Khalid Ibrahim tak hadir debat
KUALA LUMPUR 12 Sept. - Debat terbuka antara Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong dengan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sepatutnya menjadi medan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor menjelaskan skandal Talam Corporation Berhad (Talam) tidak menjadi kenyataan kerana Menteri Besar itu tidak hadir.
Walaupun debat itu diadakan di Pusat Belia Antarabangsa (IYC) yang terletak di Bandar Tun Razak iaitu kawasan Parlimen yang diwakili Abdul Khalid sendiri, Menteri Besar berkenaan dilaporkan berada di Bangkok, Thailand meskipun sedia maklum mengenai debat tersebut.
Beliau juga seolah-olah memandang remeh isu penyelewengan hutang Talam berjumlah RM1 billion apabila hanya menghantar Setiausaha Politiknya Faekah Hussin; Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua; Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Zulkefly Ahmad dan Ahli Parlimen Selayang, William Leong sebagai Wakil.
Keadaan itu memaksa Tee Yong berhujah bersendirian demi tidak menghampakan kira-kira 1,000 pengunjung yang hadir mendengar penjelasan sebenar berhubung skandal tersebut serta kegagalan kerajaan PKR Selangor mendedahkan kertas putih mengenai hutang Talam sebagaimana dijanjikan.
Menurut Tee Yong, kegagalan Abdul Khalid hadir membuktikan Menteri Besar itu takut berdepan pembongkaran yang bakal dibuat MCA kerana beliau tahu segala pendedahan mengenai skandal tersebut yang dibuat secara bersiri sebelum ini adalah benar.
"Walaupun diberitahu debat ini dilakukan di kawasan beliau, tetapi Abdul Khalid tetap takut untuk tampil berdepan dengan fakta dan pembongkaran yang bakal kami buat.
"Semua ini bukti jelas Abdul Khalid hanya pandai bercakap sahaja tetapi takut berdepan dengan rakyat", katanya.
Dalam pada itu, pihak penganjur terpaksa menolak semua wakil yang dihantar oleh Abdul Khalid kerana keempat-empat pemimpin pembangkang tersebut tidak mempunyai kredibiliti untuk membuat sebarang keputusan berhubung perjalanan kerajaan negeri memandangkan tidak berada dalam kepimpinan kerajaan PKR Selangor.
Terdahulu, kekecohan berlaku di luar dewan IYC antara kedua-dua penyokong MCA dan pembangkang sehingga memaksa polis campur tangan dan menahan tiga individu berana disyaki membawa senjata berupa besi.
Dalam pada itu, Tony menuduh Tee Yong bukan berniat mendedahkan fakta, tetapi sebenarnya mahu menggunakan kesempatan pada debat tersebut ungtuk menipu rakyat.
Malah, beliau turut mendakwa Timbalan Menteri Pertanian dan Asas Tani itu tidak layak berdebat dengan Abdul Khalid.
Sementara itu, Faekah pula terus mencabar Tee Yong mengemukakan bukti mengenai penyelewangan berkenaan walaupun pelbagai fakta sudah didedahkan Ketua Biro Profesional Muda MCA itu sejak Julai lalu.
Namun ketika ditanya pemberita mengapa Abdul Khalid tidak hadir dan memilih untuk berada di Bangkok, Faekah bagaimanapun enggan mengulas.
* nampak sangat pengecut. Kata hebat sangat.....Sembang kasi orang bimbang....
No comments:
Post a Comment