Jangan biar negara diporak perandakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab- Kohilan Pillai
KUALA LUMPUR 16 Sept. - Rakyat negara ini diseru menolak golongan tertentu yang memasang niat untuk memporak perandakan negara demi kepentingan mereka sendiri.
Timbalan Menteri Luar, A. Kohilan Pillai berkata, kemakmuran akan lenyap sedikit demi sedikit sekiranya terdapat anasir jahat yang cuba memporakperandakan negara.
Malaysia adalah negara paling aman di Asia Tenggara dan menduduki tempat ke-17 di dunia. Sejak merdeka, kita masih hidup aman damai, para pemimpin kita bertungkus lumus memastikan rakyat mengecapi keamanan serta perpaduan sehingga hari ini.
Contohnya, baru-baru ini terdapat insiden dipercayai cuba menukar Jalur Gemilang yang kita sayangi malah terdapat beberapa orang yang bertindak kurang ajar memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada malam ambang kemerdekaan.
``Andainya terdapat golongan tertentu yang mahu menghancurkan keamanan negara, kita harus tentang mereka habis-habisan," katanya selepas merasmikan program Merdeka 1 Malaysia anjuran Sekolah Kebangsaan Puchong Utama 2 (SKPU 2) di sini hari ini.
* so, bila Timbalan Menteri Luar dah kata macam tu, kita pun kena la sama2 jaga keamanan negara. Kalau x jaga, lu orang nak ke jadi mcm negara Somalia, Palestin n sewaktu dengannya? Or nak kebali ke zaman penjajah? Jawapannya, lu pikir la sendiriiiii...
No comments:
Post a Comment