Sekarang PR Dalam Proses Nak Gadai Negara...
X Percaya???
Bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan, Roslan Kassim memberi bukti hubungan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan penyangak matawang Yahudi, George Soros melalui pertemuan di Vancouver, Kanada dalam mesyuarat ICG (International Crisis Group) pada tahun 2007.
“Kalau tak silap, sekitar tahun 1999, ketika mereka (PKR) hendak mencari dana bagi menghadapi PRU ke-10, Wan Azizah dan Tian Chua, disertai bersama Elizabeth Wong di mana mereka bertemu dengan George Soros untuk mendapatkan bantuan dana.
“Dan saya yakin pertemuan dan hubungan dengan George Soros ini masih berterusan hingga ke hari ini, buktinya apabila Anwar keluar daripada penjara pada bulan mac 2007, Anwar sendiri menghadiri satu persidangan di Vancouver, Kanada, persidangan ICG..International Crisis Group.. yang ditaja oleh Geoge Soros.
“Anwar hadir, Anwar sendiri terlibat sama menandatangani satu memorandum meminta negara-negara Arab supaya menjalinkan hubungan diplomatik secara rasmi (dengan Israel),”katanya.
Persidangan ICG Vancouver
Menurut kenyataan media ICG 26 Mac 2007 di Vancouver mencatatkan Anwar Ibrahim merupakan salah seorang anggota ICG yang bersetuju dengan resolusi ‘two state solution’ mengiktiraf Negara Israel dan Palestin yang merdeka sebagai penyelesaian konflik Israel/Palestin di Timur Tengah.
“Mengesa dunia Islam membuka diplomatik dengan negara Israel, termasuk membuat lawatan ke negara tersebut,”begitulah resolusi ICG.
Bacaan lanjut, sila baca, “Melalui ICG, Anwar tandatangan sokong Sebuah Negara Israel Yang Sah”
Wartawan veteran Dateline Australia, George Negus menlaporkan secara khusus tokoh-tokoh penting yang terlibat dalam mesyuarat ICG itu.
“Lembaga ICG (yang dipengerusikan Gareth Evans) dianggotai penggerak dan penggoncang dunia yang berprofil tinggi seperti jutawan dermawan George Soros; tokoh empat bintang, jeneral Wesley Clark; bekas gabenor British di Hong Kong, Chris Patten; bekas Presiden Chile, Ricardo Largos; bekas Perdana Menteri Kanada, Kim Campbell; Bekas Perdana Menteri Belanda, Win Kok. Dan bekas ‘anak emas’ politik Malaysia, yang baru keluar dari penjara, Anwar Ibrahim,” lapor wartawan Dateline.
Wartawan Australia itu turut memasukkan nama Shlomo Ben Ami, bekas Menteri Luar Israel sebagai anggota ICG.
“Apa yang perlu kita capai adalah satu penyelesaian politik di peringkat antarabangsa untuk mendapatkan pengesahan sempadan antara Israel dan dunia Arab. Adakah keamanan di seluruh Timur Tengah dijaga sepenuhnya ? Saya tidak percaya perkara itu kerana terdapat banyak masalah-masalah lain. Anda perlu berfikir dari segi kestabilan rejim, integrasi rakyat jelata, persoalan demokrasi,” kata bekas Menteri Luar Israel.
Sebagai anggota ICG pandangan bekas Menteri Luar Israel itu hampir senada dengan Anwar Ibrahim, apabila Wall Street Journal (WSJ), 26 Jan melaporkan Anwar berkata, “Saya menyokong semua usaha untuk menjaga keselamatan negara Israel”.
Maklumat lanjut, sila baca, “The Wall Street Journal Bukti Anwar Konsisten Sokong Israel“, “The Wall Street Journal Bukti Anwar Konsisten Sokong Israel II“, “Hujah Anwar ‘Two State Solution’, Sah ! Sokong Negara Israel !“, “Bukti Sokong Israel : Annapolis Summit – Anwar Jadi Tali Barut Presiden Bush“, “Perdana Menteri Palestin Kecewa Anwar Sokong Israel” dan “Dr Chandra : ‘Keselamatan Israel’ Diucap Anwar Slogan Ideologi”
ICG Tajaan Soros
Menurut wikipedia ICG, badan ditubuhkan pada tahun 1995, oleh tokoh-tokoh Zionis Amerika Syarikat iaitu Mark Malloch Brown, (ketika itu) Naib Presiden Bank Dunia dan Morton Abramowitz, bekas Penolong Setiausaha Negara Amerika Syarikat.
“Malloch Brown adalah individu yang berkait rapat dengan jutawan spekulator George Soros. Bekerja untuk Pelarian Antarabangsa, dia adalah Penasihat Soros Untuk Jawatankuasa Bosnia pada 1993-1994, satu jawatankuasa yang dibentuk oleh George Soros.
“Beliau telah lama memelihara hubungan yang baik dengan Soros, dan menyewa sebuah apartmen dimiliki oleh Soros semasa bekerja di New York untuk tugasan PBB.
“Pada Mei 2007, Malloch Brown dinamakan naib pengerusi Soros Fund Management dan Open Society Institute, dua organisasi Soros yang penting,” lapor wikipedia berkenaan salah seorang latar belakang pengasas ICG.
Ketika ICG ditubuhkan oleh Mark Mallock Brown yang ketika itu bertugas di Bank Dunia, Anwar yang ketika itu adalah Menteri Kewangan Malaysia.
Zionis pertama yang merekrut Anwar di Bank Dunia adalah bos kepada Mallock Brown iaitu James Wolfensohn yang telah melantik Anwar sebagai ‘Chairman of the bank’s development committee, World Bank/IMF.
Seorang lagi pengasas ICG, Morton Abramowitz juga merupakan proksi Soros dan salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Open Society Institute.
Menurut Discover The Networks, Soros melalui yayasannya ‘Open Society Institute’ telah menaja lebih daripada 50 NGO dan badan-badan yang berkaitan dengan badan pemikir dan hak asasi manusia di antaranya; Amnesty International, Human Right Watch, Brooking Institutions, International Crisis Group, Independet Media Center dan Media Fund.
Kumpulan badan-badan dan NGO di atas menurut akhbar Roll Call, adalah satu ‘kumpulan liberal’ tajaan Soros yang dipanggil ‘Majority Action’ atau ‘kumpulan 527′, iaitu satu kumpulan pendesak politik untuk menekan tokoh-tokoh politik atau parti yang tidak disukainya.
“Sebahagian dari kekayaannya, yang dianggarkan berjumlah $7 bilion, telah disalurkan kepada kumpulan pejuang hak gay (homoseksual), pengguguran bayi, penyalahgunaan dadah secara haram dan hak untuk pelacur”, lapor laman web aim.org.
Masih tak percaya? baca surat dibawah ni....
so, korang dah baca surat ni kan? Masih x percaya lagi? ok terserah.. Jangan nanti benda ni benar2 berlaku baru you all nak percaya.. ....
No comments:
Post a Comment