Saturday 8 September 2012

Serbu.. Jangan tak Serbu...


Penjaja tertindas 'serbu' majlis Hari Raya DAP


M. Balakrisnan mengadakan sidang akhbar selepas Abdul Malik Kassim enggan keluar untuk bersemuka pada majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran DAP di luar Balai Rakyat Jalan Patani Georgetown semalam. 

PULAU PINANG 5 Sept. - Berang dengan layanan acuh tidak acuh Kerajaan DAP Pulau Pinang terhadap mereka, sekumpulan penjaja di Padang Kota Lama nekad 'menyerbu' majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran DAP malam tadi.

Kira-kira 20 penjaja termasuk ahli keluarga mereka berhimpun di luar Balai Rakyat Jalan Patani di sini bermula pukul 8 malam sambil membawa kad-kad yang antaranya tertera perkataan 'Lim Guan Eng pembohong', 'Mana janji Lim Guan Eng nak tolong nasib peniaga?' dan 'Mana Exco Melayu? Mana janji PRU-12'.

Mereka turut berteriak memanggil Pengerusi Jawatankuasa Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Abdul Malik Kassim supaya keluar untuk bersemuka, namun beliau enggan berbuat demikian walaupun kereta beliau dihalang.

* so, amacam org Penang, hangpa nak sokong depa lg ka? Tu la. dah elok-elok BN memerintah, hangpa nak tukaq baru. La ni, apa dah jadi???????


2 comments: