Pasangan diraja sukar lupakan Malaysia
KUALA LUMPUR 14 Sept. - Pasangan diraja, Putera William dan Catherine menyifatkan lawatan singkat mereka ke negara ini sebagai pengalaman yang tidak akan dilupakan.
Putera William bertitah, faktor kepelbagaian budaya dan kaum serta warisan negara ini memperlihatkan Malaysia sebagai sebuah negara terbilang.
"Nenekanda (Ratu Elizabeth II) ada memberitahu Malaysia akan memberikan beta dan isteri pengalaman yang menyeronokkan dan memori yang sukar dilupakan. Setelah berada di sini selama tiga hari, apa yang nenekanda katakan itu memang benar.
"Beta dan isteri mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia kerana memberikan kami peluang yang amat menarik sepanjang berada di sini," titah Putera William pada majlis jamuan makan tengah hari anjuran Dewan Perniagaan Britain Malaysia (BMCC) di sini hari ini.
No comments:
Post a Comment