Friday 7 September 2012

BODOH BAHLUL...


Kumpulan kibar 'Sang Saka Malaya' dangkal, jahil sejarah

KUALA LUMPUR 5 Sept. - Tokoh-tokoh sejarah menyifatkan dakwaan kumpulan yang mengibarkan bendera ‘Sang Saka Malaya’ pada Himpunan Janji Bersih Khamis lalu kononnya ia bendera asal Tanah Melayu, sebagai dangkal dan jahil terhadap sejarah negara ini.

Ini kerana kata mereka, Tanah Melayu tidak pernah menggunakan bendera seiras Singapura itu sebagai bendera rasmi biarpun ketika dijajah oleh kuasa luar.

Sebaliknya, Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam berkata, warna merah putih yang dinamakan Sang Saka itu adalah bendera yang digunakan kumpulan penyokong pembentukan Indonesia Raya, yang sentimennya dimulakan di Tanah Melayu pada 1938 oleh Kesatuan Melayu Muda (KMM) pimpinan Ibrahim Yaakob.

Bekas Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu menjelaskan, matlamat KMM pada waktu itu adalah menggabungkan Tanah Melayu dengan republik Indonesia bagi membentuk Melayu Raya untuk mencapai kemerdekaan.

No comments:

Post a Comment