleh berkomunikasi di dalam bahasa Yiddish, Parsi, Hebrew dan juga Bahasa Arab.

Tanah Perkuburan Yahudi di Penang telah diwujudkan pada tahun 1805 dan adalah dipercayai merupakan tanah perkuburan Yahudi yang tertua di Malaysia. Ianya berukuran 38,087 kaki persegi dan terletak di Jalan Zainal Abidin (sebelum ini dikenali sebagai Jalan Yahudi). Jalan ini merupak jalan kecil yang terletak di antara Jalan Burmah dan Jalan Macalister di Geroge Town. Kubur tertua bertarikh 9 Julai 1805 yang juga dipercayai kubur tertua di Tanah Perkuburan Yahudi itu. Kubur yang dimiliki oleh Puan Shoshan Levi. Dianggarkan terdapat 106 buah kubur dan kubur yang paling baru dibina adalah pada tahun 1978. Boleh dikatakan, tanah perkuburan ini dibina khusus untuk maysarakat Yahudi di sini. Walllahu’ A lam.
**** dengan info yg aku bagi ni, rasanya dah jelas bahawa Orang Yahudi ni rupanya memang ada kat negara kita ni. so, bila difikirkan balik, patut la DSAI, LGE Karpal Singh dan sewaktu dengannya beriya-iya menyokong Yahudi. Rupanya memang kaum Yahudi memang pernah menetap di Malaysia. kat Penang lak tu. N no wonder la depa dok nak sapu bersih Orang Melayu kat Penang n keluarkan arahan supaya azan diperlahankan. 
So, fikir2kanlah wahai kekawan semua.........