Monday, 17 September 2012

Babe.. Jom kita majukan Negara....


Anak muda perlu main peranan majukan negara


KUALA LUMPUR  - Tan Sri Muhyiddin Yassin mengajak anak muda supaya bersama-sama dengan kerajaan memajukan negara menerusi penggemblengan tenaga dan memainkan peranan utama dalam proses itu, bukan sekadar menjadi pemerhati.

Justeru, Timbalan Perdana Menteri mahu semua pihak atau pertubuhan yang berkait langsung dengan golongan muda memainkan peranan supaya golongan tersebut tidak dipinggirkan.

''Jiwa anak muda masih bersemangat dan memiliki azam yang tinggi. Tentulah mereka juga mahu menjadi manusia berguna kepada negara. Bukannya sampah seperti kata sesetengah orang tetapi ada peranan dan tempat serta boleh bersama rakyat jelata memajukan negara.

''Oleh itu, saya secara peribadi dan kerajaan akan memberi sokongan penuh terhadap apa jua usaha yang hendak mereka lakukan.

"Duduk berbincanglah dan dapatkan pandangan tentang apa yang kerajaan boleh bantu anak muda serta mereka boleh buat untuk bantu negara,'' katanya ketika berucap pada majlis Lebaran Bersama Orang Muda Prihatin anjuran Pertubuhan Penunggang Motosikal Bersekutu Malaysia (Riders & Rempit United) di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, penubuhan kelab seperti Rider & Rempit United dan Koperasi Belia 1Malaysia perlu diperkasa kerana ia merupakan inisiatif yang baik untuk memberikan peluang kepada anak-anak muda, khususnya yang terlibat dalam permotoran dijenamakan semula.

* babe. jgn buang masa lagi. kalau ada peluang, grab je. kita kena cari peluang. bukan peluang yang cari kita..... ingat pesan wa. semua untuk masa depan lu orang jugak....


No comments:

Post a Comment