Saturday 22 September 2012

BRAVO.... saman... jgn tak saman....


Penulis blog saman Kor Ming




IPOH 22 Sept. - Penulis blog, Ahmad Sofian Yahya memfailkan saman fitnah terhadap Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming kerana membuat kenyataan kononnya dia mengaku salah dan menarik balik samannya berhubung dakwaan salah guna kuasa pemimpin tersebut.

Saman tersebut difailkan melalui firma guaman Tetuan Norali & Co di Kaunter Pendaftaran Mahkamah Tinggi Ipoh, di sini semalam.

Dalam saman tersebut, Ahmad Sofian menuntut perintah injunksi mengarahkan Kor Ming menarik balik kenyataan yang berunsur fitnah di laman webnya dan menghalang beliau dan ejen-ejennya mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadapnya.

Dia juga menuntut ganti rugi am yang akan ditaksirkan mahkamah serta kenyataan permohonan maaf secara terbuka oleh Kor Ming di mahkamah. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment