Saturday, 15 September 2012

Ayuh kita bangun dan tentang lahanat yang menghina Nabi Junjungan kita...


Filem kontroversi terus ditayang


Penganut Islam Bangladesh menunjukkan kasut mereka sebagai tanda menyatakan bantahan terhadap penyiaran filem Innocence of Muslims di hadapan Masjid Negara di Dhaka, Bangladesh, semalam. - Reuters

SAN FRANCISCO 14 Sept. - Pemilik YouTube, Google Inc menyatakan, pihaknya tidak akan mengeluarkan sedutan filem Innocence of Muslims daripada laman web perkongsian video itu, selepas ia mencetuskan tunjuk perasaan anti- Amerika Syarikat (AS) di seluruh dunia, minggu ini.

Sedutan filem arahan Sam Bacile, 52, dari California selama 14 minit itu menggambarkan Nabi Muhammad S.A.W pernah tidur dengan ramai wanita, mengisahkan pembunuhan kanak-kanak dan mendakwa keldai sebagai haiwan Islam pertama.

Dalam satu kenyataan kelmarin, Google secara rasmi menolak untuk menyekat sedutan filem terbabit, tetapi mengenakan sekatan ke atas penonton di Libya dan Mesir ekoran sensitiviti di kedua-dua negara tersebut.

"Filem tersebut berada dalam kawalan kami dan akan terus kekal disiarkan dalam YouTube kecuali di Libya dan Mesir," katanya.

Google dalam pada itu mengucapkan takziah kepada empat mangsa yang terkorban termasuk Duta AS ke Libya, Christopher Stevens yang ditembak mati dalam satu rusuhan di Benghazi pada Selasa lalu. Sehingga petang semalam, sedutan filem tersebut sudah ditonton lebih 122,000 kali.

Di bawah prosedur Google, mana-mana pengguna YouTube yang kurang selesa dengan isi kandungan sesebuah video itu boleh membuat bantahan dan diteliti pihak berkenaan.

Dalam perkembangan sama, Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton berkata, negaranya tidak berupaya bertindak terhadap pihak yang mencetuskan keganasan anti-Islam berhubung penyiaran filem berkenaan atas sebab kebebasan bersuara yang termaktub dalam Perlembagaan negara ini.

Clinton berkata, AS berpegang kepada kebebasan bersuara yang telah diamalkan sejak sekian lama dan pihak berkuasa tidak mampu menyekat rakyatnya daripada menyatakan pandangan mereka walaupun ia boleh mencetuskan kemarahan.

"Saya tahu adalah sukar bagi sesetengah orang untuk memahami mengapa kami tidak boleh menyekat video itu.

"Selain kebebasan bersuara, dunia yang semakin canggih menyebabkan kami mustahil untuk menyekatnya," katanya semalam.

Sementara itu di Amman, penerbit filem anti-Islam tersebut, Nakoula Basseley Nakoula mem beritahu yang dia tidak menyesal dengan filem itu.

"Tidak, saya tidak menyesal. Namun saya sedih di atas pembunuhan duta AS ke Libya," kata warganegara Mesir itu yang menetap di California kepada radio bahasa Arab AS, Radio Sawa.

"Saya adalah orang yang membo corkan dan menyiarkan filem berdurasi 14 minit itu di Internet dan saya sedang mempertimbangkan untuk menyiarkan versi penuh,'' katanya. - REUTERS/AFP

* Nilah salah satu agenda YAHUDI LAKNATULAH dalam nak menghancurkan umat Islam. So, kepada PAS dan PKR, nak sokong lagi ke DSAI yang dah terang2 sokong Yahudi? Fikirlah sendiri...



No comments:

Post a Comment