Thursday 20 September 2012

KUANG KUANG KUANG......

Kenyataan Terbaru Khalid Ibrahim Yang Memalukan Anwar Ibrahim ?!!

Sebelum ini kita telah didendangkan dengan sidang akhbar Anwar Ibrahim yang menyatakan bahawa Pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan dijalankan secara berasingan daripada PRU13.


Jika merujuk laporan di atas, kenyataan Anwar Ibrahim itu bukannya kenyataan peribadi tetapi adalah keputusan Majlis Presiden Pakata Pembangkang dalam mesyuaratnya minggu lepas.

Manakala, salah satu agenda sidang akhbar di atas ialah untuk menerangkan kepada wartawan tentang keputusan Selangor yang akan mengadakan pilihanraya DUN berasingan. 

Kata Anwar lagi, mereka bersetuju dengan pandangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk tidak mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan pilihan raya nasional.

 Bagaimana pun, segala kenyataan Anwar Ibrahim dan Majlis Presiden Pakatan Pembangkang itu menjadi tidak laku dan terasa murahan apabila Khalid Ibrahim, MB Selangor, mengeluarkan kenyataan yang kontradik.

Bukan itu sahaja, Anwar Ibrahim tampak seperti syok sendiri atau 'hidung tak mancung pipi tersorong-sorong'. Pokoknya, status Anwar seperti tidak significan dan boleh di overruled oleh rakan politik.

Apa tidaknya. Anda baca kenyataan di bawah :
Kerajaan Negeri Selangor masih belum membuat sebarang keputusan berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) secara serentak ataupun berasingan dengan pembubaran Parlimen oleh kerajaan Persekutuan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, perancangan untuk membuat pilihan raya Dun berasingan atau serentak dengan PRU13 merupakan strategi kerajaan negeri namun ini bergantung kepada pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menentukan tarikh PRU13 seterusnya
 Yang lebih memalukan ialah kenyataan di bawah :
"Apa yang diperkatakan oleh Datuk Seri Anwar itu hanyalah strategi pilihan raya bagi pihak kita...sebab orang bertanya (berhubung pilihan raya berasingan) kepada dia...jadi dia pun jawablah," katanya (Khalid Ibrahim)
Apakah benar 'orang bertanya, jadi Anwar pun jawablah'?
Padahal, jika kita membaca laporan berita, sidang akhbar Anwar Ibrahim itu menerangkan polisi dan keputusan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan pembangkang!

Persoalan besar sekarang ialah pihak manakah yang benar, Anwar Ibrahim/Majlis Presiden Pakatan pembangkang atau pun Khalid Ibrahim?

Dalam masa yang sama, rakyat juga tidak dapat lari daripada memikirkan sama ada Anwar Ibrahim sudah lost touch dan tidak mampu lagi mengawal dan mentadbir parti dan kepimpinan parti beliau?

MiM mudah. Segala pekung yang didedahkan dan bakal meledak selepas ini akan memudahkan rakyat untuk menolak pakatan pemembangkang di PRU13 nanti.


No comments:

Post a Comment