Thursday, 13 September 2012

Elok palam je orang macam ni. Buat rosak parti je. Yang desprate nak jawatan pun sama. buat menyemak je...


Wajar singkirkan ahli sabotaj parti - Shafie

KUDAT 11 Sept. - Penyingkiran ahli UMNO yang didapati mensabotaj parti semasa pilihan raya akan datang adalah wajar sebagai usaha mendisiplinkan ahli parti.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, tindakan itu adalah lazim dan ia dilakukan oleh mana-mana parti di negara lain dalam usaha memantapkan lagi perjuangan masing-masing agar tidak dijadikan ikutan oleh ahli lain.

"Kalau dalam perjuangan tidak diamalkan disiplin, maka ia akan dijadikan ikutan. Oleh itu, tindakan harus diambil kepada yang berkenaan.

"Adalah penting bagi kita untuk menerapkan nilai disiplin dalam kalangan ahli tanpa mengira kedudukan mereka.

"Kalau mereka terlibat secara langsung dan ada buktinya mereka ini boikot ataupun bertindak sehingga menjejaskan keupayaan kita menang pilihan raya, maka harus ada tindakan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Penutup Festival Kebudayaan dan Pendidikan Hari Malaysia di Kompleks Sukan Kudat di sini malam kelmarin yang dihadiri oleh kira-kira 50,000 orang.

Menurutnya, tindakan itu bukan hanya harus diamalkan oleh UMNO tetapi juga parti-parti komponen Barisan Nasional yang lain.

Mohd. Shafie berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa ahli UMNO yang melakukan sabotaj terhadap calon parti pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan disingkirkan.

Tegas beliau, sebagai sebuah parti politik yang unggul dalam perjuangan, semua ahli UMNO seharusnya mempunyai kesetiaan dan disiplin yang tinggi.

"Kalau sesebuah organisasi seperti parti politik tidak ada disiplin, maka orang akan buat sesuka hati seperti kalau tidak dapat projek, boikot; tidak dapat ini, boikot; jadi tidak akan ada disiplin," jelasnya.

Sementara itu, beliau memberitahu kira-kira 500,000 ahli UMNO belum berdaftar sebagai pengundi dan 31,000 daripada mereka adalah penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Justeru itu, beliau berharap semua UMNO bahagian termasuk parti-parti komponen BN menggerakkan kempen mendaftar pengundi di kawasan masing-masing.

"Saya berharap ahli-ahli UMNO mendaftar cepat sebanyak mana ahli kita yang layak mengundi bagi membolehkan kita menang pada pilihan raya nanti," katanya.

* elok pun.Yang mana kaki sabotaj n individu yang gila jawatan tapi tak buat kerja, dipersilakan GET OUT from UMNO. UMNO tak perlukan orang macam ni...... Am I right?

No comments:

Post a Comment