Sunday 23 September 2012

Jangan salah pilih.. nanti merasa SEUMUR HIDUP....

PRU-13: Jangan buat silap - Tunku Aziz

TUNKU Abdul Aziz Tunku Ibrahim (dua dari kanan) bersama Tan Chee Chong (kiri), Tan Tuan Tat dan Yap Kon Min di Forum The Day When We Were In DAP di Jalan Perak Georgetown, Pulau Pinang, semalam
.
PULAU PINANG 21 Sept. - Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim sedia menjelajah ke seluruh negara bagi membuka minda rakyat, khususnya penyokong pembangkang supaya membuat keputusan tepat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Menurutnya, beliau mahu pengundi membuat pilihan berdasarkan akal fikiran bukannya mengikut perasaan.

Ia kerana, jelasnya, PRU-13 sangat penting untuk Malaysia dan rakyat seharusnya membuat pilihan yang tepat demi masa depan mereka.

"Kita mahu rakyat dimaklumkan mengenai perkara sebenar supaya mereka dapat membuat keputusan tepat.

"Undi mereka sangat penting bagi menegakkan prinsipal demokrasi dan mereka tidak seharusnya membuat kesilapan.

"Kita hanya buat begini (pilihan raya umum) lima tahun sekali dan seharusnya perubahan yang dilakukan ini benar-benar mempunyai kredibiliti dengan mengundi calon mempunyai rekod cemerlang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah pada program The days when we were in DAP malam ini.

Kira-kira 1,000 orang memenuhi bangunan Leong See Kah Miew yang terletak di Jalan Perak di sini, iaitu tempat berlangsungnya program berkenaan.

Turut menyampaikan ceramah ialah tiga lagi bekas pemimpin DAP iaitu Tan Chee Chong, Tan Tuan Tat dan Yap Kon Min.

No comments:

Post a Comment