Perkasakan ekonomi bekas tentera
KUALA LUMPUR 16 Sept. - Memperkasakan ekonomi kira-kira dua juta bekas anggota tentera menjadi agenda utama pertubuhan Gabungan Veteran Tentera Negara-Negara ASEAN (Veconac) untuk tempoh dua tahun akan datang.
Presidennya, Datuk Muhammad Abdul Ghani berkata, Veconac dilihat sebagai platform terbaik dalam usaha mempertingkatkan ekonomi bekas tentera bagi menjamin masa depan golongan itu.
"Kita melihat agenda ini merupakan visi terpenting dalam usaha melahirkan bekas tentera yang memiliki daya tahan untuk kelangsungan hidup selepas tidak lagi berkhidmat.
"Justeru itu, Veconac merancang memperhebatkan jalinan kerjasama dengan negara-negara anggota untuk melihat prospek perniagaan serta mencari kaedah terbaik agar nasib golongan ini terus terbela," katanya.
No comments:
Post a Comment