Monday, 24 September 2012

Wow... Gerek seh....

Jet Eksekutif Anwar Ditaja Seseorang? Baiknya Penaja Tu…



Anwar Pinjam Jet Macam Pinjam Kereta.. Ha..ha.. Lawak Paling Geli Di Abad Milenium

Berhari-hari juga Anwar Ibrahim berdiam diri cuba mengelakkan kontroversi termasuklah memboikot dari menghadiri himpunan membantah filem Innocence of Muslim, akhirnya Ketua Umum PKR itu terpaksa juga membuka mulut mengakui jet eksekutif yang dinaikinya telah ditaja oleh seseorang.

Semuanya gara-gara tindakan Naib Presiden PKR, Tian Chua memuat naik gambar secara ‘sengaja’ jet eksekutif yang dinaiki oleh ketuanya dan rombongan pemimpin pembangkang yang lain sewaktu mahu menghadiri majlis pembangkang di di Sabah & Sarawak tempohari.

Sebelum ini, Tian Chua dalam akhbar NST memberi tahu bahawa jet tersebut telah disewa. Cara Tian menjawab bunyinya seperti jet itu disewa oleh Anwar menggunakan duitnya sendiri.

Katanya lagi, jet jenis itu terlampau murah untuk disewa selanjutnya meminta NST memeriksa sendiri kos sewaan dengan syarikat yang memiliki jet tersebut.
Tian Chua argued that the private jet in which Anwar had flown last week was “quite cheap” to charter, but declined to be drawn into discussing important details such as costs and who had chartered the plane.
“You will have to check with the company which owns the jet (about that),” Tian Chua told the New Straits Times. NST, 24 September 2012
Anak Anwar, Nurul Izzah yang juga adalah Naib Presiden PKR dalam satu mesej tweetnya berkata, “apa isunya dengan perjalanan menaiki jet peribadi yang dipinjamkan oleh seorang rakan? Ia bukan kepunyaan kami, bukan dengan duit rakyat”. Bunyi jawapannya seperti angkuh dan sedikit tertekan barangkali.

Dan kini hanya berselang masa beberapa jam sahaja, Anwar pula mengeluarkan kenyataan bahawa jet eksekutif itu telah ditaja oleh seseorang. Kontradiks berbanding kenyataan awal dari Tian Chua dan sedikit sama dengan jawapan dari anak sulungnya. Berhari-hari memerah otak mencari alasan pun masih lagi berlawanan antara satu sama lain.
“Saya tak ada masalah (naik jet peribadi). Kalau ada ruang, saya nak pinjam lagi terutama dekat pilihan raya…saya nak pinjam,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen di sini, Isnin.
Mengulas lanjut mengenai peminjam jet peribadi itu, Anwar berkata beliau dihubungi individu berkenaan bagi mendapatkan persetujuan untuk menaja pakej perjalanannya dari Kuala Lumpur ke Sabah dan Sarawak.
“Rekod siapa punya jet itu ada pada DCA (Jabatan Penerbangan Awam). Jet itu berpangkalan di Kuala Lumpur.
“Saya dihubungi seseorang untuk diberikan kebenaran. Dia kata kalau ditanya (identiti pemilik jet) kata kawan tolong uruskan. Setakat itu sahaja yang saya boleh jawab. Macam kalau kereta saya rosak, saya minta tolong (pinjam) kereta kawan,” katanya. MyNewsHub & MStar Online, 24 September 2012
He..he.. pinjam jet peribadi, dia ibaratkan macam pinjam kereta. Apa mungkin Anwar sebenarnya pun memang dah ada sebiji jet agaknya, tapi rosak. Pandai Anwar mencari perumpamaan.

Jawapan dari mulut Anwar sebenarnya mengundang lebih banyak persoalan. Ramai yang nak tahu siapa yang bermurah hati menaja perjalanan pergi balik dari Malaysia Barat ke Timur untuk Anwar dan anggota rombongannya? Siapakah yang baik budi menyewakan jet untuk Anwar berkempen untuk kepentingan politik pembangkang?

Buat masa ini, hanya Anwar dan beberapa orang yang terdekat sahaja yang tahu gerangannya.Biasanya orang perseorangan yang mampu menaja, menyewa atau memiliki jet eksekutif tentulah seorang yang berduit banyak serta tentu sahaja memiliki perniagaan sendiri. Bukan calang-calang orang yang sanggup ‘meminjamkan’ kapalterbangnya untuk sehari suntuk mahupun berhari-hari.

Dalam salah satu akhbar, Anwar juga ada menjelaskan bahawa gambarnya bersama pemimpin pembangkang dalam jet eksekutif tersebut sengaja disebarkan untuk membuktikan ketelusannya. Betulkah? Telusnya dia.

Tapi pelik kenapa gambar tersebut tidak dimuat naik sejak awal lagi melalui twitter dan facebooknya, sebaliknya Tian Chua pula yang termuat naik dahulu.

Baru-baru ini pula kecoh apabila Anwar dapat bas mewah ‘percuma’ yang kemudian dijajanya ke seluruh negara. Tak silap, siap pakej bersama treler kot. Sekarang diberi dan ditaja secara ‘percuma’ pula sebuah jet peribadi. Agaknya selepas ini dapat pula sebijik kereta kebal percuma.

Teringat pula kisah Nik Aziz yang jadi MB Kelantan dah berpuluh tahun pernah dapat tajaan RM65,000.00 untuk ke Mekah. Nasib baik ditolaknya saat akhir itupun selepas SPRM tertarik untuk mengetahui lebih lanjut, kalau tak, tentu Nik Aziz dapat merasa kemudahan tempat tinggal percuma dalam istana berjeriji.

Seronok betul jadi Penasihat Ekonomi yang bergaji RM1.00, walau gajinya nampak kecil, tapi dapat merasa macam-macam kemudahan ‘percuma’. Bertuah Ahli Parlimen Lembah Pantai kerana menjadi anak kepada seorang bapa yang berselera besar seperti bas, nafsunya cuma sebesar treler dan sembang propaganda serta temberangnya sepantas jet peribadi saja.

Sebetulnya, dalam dunia sekarang amat jarang ada barangan atau perkhidmatan diberikan secara percuma, lebih-lebih lagi bila melibatkan orang politik. Kita pinjam kereta rakan-rakan untuk sehari suntuk pun kena hulur-hulur juga duitnya. Bukan begitu?

No comments:

Post a Comment