Dana Yahudi Untuk Laksana Hudud? Kalau Syaitan Pun sanggup Kerjasama, Ini kan Pula.....
Setelah segalanya terbongkar, SUARAM kini tidak lagi dapat menafikan
bahawa pertubuhan itu menerima dana dari NED dan OSI yang diterajui
Yahudi Zionis dan penyangak matawang George Soros yang mempunyai
matlamat yang sama iaitu menjatuhkan kerajaan berdaulat untuk digantikan
dengan pemimpin boneka pilihan mereka.
Di masa yang sama juga Pakatan Rakyat (PR) pula tidak mampu menafikan
bahawa begitu ramai pemimpin-pemimpin mereka yang menjadi peneraju
SUARAM.
Maka terbuktilah bahawa PR dan SUARAM adalah satu dan jika SUARAM
menerima dana asing maka ia juga bermakna bahawa PR yang menerima dana
asing.
Kerana itu, kita melihat PR, sama ada PKR, DAP mahupun PAS sama-sama
melatah dan gelabah apabila SUARAM didedahkan sebagai agen asing dan
bakal berhadapan dengan undang-undang. Pantas, laman-laman web, portal
serta blog-blog dan media rasmi PR bertungkus lumus cuba membela SUARAM
dan meremehkan soal penerimaan dana asing.
Kononnya, dana asing perlu bagi membolehkan sesuatu pertubuhan bergerak
bebas, tidak terikat dengan agenda tertentu serta berani membongkar
kemungkaran kerajaan.
Namun, PR tidak mampu menjelaskan apakah tujuan pihak asing menyumbang
dana kepada mereka? Apakah agenda atau matlamat yang
dipertanggungjawabkan ke atas bahu PR dengan sumbangan dana yang begitu
banyak saban tahun? Tidak mungkin pihak asing tidak mengharapkan
apa-apa balasan atau keuntungan atas sumbangan atau pelaburan yang
dibuat.
Sebenarnya, tidak sukar untuk membaca agenda asing puak Yahudi Zionis
atau dewa kapitalis si George Soros. Agenda mereka ialah menguasai
sumber dan ekonomi negara, melemahkan pegangan agama Islam di kalangan
umat Islam serta menyebarkan cara hidup liberal serta fahaman plural
yang bebas dan tiada batasan.
Agenda mereka ini boleh dilihat dengan jelas dengan memerhati ke mana
arah aliran wang yang disumbangkan mereka di seluruh dunia dan juga
tulisan-tulisan di media-media yang ditaja mereka. Jelas sekali bahawa
pihak inilah yang menjadi tunjang perjuangan LGBT selain dalang
kejatuhan Mesir, Libya, Syria, Tunisia dan banyak lagi negara-negara
lain.
Seperti yang kita sedia maklum, keadaan di negara-negara yang berjaya
dijatuhkan mereka bukannya semakin baik tetapi rakyat semakin menderita
apabila ekonomi musnah dan terpaksa berhadapan dengan ancaman keganasan
yang tiada kesudahan yang tercetus oleh kemarahan dan tidak puas hati di
kalangan rakyat sendiri akibat penderitaan yang berterusan.
Ketidakstabilan ini lambat laun akan mengundang penjajahan secara
langsung atau tidak langsung oleh pihak asing tadi dan inilah yang
ditunggu-tunggu mereka.
Justeru, rakyat Malaysia perlu faham bahawa segala sumbangan pihak asing
kepada PR melalui SUARAM atau yang sewaktu dengannya seperti BERSIH,
adalah membawa agenda dan matlamat yang sama.
Kita pasti DAP dan PKR cukup maklum akan agenda asing ini dan mereka
tidak punya masalah untuk ‘menyesuaikan’ diri dengan liberalisme mahupun
pluralisme.
Yang kita tidak pasti ialah sama ada saudara-saudara kita di dalam PAS
benar-benar kurang arif, kabur atau sememangnya tidak peduli lagi
berkenaan dana dan agenda asing tersebut.
Harakahdaily hari ini memaparkan tulisan Aspan Alias yang cuba mengalih
isu SUARAM dengan membangkitkan soal Altantuya dan rasuah dalam
pembelian kapal selam. Kononnya, kerajaan berada dalam keadaan ‘mandi
tak basah dan tidur tidak lena’.
Namun, tulisan Aspan yang ‘malu-malu’ untuk menyebut mengenai SUARAM
menerima dana dari Yahudi dan George Soros, dengan sendirinya
membuktikan bahawa PR yang sebenarnya berpeluh-peluh cemas.
Kes Altantuya serta pembelian kapal selam telah lama dijawab oleh
kerajaan dengan konsisten dan terperinci serta jawapan tersebut juga
adalah selari dengan apa yang dikemukakan oleh pihak Perancis, iaitu
polis dan juga mahkamah. Yang tidak konsisten dan sentiasa berubah
ialah kenyataan dan tuduhan SUARAM, termasuk akuan bersumpah dan artikel
berkenaannya yang ditulis oleh para penulis pro-PR. Akhirnya,
penipuan SUARAM telah pun terdedah luas, dan motif serta dalangnya juga
sudah terbongkar.
Maka, bola kini berada di kaki Aspan atau PR, bukan kerajaan. Pembaca
kini tertanya-tanya, kenapa Aspan mengelak dari mengulas mengenai dana
asing?
Oleh kerana kita telah mengenepikan PKR dan DAP dalam membicarakan soal
agenda musuh Islam, maka persoalan seterusnya ditujukan kepada PAS,
iaitu kenapa Harakahdaily menyiarkan artikel Aspan tersebut?
Apakah kerana PAS tidak peduli lagi serta benar-benar percaya bahawa
‘wang dari darah umat Islam’ yang disumbangkan oleh Yahudi Zionis dan
penyangak matawang George Soros mampu membantu mereka memerintah
Malaysia, menegakkan agama Allah serta melaksanakan hudud?
Apakah kedudukan ‘halal-haram’ menerima wang dari sumber yang jelas
haram kerana datang dari musuh yang menindas, membunuh dan merampas
tanah umat Islam?
Apakah semua itu tidak penting lagi, sepertimana slogan yang dibanggakan
PAS iaitu, ‘Asal Bukan UMNO’, maka Yahudi hatta syaitan pun tak apa?
No comments:
Post a Comment