Sunday 16 September 2012

Bagus....

Haramkan masuk - TPM


Sebahagian orang ramai menyertai bantahan terhadap sebuah filem yang menghina Nabi Muhammad di pekarangan Masjid Sultan Idris Shah II di Ipoh, Perak, semalam.

KOTA BHARU 14 Sept. - Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengecam keras penerbitan filem menghina Nabi Muhammad SAW mahu ia diharamkan dan tidak dibenar diedarkan di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri dengan tegas berkata, perbuatan menghina Rasulullah dalam apa juga keadaan tidak boleh diterima dan ia merupakan suatu kesalahan besar bagi umat Islam.

Beliau turut menyifatkan penerbitan filem tersebut yang membangkitkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia, berniat jahat untuk mewujudkan pertembungan dan pergaduhan antara agama dan akhirnya membawa kesan buruk kepada masyarakat dunia.

"Bagi saya secara peribadi, sepatutnya kita haramkan. Perbuatan menghina Nabi bagi orang Islam tak boleh diterima, suatu kesalahan besar bagi kita. Kita tak boleh izinkan baik dalam bentuk filem, perkataan, apa sahaja yang menghina Rasulullah SAW, ini memang suatu yang kita tolak.

"Jadi, bagi saya jelas (pihak berkuasa) tak payah tunggu keputusan (kerajaan), jangan benarkan masuk, jangan edarkan kerana sudah membangkitkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.

"Ini satu perbuatan berniat jahat, mungkin ada tujuan-tujuan tertentu yang dilakukan supaya ada pertembungan antara agama, ada pergaduhan, membangkitkan perasaan marah, sesuatu yang boleh membawa kesan kepada masyarakat dunia," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas menghadiri program Pemimpin Bersama Rakyat dan Mesra Aidilfitri yang dihadiri lebih 20,000 orang di padang Kompleks Sekolah-Sekolah Wakaf Mek Zainab.

Turut hadir, isteri beliau, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin dan Pengerusi Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Parlimen Kota Bharu yang juga Ketua UMNO bahagian, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh.
Pada majlis itu, Muhyiddin turut merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kota Bharu.

* utk pengetahuan lu orang, pihak SKMM dah buat laporan rasmi pasal filem yang boleh merendahkan martabat Islam pada Google. Hopefully google akan menghormati undang-undang cyber Malaysia...


No comments:

Post a Comment