Ketika
umat Islam di Negara ini dan seluruh dunia berang dengan filem pendek,
Innocence of Islam dan karikatur majalah Charlie Hebdo yang menghina
agama Islam dan Nabi Muhammad SAW, pemimpin pembangkang khususnya PKR
hanya berdiam diri.
EXCO
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dato’ Sohaimi Shahadan mempersoalkan
ke mana perginya pemimpin-pemimpin PKR seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim,
Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail, Saifuddin Nasution, Rafizi Ramli dan
sebagainya yang sebelum ini dilihat lantang bersuara menghentam pemimpin
Barisan Nasional (BN), langsung tidak kedengaran dalam mempertahankan
Rasulullah yang dicerca oleh musuh agama.
“Sepatutnya
mereka juga bangkit dengan mengutuk perbuatan penulis dan pengarah
filem tersebut, Sam Bacile yang mengundang kemarahan umat Islam di
seluruh dunia dan menyebabkan Duta Amerika di Syria terbunuh.
Apakah sikap membisu pemimpin PKR ini kerana takut dengan tekanan Amerika
Syarikat dan sekutunya yang selama ini membiayai kewangan dan menyokong perjuangan politik mereka di negara ini?
Malah
mereka juga langsung tidak memberi sebarang respons terhadap kenyataan
Pengerusi DAP Perak yang juga Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham yang
mengganggap bantahan umat Islam terhadap filem tersebut sebagai membuang
masa dan tenaga,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.
Tambahnya,
kenyataan Ngeh Koo Ham itu yang dibuat melalui Twitter – walaupun sudah
meminta maaf – menggambarkan sikapnya yang tidak sensitif dan tidak
menghormati Islam. Lebih dikesali, beliau dengan mudah meminta maaf
selepas menyinggung perasaan umat Islam.
“Sebagai
pemimpin, Ngeh Koo Ham sepatutnya perlu lebih berhati-hati dalam
mengeluarkan kenyataan terutama berhubungan sensitif agama dan perlu
mengambil iktibar daripada kejadian tersebut.
Seperti
kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada masa inilah kita
perlu bersatu dan bersama-sama dalam mempertahankan Islam dan
Rasulullah SAW tanpa mengira fahaman politik kepartian.
Isu
ini juga perlu menjadi pengajaran kepada semua ahli politik khususnya
pembangkang dan pemimpin bukan kerajaan (NGO) agar saling
hormat-menghormati adat dan agama kaum-kaum lain di negara ini. Hentikan
sebarang provokasi melampau agar keharmonian negara dapat dikekalkan
sampai bila-bila,” ujarnya yang juga Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat
Selangor (GPRS). - GPRS
No comments:
Post a Comment