Thursday 20 September 2012

Apa kata Tun Dr Mahathir...

PRU 13: Tun Mahathir dedahkan pentingnya majoriti 2/3


MANTAN Perdana Menteri Tun Dr Mahathir masih berkeyakinan bahawa BN masih boleh menang pada PRU-13, namun jika kemenangan itu, adalah kemenangan yang hanya dengan majoriti mudah; ianya tidak baik untuk negara.

 Kerajaan yang membentuk kerajaan dengan majoriti mudah akan senantiasa membuat polisi yang popular, walaupun polisi itu tidak baik untuk perkembangan negara. Selain itu, kerajaan yang tidak mempunyai kuasa 2/3 dalam dewan rakyat akan senantiasa sibuk mempertahankan kerajaan, tanpa punya masa untuk merancang membangun negara.

 Selain itu, kerajaan demikian terlalu rentan terhadap keajatuhan, jika berlaku lompat parti beramai-ramai. Atas sebab itu, rakyat perlu menentukan kerajaan yang benar-benar kuat untuk memerintah negara, agar supaya negara secara umumnya bertambah maju.

 Kemajuan sesebuah negara diukur daripada segi GNPnya, dan selain itu, peluang-peluang perniagaan yang senantiasa tersedia, agar rakyat menikmatinya daripada segi peluang kerja.

 Walaupun keupayaan pembangkang dikatakan berada pada puncaknya ketika ini atas asas, mereka menguasai dua negeri kaya-Selangor dan Pulau Pinang selain Wilayah Persekutuan, Kedah dan Kelantan, namun parti-parti pembangkang belum mampu menembus kawasan-kawasan tradisi BN, terutama di kawasan luar bandar di Semenanjung dan secara keseluruhan di Sabah dan Sarawak.


 Berasaskan kedudukan jumlah kerusi Dewan Rakyat, kerajaan dengan majoriti mudah adalah mampu menang 112 kerusi, manakala kuasa 2/3 adalah 148 kerusi daripada jumlah keseluruhan 222. Pada PRU-2008, BN hanya mampu menang 139+1 dan kekurangan 8 kerusi untuk kuasa 2/3.

 Di Semenanjung daripada 166 kerusi parlimen yang tersedia, BN menang 85, manakala PR 80, sementara 1 bebas menerusi Datuk Ibrahim Ali. Di Sabah dan Sarawak pula kerusi yang tersedia 56 kerusi termasuk WP Labuan

. Daripada jumlah kerusi itu BN menang 54 kerusi. Berasaskan kepada keputusan PRU-2008 itulah Sabah dan Sarawak dianggap sebagai simpanan tetap BN, kerana walaupun tsunami politik melanda BN di Semenanjung, namun Sabah dan Sarawaklah menjadi penyelamat.

 Atas asas kedudukan Sabah dan Sarawak itulah, Pembangkang melalui Anwar berusaha dengan berbagai cara untuk menwujudkan persepsi bahawa Sabah dan Sarawak bukan lagi simpanan tetap BN, melalui tindakan membeli para pemimpin BN.

Sebenarnya usaha Anwar membeli para pemimpin BN bermula pada tahun 2008 sebelum Hari Malaysia, yang lebih dikenali sebagai Gerakan 16 September.

 Atas kemampuan Anwar memikat, maka para pemimpin seperti Datuk Yong Teck Lee berjaya dipujuk untuk keluar daripada BN, kemudian diikuti oleh MP Beaufort-Datuk Lajim Ukin dan MP Tuaran-Datuk Welfred Mojilip Bumburing. Usaha Anwar membeli seramai mungkin pemimpin berterusan, apabila berjaya menggait mantan Bendahari Umno Sabah- Tan Sri Ibrahim Menudin dan pemimpin veteran yang suka melompat parti Datuk Yahya Lampong.

 Anwar mencuba mengelabui mata rakyat Semenanjung, bahawa Sabah dan Sarawak bukan lagi simpanan tetap BN, dengan persepsi itu, maka rakyat Semenanjung diharapkan memberi sokongan padu terhadap PR pada PRU-13 akan datang, kerana "sure" PR akan membentuk kerajaan baru di Putrajaya, kerana rakyat Sabah dan Sarawak juga turut sama.

 Sebenarnya dalam keadaan sekarang, tiada parti yang boleh membentuk kerajaan persekutuan tanpa sokongan rakyat Sabah dan Sarawak, kerana kekuatan antara BN dan PR di Semenanjung hampir seimbang.

 Suasana politik semasa di Semenanjung adalah mustahil baik BN atau PR boleh menang di atas 100 kerusi Parlimen. Jikapun berlaku kejutan, mungkin BN mampu menambah antara 10-15 kerusi diatas pencapaian tahun 2008; demikian juga PR mungkin boleh menambah jumlah kerusi yang sama. Namun, penentu tetap terletak di Sabah dan Sarawak.

Di Sarawak mungkin PR boleh menang antara 4-6 kerusi Parlimen, sementara di Sabah mungkin dengan jumlah yang sama. Jika senario ini berlaku, maka kekuatiran mantan Perdana menteri Tun dr Mahathir akan benar-benar belaku. Kerajaan yang dibentuk nanti adalah kerajaan yang lemah. Kerajaan yang lemah, boleh mengakibatkan negara mundur ke belakang, dengan itu, wawasan 2020 terlihat dekat, namun terlalu jauh untuk digapai.

No comments:

Post a Comment