Monday 17 September 2012

Hishammuddin bimbang fitnah di alam siber


HULU TERENGGANU 15 Sept. - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bimbang dengan keghairahan pembangkang menabur fitnah dan laporan palsu menggunakan saluran siber kerana ia boleh memecahbelahkan keharmonian kaum di negara ini.

Katanya, beliau sendiri turut menjadi sasaran pembangkang seperti yang disiarkan dalam laman portal pembangkang, Malaysiakini berhubung kenyataannya yang diputar belit berkaitan aspek keselamatan di Johor.

Beliau yang kesal dengan laporan tersebut berharap rakyat tidak mudah terpedaya dengan tindakan tidak bertanggungjawab seperti itu kerana ia boleh menimbulkan perpecahan dalam kalangan rakyat.

"Saya harap rakyat sedar dan bangkit untuk menilai, saya bimbangkan keselamatan negara, hubungan baik antara kaum dan agama akan hancur hanya disebabkan tindakan pihak tidak bertanggungjawab itu," katanya selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Hulu Terengganu di Padang Astaka Kuala Berang di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua UMNO bahagian itu, Datuk Tengku Putera Tengku Awang serta barisan kepimpinan UMNO bahagian berkenaan.

Hishammuddin yang juga Naib Presiden UMNO diminta mengulas laporan portal terbabit sebelum ini yang memetik kenyataannya, kononnya beliau tidak dapat memberi jaminan terhadap tahap keselamatan parti pembangkang di Johor.

Bagi memperbetulkan semula kenyataannya itu, beliau seterusnya berkata: " Apa yang saya kata ialah, saya tak boleh jamin kedudukan pembangkang di Johor kerana apa yang akan ditentukan adalah rakyat di Johor.

"Tetapi yang keluar dalam Malaysiakini lain pula, kononnya saya kata saya tak jamin keselamatan pembangkang di Johor. Sekali lagi saya difitnah. Sebenarnya banyak kali saya kena macam ini, malah lebih teruk lagi sebelum ini," jelasnya. - 

No comments:

Post a Comment