Monday 17 September 2012

Jom kita buat Solat Sunat Hajat.....

Umat Islam diminta solat hajat, berdoa hadapi isu penghinaan agama - IKIAM


KUALA LUMPUR 17 Sept. - Umat Islam di negara ini disaran menunaikan solat hajat, membaca Yasin dan berzikir pada Khamis ini di semua masjid dan surau bagi memohon kesejahteraan umat Islam di seluruh dunia berikutan penerbitan filem "Innocence of Muslims".

Sehubungan itu, Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM) dan Majlis Gerakan Badan Bukan Kerajaan Islam ASEAN turut meminta Masjid Negara mengetuai bacaan Yasin, zikir dan solat hajat disusuli khutbah khas mengenai isu serangan dan propaganda jahat pihak tidak bertanggungjawab terhadap Islam.
“Sebagai umat Islam, kita seharusnya menunjukkan kekuatan dan perpaduan dalam menghadapi isu ini bersama iaitu melalui doa yang disifatkan sebagai `senjata mukmin’," kata IKIAM dalam kenyataan di sini hari ini. - BERNAMA

* kita doakan agar individu yang bikin filem Inocent Of Muslims ditimpa bala. Semoga Akan menjadi pengajaran kepada penganut agama lain supaya jantan sesukahati nak hina nabi junjungan kita Dan agama Islam.......

No comments:

Post a Comment