Monday, 17 September 2012

Belanjawan 2013..


Belanjawan 2013: pendidikan terus diberikan keutamaan



IPOH  - Sektor pendidikan dijangka terus menerima peruntukan tertinggi dalam Belanjawan 2013 dalam usaha kerajaan mentransformasikan negara ke arah masyarakat berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mencapai hasrat menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, bidang pendidikan akan terus menjadi keutamaan kerajaan terutamanya dengan usaha transformasi sistem pendidikan yang sedang diusahakan menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015.

"Kita tahu dalam hubungan kita hendak mempertingkatkan ekonomi negara, perubahan daripada struktur ekonomi memerlukan pengetahuan dan kemahiran berbeza pada masa sekarang dan akan datang.

"Jadi, fokus kita biasanya dalam bidang pendidikan dan jumlah yang begitu besar diberikan kepada bidang itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Pemimpin-pemimpin Parlimen Tambun Sempena Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tambun di sini hari ini.


No comments:

Post a Comment