Wednesday 19 September 2012

Jom kita kecam dia ramai-ramai....


Puteri UMNO, Jati kecam kenyataan Ngeh Koo Ham



KUALA LUMPUR 19 Sept. - Pergerakan Puteri UMNO dan pertubuhan bukan kerajaan, Jalur Tiga (JATI) mengecam kenyataan Pengerusi DAP Perak,Datuk Ngeh Koo Ham dalam laman sosial twitternya yang mempertikaikan tindakan umat Islam membantah dan menentang filem "Innocence Of Muslims".

Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, tindakan Ngeh yang menyatakan bahawa umat Islam membuang masa kerana memprotes tayangan video dan filem tersebut sebagai biadab dan tidak sensitif terhadap perasaan umat Islam di negara ini.

"Di saat umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia merasa marah dengan penghinaan dalam filem tersebut, terlalu malang untuk seorang pemimpin di negara ini yang mengaku memperjuangkan nasib rakyat berbilang bangsa dan agama membuat kenyataan sebegitu rupa," kata Rosnah dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, kenyataan Ngeh itu juga memperlihatkan perangai sebenar pemimpin DAP yang tidak menghormati Islam selepas Pengerusi Kebangsaannya, Karpal Singh, menolak hukum hudud sebelum ini.
Menurut Rosnah lagi, lebih malang apabila tiada seorang pun pemimpin Pas bersuara terhadap kenyataan tersebut dan parti yang mengakui memperjuangkan Islam ini seolah-olah "reda" dengan apa sahaja kenyataan pemimpin DAP yang menghina agama Islam.

Sementara itu, Presiden JATI, Datuk Hasan Ali dalam satu kenyataan pula berkata, kenyataan Ngeh sebagai mencabar maruah dan kesabaran umat Islam di negara ini.

Hasan menyatakan rasa kesal terhadap pengerusi DAP Perak itu yang gagal menjaga sensitiviti umat Islam sedangkan beliau merupakan ahli politik yang dianggap senior di negara ini, apatah lagi DAP mempunyai pakatan dengan parti Pas.

"Ngeh pastinya sudah dapat membaca reaksi umat Islam yang sanggup mengorbankan nyawa demi mempertahankan kesucian agama Islam dan dalam konteks di negara ini ianya diterjemahkan melalui demontrasi dan ia juga diadakan di kebanyakan negara Islam yang lain," katanya.

Beliau juga melabelkan Pas sebagai parasit kerana hanya berdiam diri tanpa sebarang tindakan mahupun kenyataan berhubung isu tersebut.

No comments:

Post a Comment