Thursday 20 September 2012

Sasau agaknya dia nih...

HOT NEWS !!! USTAZAH ABBY AKUI BELIAU DAPAT HIDAYAH DARI PAS ???




Walaupun dunianya sebelum ini dikelilingi hiburan yang dianggap melekakan namun dia bersyukur kerana ALLAH SWT mencampakkan hidayah dalam hatinya.Itulah detik perubahan yang membawa dunia Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan ke arah dakwah keagamaan dan jauh meninggalkan popularitinya sebagai selebriti.

“Agama sentiasa ada dalam hati saya.Walaupun saya leka dalam dunia selebriti tetapi saya bersyukur ALLAH berikan hidayah dan memberi peluang saya berubah,” katanya ketika bercakap di hadapan kira-kira 100 penduduk dan penyokong Pas di Hulu Bernam.

Abby,35,dijemput oleh Pas Cawangan Berop,Tanjung Malim,Perak untuk berkongsi pengalaman hidupnya dan penghijrahannya ke dunia politik.

p/s: Berubah jadi baik tu memang bagus.. cuma yang tak bagusnya ialah anggap politik tu sebagai agama.. Itu maknanya berubah jadi lebih teruk.. bukannya lebih baik Abby oiii.

No comments:

Post a Comment