Monday 24 September 2012

Nak cover la tu...

Hot!!! Berita Yang Tidak Disiarkan Di Malaysiakini!!!



IPOH 23 Sept. - Konvensyen DAP Perak Ke-17 yang berlangsung hari ini 'panas' apabila beberapa perwakilan secara terbuka mengkritik cara kepimpinan Pengerusi DAP negeri, Datuk Ngeh Koo Ham yang didakwa mencetuskan perpecahan yang serius dalam parti itu. Perjalanan konvensyen yang mulanya tenang bertukar tegang apabila beberapa perwakilan bangkit mengkritik kepimpinan Koo Ham termasuk mempertikaikan tindakan pemimpin itu mempersoalkan protes umat Islam terhadap filem Innocence of Muslims baru-baru ini. Suasana panas bermula apabila Pengerusi Cawangan Lumut, Kong Ying Hwa bangkit dan mendakwa Koo Ham menggunakan akhbar bahasa Cina untuk mengkritik ahli parti itu.

Koo Ham yang dilihat terkejut dengan keadaan itu sekali lagi menerima tamparan apabila Pengerusi Cawangan Desa Manjung, Solaiman O. P. Syed Ibrahim pula bangkit mempersoalkan kepimpinannya yang didakwa menggunakan media untuk kepentingan politik. ''Kepimpinan parti tidak sepatutnya memecah-belahkan perpaduan parti hanya kerana mereka menganjurkan majlis makan malam untuk mengutip dana," kata Solaiman. Ying Hwa dan Solaiman merujuk keputusan DAP negeri mengheret tiga cawangannya di Manjung iaitu Desa Manjung, Lumut dan Kampung Acheh Baru ke Jawatankuasa Disiplin parti kerana menganjurkan majlis makan malam tanpa kebenaran.

Pada satu ketika, keadaan tegang memaksa Pengerusi Konvensyen, Ng Wei Aik mencelah sambil cuba menenangkan keadaan dengan meminta mereka yang terlibat hanya berbahas mengenai isu nasional dan negeri, manakala isu dalaman dibincangkan mengikut saluran parti yang lain. Bagaimanapun usahanya gagal apabila perwakilan terus mengkritik Koo Ham. Seorang perwakilan dari Taman Sejati, Sitiawan turut menjadikan konvensyen itu sebagai medan mengkritik Koo Ham kerana mempersoalkan tindakan umat Islam membantah filem Innocence of Muslims baru-baru ini. Perwakilan tersebut yang tidak memperkenalkan dirinya menyifatkan tindakan Koo Ham itu hanya merosakkan segala usaha selama ini untuk menarik minat orang bukan Cina menyertai DAP. Pengerusi DAP Cawangan Kampung Cina, Jason Lim pula mempersoalkan kelembapan kepimpinan parti untuk meluluskan penubuhan cawangan baru terutama di kawasan bukan 'kem' mereka. ''Mereka bertindak sengaja melewat-lewatkan kelulusan menubuhkan cawangan baru di kawasan yang dianggap bukan 'kem' mereka. Ini semua adalah taktik tidak adil menjelang pilihan raya umum," katanya

No comments:

Post a Comment